MagzNetwork

Mimpi yang Gagal Ditafsir Juga

Posted by Alexanderwathern | 12:29 AM | | 0 comments »

SOALAN:

Kalau mimpi ada sehelai kain yang jarang dan ada gambar mata jatuh dari langit bersama sebuah buku..dan dalam masa yang sama saya berada di dalam sebuah bilik yang dipenuhi air laut sehingga paras tingkat dan semakin surut sedikit demi sedikit tapi terhenti dan selepas itu ada ramai orang lelaki yang mengorek kerang-kerang yg besar di tepi pantai..Apakah maksudnya..?


ULASAN:

Saya gagal dapatkan ta'bir mimpi ini. Pada saya, mimpi ini ada maksud yang penting dan istimewa. Oleh itu diharapkan anda yang bertanya tempoh hari cuba dapatkan tafsirnya daripada pentafsir yang lain.

Mimpi Suami Kahwin Lain Lagi

Posted by Alexanderwathern | 12:24 AM | | 0 comments »

SOALAN January 28, 2011 8:48 AM

As salam ustaz...
Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain...dan setiap kali mimpi..ia seperti kejadian yang sebenar..menangis hingga pagi saya bangun dari tidur...airmata serta sedu sedan masih ada..saya sangat takut jika kejadian itu benar berlaku...

JAWAPAN :

Wlksm Nanie3108.

Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama, tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

Sebelum ini memang ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain, dan ta'bir yang saya berikan ialah suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

Dalam kes anda, saya sudah cuba mentafsirkan mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.
Kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.
WaAllahua'lam.

Abu Zulfiqar

12 Februari 2011

Mimpi Lipan Lagi

Posted by Alexanderwathern | 12:06 AM | | 0 comments »

SOALAN (January 3, 2011 9:55 AM):

saya khuatir kerana mimpi lipan...dalam keadaan itu saya merasa amat takut dengan memberanikan diri saya memegang lipan tersebut dan membuang bisa lipan tersebut, akan tetapi saya tidak membunuh lipan tersebut. apakah maksud mimpi saya...

JAWAPAN :

Pada pandangan saya, ada seorang wanita yang kurang senang dengan anda, tak tahulah apa sebabnya. Dalam menghadapi kerenahnya, anda bertindak dengan bijak dan berhemah.
waAllahua'lam.

Abu Zulfiqar
12 Februari 2011

Mimpi Rambut Luruh Lagi

Posted by Alexanderwathern | 11:50 PM | | 0 comments »

SOALAN (January 2, 2011 10:30 AM) :

Saya mimpi rambut saya luruh dengan banyaknya. Apakah maksud mimpi tersebut?

JAWAPAN :

Maaf kerana lewat membalas.
Mimpi itu bermaksud anda ditimpa kesedihan.

Abu Zulfiqar
11 Februari 2010

Bolehkah Doktor Dipercayai?

Posted by Alexanderwathern | 12:30 PM | , | 0 comments »

Sumber : Buku Panduan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) - “Bolehkah Doktor Dipercayai? Lindungi Diri Daripada Kesilapan Perubatan.” Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Prakata

Kesilapan rawatan dan perubatan adalah fenomena meluas yang telah mencapai tahap krisis di seluruh dunia. Selain akhbar asing yang popular, masalah yang semakin meruncing ini turut dibincangkan di dalam beberapa buah jurnal perubatan seperti British Medical Journal, Lancet dan Journal of the Americam Medical Association.

Apabila CAP mendedahkan isu yang sama yang sama di Malaysia, golongan perubatan menunjukkan maklum balas yang bersifat membela diri, melindungi dan agak angkuh. Malah, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengugut untuk menyaman kami.

Tidak seperti kesilapan lain yang jelas kelihatan, kesilapan perubatan sukar untuk dikenal pasti kerana ia memerlukan pengetahuan pakar untuk mengetahui apa yang berlaku.

Sebaliknya kesilapan perubatan mudah ditutup, memandangkan doktor lain yang mengetahui perkara tersebut enggan mendedahkan nama doktor yang terlibat. Ini jelas dapat dilihat melalui kesulitan yang kami hadapi ketika cuba mendapatkan doktor tempatan nuntuk mengesahkan kes-kes kecuaian perubatan yang berlaku.

Kami berharap buku panduan ini dapat membantu anda menjadi lebih ebrhati-hati terhadap apa yang boleh menjadi silap, dan cara-cara melindungi diri apabila anda atau orang yang disayangi berjumpa doktor.

- S.M. Mohd Idris, Presiden CAP