MagzNetwork

SJ- Ilmu Ismu Khafi

Posted by Alexanderwathern | 9:10 PM | , , , | 4 comments »

SOALAN OLEH TETAMU 12/11/09:

Assalamualaikum. Bolehkan saudara Abu Zulfiqar menulis tentang Ismu Khafi?

Apa itu Ismu Khafi? Saya ada terbaca dalam satu laman web perubatan tentang amalan Ismu Khafi.



JAWAPAN:

Saya sendiri tidak tahu apa intipati ilmu Ismu Khafi ini. Lagi satu yang biasa disebut ialah ‘Hizb Khafi’. Kedua-duanya ilmu yang berbeza. Apabila disebut ‘ismu’, teringat saya kepada ‘isim’. Kan biasa kita dengar orang ‘gila isim’?


Mungkin kita membaca laman web yang sama. Ilmu itu dijual pada harga RM 350 untuk tingkat biasa dan RM 590 untuk tingkat guru. Laman itu mendakwa ilmu ini sangat hebat, seperti katanya:


“Dikenali sebagai Ilmu Hulubalang @ Malaikat Empat @ Isim Bikhafi @ Sahabat Empat. Daya Rohaniah yang dipadukan dengan 2 kekuatan memancarkan daya sesuai dengan kehendak anda. Dapat mewujudkan daya pengasihan, memancarkan karisma, cepatkan jodoh, terhindar sihir, penarikan rezeki, selamat dari senjata tajam dan tumpul, pukulan lawan tidak mengenai anda, pengubatan zahir dan spiritual, mematahkan benda yang keras dengan tangan kosong, silat tanpa guru, membuat pemagaran ghaib dan seribu jenis niat. Boleh dipelajari secara online. InsyaAllah.”


Nama-nama lain bagi ilmu ini disertakan juga iaitu:



"Selain dari nama Ilmu Sahabat Empat, ilmu ini juga mempunyai berbagai nama mengikut tempat perguruan yang mengamalkannya seperti Ismu Khafi, Isim Bikhafi, Ilmu Hulubalang, Ilmu Malaikat Empat dan Ilmu Tongkat Nabi Musa."


Begitulah kata laman tersebut. Wallahualam.


Ada pendapat mengatakan pengamal ilmu ini sebenarnya akan dibantu oleh empat orang malaikat, manakala sebahagian lagi mengatakan dibantu oleh empat jin Islam yang menggunakan nama ‘malaikat’. Ada amalan tertentu untuk memanggil empat ‘malaikat’ ini. Apabila mereka sudah hadir, kita boleh minta apa-apa ilmu yang berkenan di hati. Ada juga yang menamakannya sebagai Ilmu Sapujagat Agung. Pengamalnya boleh membelah dimensi untuk pergi ke alam jin dengan ilmu ini. Selain itu pengamal mampu memindahkan hujan dan mengghaibkan diri dari pandangan musuh.


Ada pihak yang percaya ilmu ini dulunya digunakan oleh salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Kalijaga untuk mengalahkan seorang sami Hindu Buddha yang sakti. Sunan Kalijaga berjaya membelah sungai menggunakan ilmu ini. Mungkin atas sebab itulah ia dinamakan Ilmu Tongkat Nabi Musa. Wallahualam.


Antara bacaan ilmu ini ialah:


Syahadah

Selawat

Al-Fatihah

Bismillah...

Selawat...

Bikhafiyyi luthfillah

Bilathiifi shun’illah

Bijamiili sitrillah

Bibadi’il afwillah

Bisarii’il karamillah

Biighasati juudillah

Bi alfi alfi laahaulawala quwwataillah

...dan seterusnya...


Sebagai bacaan tambahan (entah berkaitan entah tidak), saya sarankan tulisan saya bertajuk “Rijalulghaib Menurut Warisan Perubatan Melayu” di http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/11/rijalul-ghaib-menurut-warisan-perubatan.html


Sekadar itu saja maklumat yang saya ada. Penjelasan saya boleh jadi berkaitan, dan boleh jadi juga tidak berkaitan dengan ilmu Ismu Khafi itu. Wallahualam.




