MagzNetwork

Amal Sihir, Wanita SAUDI Dihukum Pancung

Posted by Alexanderwathern | 12:22 PM | | 0 comments »

Seorang wanita Saudi Isnin lalu (12/12) dipenggal kepalanya setelah dinyatakan bersalah mempraktikkan ilmu sihir, yang dilarang di negara kerajaan tersebut.

Amina binti Abdulhalim Nassar dieksekusi di wilayah utara Jawf untuk tindakan mempraktikkan ilmu sihir dan santet," kata kementerian dalam negeri dalam sebuah pernyataan yang disiarkan oleh pejabat berita negara SPA.

Tidak jelas berapa banyak wanita telah dieksekusi di kerajaan gurun tersebut akibat kes seumpama itu mahupun kes lainnya.

Pada bulan September, Amnesti Internasional menyerukan kerajaan Saudi untuk mendirikan sebuah "moratorium eksekusi." Kelompok hak asasi mengatakan Arab Saudi adalah salah satu dari minoriti negara-negara yang memilih menentang resolusi Majelis Umum PBB Disember lalu yang menyerukan moratorium terkait eksekusi.

Pemerkosaan, pembunuhan, murtad, perompakan bersenjata dan perdagangan dadah semua dihukum mati berdasarkan undang-undang Arab Saudi.(fq/afp)

http://satuumat.blogspot.com/2011/12/amal-sihir-wanita-saudi-dihukum-pancung.html

PERSOALAN :

Salam.. saya ingin bertanya cara perubatan Islam secara terperinci. Selain menggunakan doa dan ayat Al-Quran, bolehkan seseorang pengamal itu menyentuh seseorang pesakit untuk mengesan jin di dalam badan.

JAWAPAN :

Wlksm.

Pada pandangan saya, semua perubatan yang baik ialah perubatan Islam. Perubatan yang banyak menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran yang biasa kita dengar itu saya namakan sebagai perubatan tradisional Islam.

Seterusnya, tentang perkataan ‘boleh’ yang punya dua maksud.

Pertama, bolehkah (dibenarkankah) menyentuh seseorang pesakit untuk mengesan jin di dalam badan? Jawapannya boleh, dengan syarat-syarat tertentu dan pada bahagian tertentu. Tidak dibenarkan asal hendak kesan jin sahaja, terus sentuh. Melampau tu!

Kedua, bolehkah (dapatkah/mampukah) perawat menyentuh seseorang pesakit untuk mengesan jin dalam badan? Jawapannya ya, boleh.

Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah...

Ketika merawat, seboleh-bolehnya kita jangan menyentuh pesakit terutamanya wanita. Sekiranya pesakit tidak beraksi membahayakan orang lain, kita duduklah berhampirannya lalu meruqyah. Sekiranya jin berdegil, barulah kita letakkan tapak tangan kanan di atas kepala pesakit. Sekiranya pesakit tidak bertudung, kita lapik tangan dengan kain tebal.

Tempat lain yang boleh kita sentuh sekiranya perlu ialah kaki, iaitu paras buku lali ke bawah. Di situ ada titik-titik refleksi untuk hampir seluruh tubuh. Sekiranya jin tidak dapat dikesan, kita akan serang dengan cara meruqyah dan memicit saraf yang berkaitan untuk mengesan kedudukan jin. Melalui titik refleksi ini kita boleh menyerang kedudukan jin di kepala, mata , telinga, perut, dada dan lain-lain tanpa perlu menyentuh bahagian-bahagian berkenaan secara langsung.

Bagaimana dengan titik-titik refleksi di tangan dan telinga? Tak perlu disentuh. Titik refleksi di kaki lebih kuat daripada tangan dan telinga. Sekiranya di kaki pun tidak berkesan, tentunya di tangan dan telinga pun lebih tidak berkesan. Logiknya begitu. Jadi, jangan ambil kesempatan. Lelaki bersentuhan tangan dengan wanita, kan lain rasanya? Telinga wanita disentuh lelaki, kan lain juga rasanya?

