MagzNetwork

Mengesan Kewujudan Saka

Posted by Alexanderwathern | 9:47 PM | , , | 0 comments »

assalamualaikum

Macam mana pula kalau pemilik saka memberikan barang yang telah digunakan pada cucu adakah itu untuk mewarisi saka??

jikalau saka itu diturunkan tanpa diketahui,apa tanda-tanda membuktikan bahawa saka itu wujud dalam diri seseorang itu??

Betul ke pemilik saka mempunyai pantang larang?? contohnya tidak boleh melalui bawah ampaian ke.Kalau langgar apa akibatnya???


PANDUAN
Mewariskan barang-barang tidak ada salahnya. Yang kita khuatiri jika ada antara barang-barang tu yang menjadi tumpangan si saka. Saka hanya akan diwarisi jika kita terima barang yang menjadi tempat saka itu duduk sahaja. Barang-barang lain tidak ada masalah.

Antara tanda-tandanya:
1. Kita terasa macam ada suara jelas ataupun suara hati yang berbisik-bisik kepada kita, mendorongkan kita berbuat sesuatu ataupun mengelakkan kita daripada berbuat sesuatu.
2. Tiba-tiba kita cekap mengurut, ataupun mengubat orang, ataupun bersilat dan seumpamanya.
3. Sering mimpi yang menakutkan.
4. Sering mimpi berjumpa datuk nenek ataupun ibu bapa kita yang mewariskan saka itu lalu memberikan apa-apa panduan ataupun maklumat. Sebenarnya itu ialah si saka yang menyamar dalam bentuk mereka.
5. Kita kerasukan beberapa kali sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku.
6. Dan lain-lain.

Memang ada pantang-larang tertentu. Jika dilanggar, jin itu akan mendatangkan masalah seperti mengganggu tuan dan kaum keluarganya. Kadang-kadang turut mengganggu orang lain.

Wallahualam.

0 comments

Post a Comment