Abu Zullfiqar @ Alexanderwathern

4 comments

  1. Anonymous // October 17, 2011 at 5:57 PM  

    wahbi mmg akan menafikan ilmu2 ini

  2. Alexanderwathern // October 18, 2011 at 10:34 AM  

    Wahabi? Entah! Mungkinlah agaknya. Kena tanya merekalah.

  3. Anonymous // October 18, 2011 at 10:32 PM  

    awak kalau tak tahu mengenai ilmu ini tak payah nak tulis yang bukan2..awk seolah2 menghina ilmu ini dengan mengaitkannya dengan gila isin. boleh beri no tel awak..sy nak jumpa awak! nak tau knp awk cakap mcm tu..sila berikan

  4. Alexanderwathern // October 18, 2011 at 11:25 PM  

    Anda yang terlebih dahulu masuk tanpa tatacara seorang muslim, tanpa memberi salam dan memperkenalkan diri. Tiba-tiba datang dengan 'wahabi". Jika bukan beragama Islam pun,nyatakan agamanya terlebih dahulu, juga aliran dalam agama itu supaya senang kita berkenal-kenalan dan bertukar-tukar fikiran secara aman.

    Sila kenalkan diri, tunjukkan wajah (gambar), alamat blog anda. Cara begini akan menunjukkan keikhlasan anda (tanpa mengira apa agama anda).Berikan no. telefon anda, saya sendiri akan telefon sebaik sahaja saya (membaca mesej anda) mendapat nombornya. Rumah saya sedia menerima kunjungan tetamu, lebih2 lagi jika yang ikhlas kerana Allah.

    Baca betul2, jangan buat fitnah melulu. Pada bahagian mana ada saya kaitkan dengan gila isim? Pelajari Bahasa Melayu standard, dan fahami ayat saya ini : "Apabila disebut ‘ismu’, teringat saya kepada ‘isim’. Kan biasa kita dengar orang ‘gila isim’? "

    Kalau yang ini dinamakan "dikaitkan", malang sekali jika anda seorang Melayu berbahasa Melayu. Jika anda bukan Melayu ataupun jarang guna BM, tidak mengapa. Untuk pengetahuan anda, saya ada mengajar Bahasa Melayu selama 15 tahun. Jadi, sebelum menanggap apa-apa tulisan saya, baca betul-betul dengan hati yang jernih.

    Jangan buat2 tidak nampak... baca juga tulisan saya : "Penjelasan saya boleh jadi berkaitan, dan boleh jadi juga tidak berkaitan dengan ilmu Ismu Khafi itu." sebagaimana yang dimaksudkan oleh penanya soalan.

    Gambar saya ada di sini, alamat tempat rawatan pun ada. Sila perkenalkan diri anda. Sekiranya gagal berbuat demikian, tulisan anda selepas ini tidak akan saya layan. Mohon maaf.

    Jika anda seorang Muslim, bertambah malang lagi kerana anda memberi peluang kepada syaitan untuk mewujudkan permusuhan sesama orang Islam. Tujuan saya melibatkan diri dalam rawatan Islamik antaranya untuk membenamkan para syaitan. Malangnya anda membuka ruang pula kepada mereka untuk melihat sesama anak Adam bermusuhan.

    Terpulang kepada anda...

    Walaupun anda datang dgn cara yang tidak baik, sbg seorang pendakwah, saya tetap menjalankan tanggungjawab saya. Sekiranya anda berkesempatan bila2, saya jemput mendengar kuliah kitab Ihya' 'Ulumiddin yang saya syarahkan di Youtube. Tulis aja "syarah ihya"... ada lebih 100 fail di sana.

    Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Jika anda memerlukan layanan baik, datanglah secara baik, bukan datang dengan cara begini.

    Perlu diingatkan juga, dalam tulisan saya itu tidak ada sebarang penolakan terhadap Ismu Khafi itu. Cubalah cari jika ada.

    Sebab itu saya nasihatkan... baca dengan teliti betul sebelum melenting dengan nafsu ammarah. WaAllahua'lam.

Post a Comment