Sekiranya jin berjaya dikesan tetapi berdegil untuk keluar, menyerang dengan menekan titik refleksi juga boleh dipraktikkan. Sekiranya jin duduk di perut ataupun buah pinggang, takkan kita hendak pegang bahagian itu? Melampau tu!

Tapi kaedah refeleksi tapak kaki ini kadang-kadang menimbulkan fitnah juga. Ada orang beranggapan si pesakit menjerit bukan kerana ada jin, tetapi kerana kakinya dipicit oleh perawat. Hal ini satu masalah juga kerana memang ada perawat penipu yang tekan dengan sangat kuat pada bahagian tertentu, dan minta pesakit mengaku sebagai jin yang sedang berbicara. Pesakit itu sudahlah sakit, ditekan kuat di kakinya pula. Oleh kerana hendak lepas daripada terus dipicit oleh perawat, pesakit pun mengakulah, “Ya, aku jin.” Padahal tidka ada jin pun dalam tubuhnya.

Saya memang tidak bersetuju dengan sebahagian perawat yang mudah-mudah menyentuh, meraba, memegang, menepuk, memicit dan lain-lain di dada, perut, belakang, paha dan sebagainya. Alasan mereka, untuk ‘attack’ jin atau untuk mengeluarkan jin. Mengapa mesti menyentuh bahagian-bahagian itu sedangkan kita boleh ‘attack’ tanpa perlu menyentuhnya?

Jin syaitan memang bijak. Apabila diserang, dia akan lari menyorok atau bertahan di bahagian-bahagian sulit. Perkara ini umumnya para perawat tahu. Tapi entah mengapa mereka masih meletakkan tangan pada bahagian-bahagian itu. Kadang-kadang ditunjukkan dalam televisyen pula.

Dalam usaha untuk tidak mahu menyentuh penyakit, Ustaz Abdul Majid AKRINE menggunakan batang besi pendek. Besi kan pengalir? Diletakkannya hujung besi itu pada tempat-tempat yang tidak sensitif, lalu dia mengesan atau menyerang melalui batang besi itu. Dah orang kata dia pakai barang hikmat pula. Padahal baguslah kaedahnya itu, untuk meminimumkan sentuhan.

Bila masanya kita boleh menyentuh pesakit? Antaranya ketika pesakit meronta sehingga membahayakan dirinya atau orang lain. Jenis ini terpaksa kita tangkap. Satu lagi sekiranya pesakit menyerang perawat, perawat bolehlah menepis, menangkap atau mengunci pergerakan pesakit.

Sekiranya dengan menekan titik refleksi di kaki pun tidak berjaya, jangan hal itu dijadikan alasan untuk menyentuh bahagian tubuh pesakit. Kita boleh berikhtiar dengan cara menyerang menggunakan jurus dari jarak jauh.

Satu hal yang pasti, isu sentuhan ini banyak ditimbulkan dalam rawatan alternatif. Dalam rawatan moden, doktor pegang dan tengok aurat wanita sangat kurang pula dipertikaikan. Biasanya pesakit wanita dengan mudah membenarkan doktor melihat atau menyentuh aurat mereka. Adakah kerana doktor-doktor diiktiraf oleh sains moden maka kita tidak perlu mempertikaikannya?

Contohnya , kita pergi jumpa doktor lelaki bukan Islam, doktor terus pegang tangan kita untuk periksa denyut nadi, biasa. Kita tidak pula membantah dan tidak pula memandang serong. Tapi cuba ketika sampai di depan perawat Islam, perawat pegang tangan pesakit wanita untuk memeriksa nadinya. Kemungkinan besar orang akan pandang serong. Betul kan?

Wanita Islam sakit pada bahagian telinga. Sampai di depan doktor lelaki, doktor suruh selak tudung untuk suluh lubang telinga. Kan biasa? Siapa pun tidak pertikai. Tapi cuba wanita Islam sakit telinga, perawat Islam minta selak tudung untuk tengok dalam telinga, mahu heboh sekampung.

