MagzNetwork

Rajin Pulak Puak-puak Ni Mengganggu

Posted by Alexanderwathern | 12:42 AM | | 0 comments »

Dalam sebulan lepas...

Malam pertama - Sesuatu masuk ke dalam mimpi, tapi dia tak buat apa-apa melainkan main pandang-pandang, jeling-jeling dan senyum-senyum. Muka ala-ala tengkorak lembu.
Malam kedua - Masuk lagi. Kali ni berlawan. Jurus pun tak kena, dia lari menyorok tepi dinding. Siap ketawa lagi. Lepas tu dia beredar.
Malam ketiga - Nekad nak tunggu walaupun badan semakin tak sihat... tapi dia tak masuk dah. Lega :)

Dua malam lepas ...

Antara lena tak lena, terjaga tengah malam. Nampak cahaya lampu bilik air, ruang tamu dan dari tingkap walaupun sikit-sikit, sebab semua pintu dan tingkap bertutup. Suasana biasa jika terjaga tengah malam.
Terjaga kali kedua, hitam gelap sekeliling. Balck-out le pulak. Langsung tak nampak apa. Tapi... baru terfikir...bunyi  kipas angin berputar masih kedengaran dan air-cond masih berbunyi tanda sedang beroperasi. Maksudnya... tak black out le.

Rupa-rupanya 'kawan' tutup habis keliling. Sebesar mana dia mampu besarkan diri dia tak tahulah. Cuba nak bangun melawan, tak boleh. Punyalah lama. Baca macam-macam. Dah lama baru dapat bangun. Elok "kawan tu" pun dah beredar. