MagzNetwork

Latar Belakang Blog

Posted by Alexanderwathern | 7:11 PM | 1 comments »

Akan DIUSAHAKAN (tak semestinya dapat) agar segala bentuk amalan rawatan dan pencegahan yang disarankan dalam blog ini selaras dengan:


1. ayat-ayat al-Quran yang sesuai

2. doa-doa yang sesuai dan kukuh sandarannya

3. perkataan-perkataan yang benar

4. petua-petua yang benar dan berkesan

5. penggunaan alatan atau bahan yang sesuai


Blog ini akan BERUSAHA:


1. Memaparkan ayat, doa, amalan, bahan dan alatan yang terbukti berkesan ataupun yang diyakini berkesan sahaja. Biasa kita temui begitu banyak petua tetapi boleh dikatakan kesemuanya tidak atau kurang berkesan. Ada juga yang tidak berkaitan pun dengan masalah yang kita hadapi. Maksudnya si pemberi tidak membuat saringan terlebih dahulu, hanya menyampaikan apa yang pernah didengar.


2. Memaparkan ayat-ayat, doa dan amalan yang semudah dan seringkas mungkin. Ada orang memberikan kita ayat atau doa yang panjang lebar dan sukar membacanya, sedangkan ada ayat atau doa yang lebih mudah dan berkesan. Ada pula memberikan amalan yang terlalu membebankan untuk kita lakukan dan syarat-syarat yang terlalu berat untuk dilaksanakan.


3. Menyarankan bahan-bahan dan alatan yang mudah diperolehi. Kadang-kadang kita terbaca cara menyediakan ubat untuk masalah tertentu tetapi bahan-bahannya sangat sukar dicari, bahkan ada pula bahan yang kita tidak pernah dengar namanya pun.


4. Memaparkan kaedah rawatan dan pencegahan yang tidak perlu melibatkan bantuan daripada jin termasuklah jin-jin yang mengaku dirinya malaikat, wali, bunian atau individu tertentu seperti datuk, moyang, bapa, guru dan lain-lain. Memadai dengan ayat al-Quran, doa, perkataan, petua, bahan dan alatan yang sesuai.


5. Menceritakan latar belakang sesuatu ayat Al-Quran, doa dan kata-kata dari segi:

a) maksudnya

b) kegunaan ayat dan doa itu menurut hadis-hadis

c) rasional penggunaan ayat, doa dan kata-kata itu

d) pengalaman para ulama dan orang yang berjaya menggunakannya


Ada kala kita mengamalkan sesuatu ayat dan doa tanpa mengetahui sama ada ia ayat al-Quran ataupun hadis ataupun sekadar ungkapan-ungkapan biasa. Kita juga tidak tahu apa kegunaan ayat-ayat dan doa-doa itu menurut hadis, sekadar percaya kepada kata-kata orang yang mengajarkannya kepada kita.



PENTING


1. Sekiranya laman ini mencadangkan apa-apa produk keluaran mana-mana syarikat, ia bukanlah atas tujuan perniagaan tetapi kerana produk tersebut memang berkesan. Laman ini tidak menjual apa-apa produk. Anda boleh dapatkan sendiri produk-produk yang disarankan dari kedai ataupun pengedar berhampiran.


2. Isi kandungan laman ini mungkin akan mengalami perubahan pada masa akan datang berdasarkan pengetahuan terkini pengendali. Yang salah akan dibetulkan dan yang lemah akan digantikan dengan yang lebih kuat.


3. Menjadi seorang perawat dan pengendali blog sebegini bukan bermaksud tuannya seorang yang sihat 100%. Saya perolehi ilmu yang tidak seberapa ini ketika usia sudah agak lanjut dan tubuh badan sudah tidak sesihat orang muda. Alhamdulillah syukur, setakat ini belum kena lagilah penyakit yang berat-berat. Dinasihatkan belajarlah serba-sedikit ilmu-ilmu sebegini ketika usia anda masih muda dan badan masih sihat.


PALING PENTING


Saya hanya 'AKAR', bukan 'ROTAN' dalam rawat-merawat ini. Harap tidak ada yang tersalah faham dan membandingkan saya dengan perawat-perawat lain yang jauh lebih makbul doa mereka. : )





TA'BIR MIMPI


1. Saya masih baru dalam menerokai ilmu ini. Tafsiran yang saya buat mungkin tidak tepat. Sila bertanya kepada beberapa orang lagi penta'bir mimpi lalu dibuat perbandingan.


2. Walaupun kita dapat mimpi yang sama dengan mimpi orang lain, tetapi maksud mimpi itu mungkin berbeza. Begitu juga, kita mungkin dapat mimpi yang sama dengan mimpi sebelum ini, tetapi maksudnya mungkin berbeza.


3. Jangan terlalu teruja sekiranya mendapat maksud mimpi yang baik, dan jangan terlalu gusar sekiranya dapat maksud mimpi yang tidak baik. Takdir memungkinkan apa sahaja. Doa juga punya peranan besar.

