MagzNetwork

VERSTAB MENULIS:

Setahu saya seelok-eloknya, seseorang tu perlu diijazahkan untuk mengamalkan sesuatu wirid dan zikir. Bagaimana pula dengan al' Mathurat sususan Imam Hassan al Bana? Mohon pendapat ustaz...


PANDANGAN SAYA:

Seelok-eloknya diijazahkan, lebih-lebih lagi jika sesuatu aurad itu disusun oleh seseorang/ kumpulan yang mana mereka sangat mementingkan ijazah. Namun pengijazahan itu bukanlah perkara wajib, tetapi sangat baik jika dapat dilakukan. Untuk mengamalkan mana-mana ayat Al-Quran ataupun hadis, amalkan saja, tidak perlu tunggu diijazahkan oleh sesiapa.


Tentang Al-Ma’thurat, Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna dan jemaah yang diasaskannya iaitu Ikhwanul Muslimin tidak memberatkan soal pengijazahan. Sesiapa sahaja boleh mengamalkan aurad tersebut dan memang digalakkan oleh para daie Ikhwanul Muslimin.


Wallahu’alam.



Abu Zulfiqar

11 Jun 2010

SJ - Badan Berdenyut Apabila Berzikir

Posted by Alexanderwathern | 9:38 PM | , , | 0 comments »

TETAMU MENULIS:

Salam ziarah,

Soalan - Apabila saya berzikir atau dengar mp3 ruqyah, ada denyutan di belakang badan dan kaki. Apa harus saya buat? Ia berdenyut bila saya berzikir saja. Adakah ada jin dalam badan saya?


PANDANGAN SAYA:

Wlksm,

Tanda-tanda begitu biasanya menunjukkan kewujudan jin dalam tubuh. Jin lebih-lebih lagi bangsa syaitan memang selalu masuk keluar badan kita melalui salur darah.


Saya cadangkan anda pergi dapatkan rawatan daripada mereka yang boleh meruqyah. Mungkin mereka dapat mengesan sesuatu dan dapat pula mengusahakan apa yang patut. Saya juga mencadangkan anda berbekam, terutamanya pada 10 titik sunnah (10 tempat yang Rasulullah pernah berbekam di tubuh baginda). Tukang bekam biasanya tahu 10 tempat sunnah ini.


Jika anda mahu berusaha sendiri, saya berikan beberapa amalan mudah:

1. Setiap pagi baca 3 Qul, setiap satunya 3 kali. Begitu juga pada setiap petang.

2. Baca juga “Bismillaahillazhi la yadhurru ma’a mihi syai un fil ardhi wa laa fissamaa i wahuas samiul ‘alim” 3 kali petang dan pagi.

3. Sebelum tidur, baca Ayat Kursi 1 kali. Kemudian baca 3 Qul, hembuskan pada tapak tangan dan sapukan ke serata tubuh yang tercapai.


Untuk rawatan sendiri, bacakan pada sebotol air ayat-ayat berikut:

1. 2 kalimah syahadah

2. Selawat 3 kali

3. Surah Al-Fatihah

4. Alif laam miim (Surah al-Baqarah ayat 1-5)

5. Ayat Kursi

6. Lau anzalna (Surah al-Hasyr ayat 21-24)

7. Alam tarakai (Surah al-Fiil)

8. 3 Qul – 3 kali setiap satu


Jadikan minuman harian.


Amalan di atas mudah-mudah belaka. Sesiapa pun boleh melakukannya.


Wallahua’lam.



Abu Zulfiqar

11 Jun 2010

Mimpi Ular, Budak & Lembaga Putih

Posted by Alexanderwathern | 9:05 PM | , , | 0 comments »

HANNAG MENULIS:

Salam...saya musykil..tak tahulah saya ni betul-betul ada gangguan ke tak...tapi selalu mimpi budak,mimpi ular...mimpi lembaga putih nak datang kat saya...lagi pun saya belum ada anak.


PANDANGAN SAYA:

Wlksm Hannag. Mimpi-mimpi seperti itu menunjukkan ada gangguan jin, dan kemungkinan jin saka.



Abu Zulfiqar

11 Jun 2010

Filem Mak Lampir mengisahkan seorang wanita pengamal ilmu hitam yang sudah bersebati jiwanya dengan jin. Hal ini membolehkan dia memiliki usia yang panjang dan hampir-hampir mustahil untuk dibunuh, sebagaimana keadaan diri sebahagian jin juga. Kegiatan ajaran sesatnya cuba dibanteras oleh Sunan Kudus, salah seorang ahli kabinet Wali 9 ataupun Wali Songo. Sunan Kudus mengutuskan salah seorang pendekar Kesultanan Demak untuk membereskan hal itu iaitu Prayogo.


