MagzNetwork

Tanda Gangguan- Membatu dan Menangis

Posted by Alexanderwathern | 1:45 PM | , , | 0 comments »

Seorang gadis tiba-tiba duduk membatu, tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya walaupun ketika itu dia dikelilingi puluhan rakan yang lain. Mereka berasa pelik dengan perubahan dirinya. Ditanya apa pun tidak menjawab. Mukanya serius saja melihat jauh ke hadapan.


Ketika saya tiba, dia masih seperti itu. Saya pun duduk di kerusi di sebelah kanannya. Saya cuba berkomunikasi dengannya tetapi tiada sebarang reaksi. Saya ambil keputusan untuk membacakan ayat-ayat Quran dan doa-doa kerana kemungkinan dia berkeadaan demikian akibat gangguan jin, bukan kerana tidak sihat.


Saya membacakan serangkaian ayat dan doa, masih tiada sebarang pergerakan tetapi secara tiba-tiba air matanya mengalir laju berterusan, seolah-olah pili air yang dibuka kecil. Matanya yang tajam berubah jadi kemerah-merahan. Sedih pula melihat dia mengelarkan air mata begitu banyak dan laju. Apabila kita berhadapan dengan situasi begini, memang ada makhluk halus yang menumpang di tubuh pesakit.


Yang mengganggu ialah jenis liar dan tidak berapa kuat. Sekejap saja ia keluar tanpa perlu kita menyentuh pesakit. Gadis ini kemudiannya pulih lalu diingatkan agar membaca surah An-Naas berulang kali.

0 comments

Post a Comment