Saya melihat dalam isu melihat dan menyentuh ini, seolah-olah ada double-standard. Kalau atas nama sains moden, lelaki kafir dan musyrik pun direlakan melihat dan menyentuh wanita Islam. Tapi kalau atas nama perubatan tradisional Islam, ulama pun akan dihentam habis-habisan jika ada melihat atau menyentuh wanita Islam.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

23 November 2011

Mahu Tips Tenangkan Hati

Posted by Alexanderwathern | 8:12 AM | , | 0 comments »

PERSOALAN :

Assalamualaikum...

Nak minta tips ketenangan hati, mengawal perasaan dan emosi.

JAWAPAN :

Wlksm,


1. Jika ada orang bersalah dengan kita sikit-sikit tu, kita niat maafkan kesalahan mereka ketika ini juga. InsyaAllah hati dan minda akan berasa lapang.

2. Selalu-selalu ambil wudhuk, ataupun sekurang-kurangnya basuh muka dan tangan. Sekali sapu air ke muka, sebut "Allahu Akbar" (atau lain-lain) dalam hati. 3 kali sapu air ke muka, maksudnya 3 kali dah zikir. Selalunya kita ambil wudhuk ataupun basuh muka 'kosong' aje kan? Sekarang disertakan dengan zikir khafi (zikir dalam hati). InsyaAllah kita akan berasa wudhuk/ basuh muka kita lebih bermakna.

Pahala dapat, segarkan diri dapat, awet muda pun dapat : )

3. Buat senaman ringan, urut-utur an longgarkan badan, picit-picit kaki dan tapaknya, bernafas dengan tenang dan dalam-dalam... insyaAllah dapat membantu.

4. Cari teman berbual, bual kosong je, jangan bual hal yang berat-berat. Yang ni pun dapat tenangkan hati jugak.

5. Tengok langit (siang/malam), perhatiakn ke serata penjuru. Tengok air mengalir (sungai dan lain-lain) pun membantu jugak.

Abu Zulfiqar

Saya jarang merawat akhir-akhir ini, jadi sangat kurang idea untuk menulis dan mengemaskini blog Ikhtiar Muslim. Tumpuan saya lebih kepada blog Debunga Teratai Syurgawi, blog Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak, blog Satu Umat dan blog Ihya’ ‘Ulumiddin. Walau bagaimanapun baru-baru ini dengan izin Allah saya berjaya merawat satu kes santau, dengan peratus kesembuhan yang tinggi. Alhamdulillah, syukur. Kemudian ada satu kes gatal-gatal badan, sudah menerima rawatan pakar kulit pun masih belum sembuh. Hasil rawatan saya, khabarnya Allah izinkan sedikit kesembuhan tapi peratusan kesembuhannya tidaklah tinggi.

Mohon ribuan kemaafan kepada para pembaca yang bertanyakan tafsir mimpi. Banyak betul soalan tentang tafsir mimpi ni, berpuluh-puluh yang belum terjawab. Hendak ‘merenung’ satu-satu mimpi itu memerlukan masa, dan buat masa ini saya sangat kekurangan masa. Masa saya lebih kepada memenuhi tuntutan aktiviti-aktiviti dakwah. InsyaAllah saya cuba jawab ataupun memaklumkan “gagal mendapatkan tafsirnya”, bergantung kepada mimpi yang dikemukakan.

Sepanjang pengalaman saya menta’bir mimpi, mimpi paling banyak diminta tafsirnya ialah mimpi suami kahwin lagi. Kadang-kadang datang berturut-turut. Berada di ‘ranking’ kedua ialah mimpi tentang binatang-binatang berbisa.

Terima kasih kerana terus bersama Ikhtiar Muslim.

Abu Zulfiqar

11.11.11

Siapakah Batara Guru?

Posted by Alexanderwathern | 7:40 PM | | 0 comments »

Siapakah Batara Guru (menurut ajaran Hindu)?