1 comments

  1. seorang nisa // December 28, 2011 at 2:32 AM  

    asalamualaikum ustaz. saya x tahu betul ke saya post d sini. tapi penat mencari saya tak jumpa tempat lain utk post selain dekat sini.
    saya hendak tanya pendapat ustaz tentang peristiwa yg p'nah saya alami.
    pada tahun 2010, saya stdy d IPTA di sarawak.
    pada sepanjang semester 1, saya alami gangguan semasa tidur.
    1)sebaik saja saya t'lena, tiba2 tubuh jadi kejang atau x dapat bergerak.
    2)rasa sepeti ditindih w'lau saya mengiring.
    3)seperti ada angin tiba2 berhembus di sekeliling tapi bukan angin dari kipas.
    4)seperti ada yang menghembus angin di telinga.
    5)yang ini kadang2 b'laku. tapi bila t'jadi, saya rasa nak menangis sebab takut. saya dengar ada suara menyebut nama timangan saya dari arah depan muka. sekali tu saya dengar seperti suara perempuan berbisik seperti orang baca jampi serapah dihujung kepala saya. snagat jelas suara itu tapi x tau apa yang dibacanya.

    setiap kali mengalami gangguan t'sbt, saya x dapat buka mata dan x dapat b'suara. hanya telinga saja dapat mendengar.
    saya nak baca 3 qul dan ayat kursi juga suara x dapat keluar. jadi saya ulang baca b'kali-kali dalam hati. sebut nama Allah berkali2 sehingga gangguan hilang. saya baru boleh buka mata. x ada apa b'laku disekeliling. saya b'tarung utk buka mata agar gangguan b'henti. sampai rasa nak menangis saja.
    tapi bila saya nak tidur semula, gangguan t'jadi semula.
    saya amalkan bacaan 3 qul, al fatihah dan ayat kursi serta selawat nabi sebelum tidur tetapi tetap diganggu. malah sebelum alami gangguan sebegini saya telah amalkan baca2 t'sebut sblm tidur.
    saya amalkan baca yasin setiap hari dan letak alquran sebelah bantal bila tidur. tetap juga hadapi gangguan.
    sampai saya fikir saya mungkin ada masalah mental. tapi saya x rasa semua itu halusinasi saja. akhirnya saya t'paksa berjaga sepnjg malam agar x tidur. tidur selepas subuh. itu pun kadang2 saya alami gangguan. stdy apa lagi, asyik ngantuk dalam kelas. kawan2 saya pun x tahu macam mana nak bantu.
    mak saya pesan agar amal 3 qul, al fatihah dan ayat kursi serta selawat nabi sebelum tidur malah bekalkan doa pelindung agar x lihat benda2 yg x elok. saya amal dan baca selalu.
    tapi tetap diganggu.'
    sebelum ini, saya alami gangguan yg sama semasa dirumah sblm stdy d sarawak.
    sekali saya rasa katil saya seperti diangkat dan terawang-awang. saya tak berani buka mata. saya pejam saja sambil hati sebut nama Allah berulang2. dan ia berhenti.
    kali kedua saya dengar bunyi tapak kaki berlari-lari keliling saya. juga saya tak berani buka mata. saya juga rasa tempias angin bila tapak kaki menyentuh lantai. semasa itu saya tidur beralaskan tilam di lantai. saya juga merasa ada jari menyentuh telinga saya.
    saya ulang sebut nama Allah berkali-kali dan gangguan hilang.
    ketika gangguan dirumah, setelah menyebut nama Allah berkali2, gangguan akan hilang. berbeza semasa di kolej. gangguan hilang bila b'jaya buka mata. bila nak tidur semula gangguan kembali datang.
    peliknya ia hanya berlaku semasa semester1. kini saya berada di semester 4 dan masih tidur ditempat yang sama. gangguan tidak lagi berlaku. tetapi saya kadang2 mimpi yang pelik. seperti mimpi saya dan beberapa kawan yang b'agama islam dimusuhi oleh kawan2 islam lain yang telah t'pengaruh oleh dakyah kristian. saya menangis sebaik saja t'jaga dari tidur. rasa macam saya tika itu spt org islam ketika dipulau musyrikin mekah.
    mimpi kedua pula agak pnjg dan pelik juga. dipendekkan dalam mimpi saya itu, ayah saya datang pada saya dan beritahu bahawa semua rumah dikampung saya telah runtuh. tiba2 dibelakang ayah saya melintas seseorang yang serba hitam dan berserban seperti pejuang arab zaman dulu menunggang kuda sambil memegang panji2 ar-royah. (tapi mungkin mimpi tu sbb beberapa hari yg lalu saya ada t'baca artikel tentang panji2 tersebut)

    apakah pendapat ustaz? t'utama tentang gangguan semasa tidur. tentang mimpi tu saya rasa barangkali mainan tidur atau kesan perasaan saya saja.

Post a Comment