Prayogo memang tandingan Mak Lampir tetapi belum cukup untuk mencabut nyawanya. Tambahan pula Mak Lampir ada memohon bantuan daripada Nyi Roro Kidul, seorang puteri jin yang kuat, besar kerajaannya dan menguasai laut selatan Indonesia Oleh itu Sunan Kudus memerintahkan Prayogo menyiapkan sebuah keranda khas yang bakal memenjarakan Mak Lampir.


Pada hari pertarungan, Prayogo dan tentera Demak berjaya membelasah Mak Lampir lalu memasukkannya ke dalam keranda khas itu. Keranda itu pun diletakkan dalam runtuhan gua. Di situlah Mak Lampir akan beristirehat selama-lamanya sehinggalah ajalnya tiba ataupun hari kiamat menjelma, selagi tidak ada orang membuka penjaranya itu.


Malangnya secara tidak sengaja keranda Mak Lampir ditemui orang lalu dibuka. Mak Lampir pun bebas daripada persemadiannya lalu mengganas. Ketika itu Prayogo sudah ratusan tahun meninggal dunia. Apa yang Mak Lampir buat? Dia membalas dendam kepada seluruh keturunan Prayogo dengan membunuh mereka.

Cucu cicit Prayogo sering jadi mangsa Mak Lampir. Dia tidak mahu meninggalkan walau seorang benih Prayogo di muka bumi ini. Sedih sekali, keturunan Prayogo tidak ada yang seperti moyang mereka, menyebabkan mereka tidak berdaya menyelamatkan diri, apatah lagi untuk menghadapi Mak Lampir.


Tamat.


Saya membawakan sedutan filem rekaan yang popular ini sebagai contoh untuk menceritakan betapa pentingnya seseorang perawat itu mendidik anak cucunya akan ilmu-ilmu yang ada pada diri si perawat.

Si perawat mungkin seorang yang berkebolehan lagi handal dalam menghadapi sihir dan jin, tetapi bagaimana dengan keturunannya? Sering kita dengar keluarga dan anak cucu perawat yang dahulunya terkenal kini dihantui dengan gangguan sihir dan jin. Bagaimana hal ini boleh berlaku?


Semasa hidupnya si perawat sering menggagalkan sihir orang, mungkin juga pernah menyakiti tukang sihir, memalukan mereka dan sebagainya. Mereka tidak mampu membalas kerana handalnya si perawat (dengan izin Tuhan). Tetapi... apabila si perawat sudah meninggal dunia, siapa yang dapat menangkis sihir-sihir yang mereka lepaskan sebagai balasan dendam jika si perawat tidak menurunkan ilmunya kepada ahli keluarganya?


Begitu juga halnya dengan para jin dan syaitan. Usia mereka panjang-panjang, ratusan atau ribuan tahun. Dahulunya mereka terpukul teruk dan menjauhkan diri. Boleh jadi ada ahli keluarga mereka yang mati di tangan perawat. Boleh jadi mereka sendiri mengalami kecacatan akibat amalan si perawat. Setelah si perawat mati, mereka masih hidup. Tibalah masanya untuk mereka membalas dendam. Siapa yang dapat berhadapan dengan mereka sekarang? Melainkan terpaksalah pergi minta bantuan orang lain. Sebab itu di rumah arwah perawat kadang-kala kelihatan lembaga-lembaga aneh, ahli keluarga sakit misteri, gangguan-gangguan yang menakutkan dan sebagainya.


Oleh itu sebaiknya perawat mengajarkan kepada ahli keluarganya amalan-amalan yang sekurang-kurangnya sebagai pendinding diri. Jika dapat mewariskan ilmu rawatannya kepada mereka lagilah bagus. Jika kita sudah jadi seorang perawat, kita tidak dapat lari daripada mematahkan sihir orang dan menyakitkan jin. Jika mereka berusia panjang, tidak mustahil mereka akan membalas dendam kepada keluarga kita sehingga beberapa lapis keturunan.


Ringkasnya, perawat janganlah menghandalkan diri sendiri sahaja, handalkanlah juga keluarganya, ataupun sekurang-kurangnya perkukuhkanlah benteng mereka.


Wallahua’lam



Abu Zulfiqar Amsyari

10 Jun 2010


* Berhati-hati... perawat yang bergantung kepada jin, akan mewariskan jin tersebut kepada anak cucunya kerana dia tahu, dia kuat kerana jin. Tanpa jin itu, dia tidak mampu berhadapan dengan sihir dan gangguan jin lain. Dia sendiri pun bergantung kepada jin, apatah lagi kaum keluarganya yang tidak sehandal dirinya.