Rata-rata penganut agama Hindu percaya Batara Guru ialah Dewa Siva. Nama lain bagi Batara Guru ialah Manikmaya. Dewa Siva ialah Tuhan Pemusnah dan merajai kahyangan. Isterinya bernama Dewi Uma. Mereka mempunyai beberapa orang anak.

Boleh dikatakan semua dewa mempunyai wahana masing-masing. Wahana ialah kenderaan atau tunggangan mereka yang digambarkan sebagai haiwan-haiwan tertentu. Wahana Batara Guru ialah seekor lembu yang dikenali sebagai Lembu Nandini. Lembu ini tidak kenal erti takut.

Dalam agama Hindu ada tiga dewa besar bertaraf Tuhan yang bersyarikat dalam Trimurti. Brahma ialah pencipta, Vishnu ialah pemelihara manakala Siva (Batara Guru) ialah pemusnah. Ketiga-tiganya Tuhan.

Batara Guru mempunyai anak bernama Kala (Dewa Kala). Dewa Kala menguasai waktu. Kan biasa kita sebut “kala senja”, “kala dinihari”, “kala itu” dan lain-lain yang memaksudkan waktu? Dalam bahasa Sanskrit, “kala” bermaksud “waktu”. Apabila seseorang itu hampir mati, Dewa Kala datang datang menjemputnya. Sekiranya ada yang berdegil, Dewa Kala akan bertindak ganas.Perlakuannya ada sedikit persamaan dengan Malaikat Maut iaitu Malaikat Izrail dalam ajaran agama Islam.


Abu Zulfiqar

26 Oktober 2011

Lihat & Mimpi Kalimah Allah Pada Awan

Posted by Alexanderwathern | 10:22 PM | | 2 comments »

Hari Jumaat lepas saya melihat awan membentuk kalimah "Allah" (Alif lam lam ha) di langit. Pada saya hal itu perkara biasa kerana selalu orang ternampak perkara sebegitu.

Malam tadi saya bermimpi pula melihat kalimah yang sama tetapi dengan awan yang lebih tebal. Kali ini saya jadi terpesona pula melihatnya, tidak seperti ketika melihatnya secara 'live' sebelum itu.Dalam mimpi itu saya mengukir semula awan itu, maksudnya meniru semula dengan jari telunjuk, seolah-olah jari saya sangat besar dan menyentuh awan di langit itu.

Apakah maksudnya?
Entah!

Saya selalu menta'birkan mimpi orang, tapi mimpi sendiri pun tidak dapat dita'birkan : )

Benarlah firman Allah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah “Syifa” atau ubat, bukan hanya ubat bagi rohani yang kering tapi jugaboleh menjadi ubat bagi penyakit kesihatan, dan hal ini sudah banyak dibuktikan termasuk di negara Chechnya.

Ribuan pesakit telah berhasil diubati dan disembuhkan dengan pembacaan Al-Quran secara sendirian di sebuah klinik percuma di Chechnya Grozny, kata sebuah pernyataan pada laman presiden Chechnya pada hari Rabu lalu (3/2).

“Sejak hari pembukaan pertama kali, klinik percuma di Islamic Center di Chenchnya telah memiliki dan melayani lebih dari 60,000 pesakit. Kebanyakan dari mereka yang mengunjungi klinik percuma di Islamic Center untuk memulihkan kesihatan mereka.

Klinik percuma ini membantu mereka untuk mendapatkan pengubatan yang lebih baik dengan cara non-tradisional – iaitu, dengan membaca Alquran,” kata pernyataan tersebut.

Bahkan Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov ikut ambil bahagian dalam perayaan pembukaan klinik percuma tersebut pada hari Selasa yang lalu untuk menandai ulang tahun pertama Islamic center Chenchnya. Presiden Ramzan Kadyrov mendapatkan presentasi dari pimpinan Islamic Center Daud Selmurzayev, dan Akhmad Kadyrov, pimpinan tertinggi muslim Republik Chechnya.

“Islamic Center telah sangat popular tidak hanya bagi penduduk republik Chenchnya, tetapi juga bagi umat Islam dari wilayah Rusia lainnya dan negara-negara CIS,” kata Kadyrov.(fq/rian)

sumber

Lepas Solat Ternampak Al-Quran

Posted by Alexanderwathern | 10:31 PM | | 0 comments »

SOALAN :

Salam....ustaz....saya ingin bertanya....mengapa ye tiap kali lepas solat or lepas berdoa...saya mesti nampk sebuah al Quran yng terbuka diletakkan atas rehal betul-betul kat deapn tiap-tiap kali time saya tutup mata....saya tak faham kenapa saya selalu nampak macam tu dan semalam saya nampak yang sama jugak tapi al Quran tu ditulis dalam bentuk khat yang terpisah-pisah.....saya tak ingat jenis khat apa tu......tapi ustaz...kenapa ye selalu jadi cam tu ?

JAWAPAN :

Wlksm Hxxxxx Hxxxxx,
Sebenarnya saya belum pernah ketemu kes sebegini. Nampaknya saya bukan orangnya yang dapat membantu. Hidayu kenalah bertanya dengan orang lain yang mungkin dapat membantu.

Abu Zulfiqar

12 Ogos 2011

Melihat Abu Zulfiqar Dari Sudut Yang Mana?

Posted by Alexanderwathern | 10:51 AM | | 0 comments »

Rami orang mengenali saya dari sudut pandangan yang berbeza-beza, bergantung pada blog saya yang mana yang sering dikunjungi mereka.

Ada yang mengenali saya sebagai seorang mua'llij, iaitu pengamal perubatan Islam dan perawat, serta tempat orang meluahkan masalah dan meminta nasihat. Hal ini kerana mereka sering mengunjungi blog Ikhtiar Muslim di http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/ .

Ada yang mengenali saya sebagai seorang aktivis gerakan Islam, peduli isu Palestin dan peminat isu-isu semasa umat Islam di seluruh dunia. Hal ini kerana mereka sering mengunjungi blog Satu Umat di http://satuumat.blogspot.com/ .

Ada juga yang mengenali saya sebagai seorang ahli perbandingan agama, peminat teori konspirasi, pengkaji kitab-kitab suci agama dunia, peminat dan peneliti sejarah. Blog yang mereka kunjungi tentunya Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak di http://myalexanderwathern.blogspot.com/ .

Ada pula yang memandang saya sebagai seorang ustaz aliran tradisional, berfaham kesufian, pengajar kitab, penggiat seni dan lain-lain. Tentunya kerana mereka sering melayari blog Debunga Teratai Syurgawi di http://alexanderwathern.blogspot.com/ dan Ihya' 'Ulumiddin di http://syarahihya.blogspot.com/ .

Inilah 5 blog utama saya di samping beberapa blog lain.

Oleh itu, apabila mereka membuat penilai terhadap sesuatu isu, mereka menilai saya berdasarkan HANYA SALAH SATU daripada yang di atas. Penilaian dan hukuman yang diletakkan itu tentunya sukar menjadi adil dan jauh daripada tepat kerana mereka melihat hanya salah satu sudut daripada sudut-sudut pemikiran saya. Namun begitu, mereka tidaklah boleh dipersalahkan kerana biasanya seseorang itu punya hanya satu blog. Jadi saya pun disangkakan mempunyai hanya satu blog lalu saya dinilai dan dihukum berdasarkan blog yang satu itu.

Dari itu, bagi sesiapa yang terbaca tulisan ini, untuk menilai saya atau meletakkan sesuatu hukum kepada saya, sewajarnyalah melihat saya dari kesemua sudut yang di atas tadi. Layarilah kelima-lima blog saya itu, barulah dapat mengenali pemikiran saya dengan lebih baik kerana saya ialah gabungan kelima-limanya, insyaAllah.

Tulisan ini terhasil kerana sering berlaku 'salah cop'. Ada yang mengecop saya sebagai seorang yang menghabiskan masa duduk berwirid dan menelaaah kitab sahaja. Ada pula yang menyangkakan saya seorang yang asyik berusrah, berqiamulail dan berprogram di sana sini sahaja. Ada yang beranggapan saya tidak lain seorang guru agama yang menyusun masjid dan surau setiap malam sahaja. Ada pula yang menyangka saya seorang ahli jemaah Tabligh yang 'keluar' ke sana sini sahaja.Lebih hebat lagi, ada yang menuduh saya ahli ajaran sesat.... aduhhh! Tak kurang yang menyangkakan saya seorang aktivis parti politik yang asyik dengan gerak kerja dan program ceramah sahaja. Juga yang percaya saya seorang ahli kumpulan nasyid yang saban hari berlatih persembahan, bermain alat muzik dan menggubah lagu sahaja. Yang mengatakan saya hanyalah seorang perawat Islamik yang kerjanya merawat orang setiap hari pun tak kurang. Macam-macam lagi ada...

Nak tahu apa isi kolam, lihatlah isi 5 batang anak sungai yang mengalir ke dalamnya. Umumnya, itulah isi kolam tersebut. Jangan menilai dan menghukum isi kolam itu berdasarkan hanya satu daripada lima anak sungai tadi.

Apabila berlaku salah menilai dan salah menghukum, hendak menjelaskan kembali satu-persatu kepada orang tersebut memang akan memakan masa lama. Dengan adanya artikel ini, jika berlaku lagi nanti, mudahlah saya. Saya akan terus beri link ke artikel ini untuk dibaca oleh orang berkenaan.

Mimpi Berenang dan Pokok Madu

Posted by Alexanderwathern | 7:55 PM | | 0 comments »

SOALAN :

Assalamualaikum!

Ustaz, saya ada membaca tafsiran mimpi dari Ustaz pada wall teman FB.
Saya juga ada brmimpi yang saya tidak tahu ertinya.. mugkin ustaz dapat beri keterangan mengenainya.

Mimpi saya beberapa bulan yang lalu..

Saya berenang menurut arus lebih laju dari perahu dengan sesungguh hati.. sehingga jauh. Kemudian saya berhenti dan memanjat bukit untuk beristerehat di sana.. saya dapat lihat keindahan alam penuh cahaya yang menakjubkn..

Apa erti semua ini...

Dan saya pernah juga bermimpi.. ada beberapa orang mengumpulkan dan mahu memberikan buah-buahan dari pokoknya dan membenarkan saya mengambilnya.. dan sedang saya meninjau pokok yang lebat buahnya saya menemui madu yang sangat banyak, tiada siapa pun peduli akan madu itu biarpun saya telah maklumkan, maka saya mengambilnya dengan sendiri tanpa sesiapa peduli saya.. saya dapat merasa madu itu..

Apa ertinya semua ini..
Moga ustaz dapat bantu saya..

Terima kasih ustaz.
Wasalam.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam,

Mimpi ini kemungkinan sekali bermaksud anda pergi jauh dan berusaha keras lalu mendapat kejayaan demi kejayaan. Hasilnya memang lumayan/ berbaloi. Namun dalam berusaha itu anda ditimpa kesedihan pada waktu-waktu tertentu.

Mimpi kedua ini skop tasfirnya luas. Saya tak tahu hendak tuju yang mana. Jadi, saya tidak dapat membuat perkaitan.

Cuma yang dapat saya beri:

Pokok itu membawa maksud baik. Anda beroleh kebaikan, tapi saya tak dapat pastikan bentuk kebaikan yang diperolehi itu.

Biasanya madu membawa maksud Al-Quran (tapi tidak semestinya).

BALASAN :

Terima kasih Ustaz telah berikan keterangan tentang mimpi saya...

Alhamdulillah.. benar apa yang saya lalui amat perit dan sedih.. namun berkat nasihat teman-teman FB, saya boleh sabar dan... saya sudah daapt lihat sedikit demi sedikit.. syukur..saya yakin perjalanan saya di atas landasan yang benar...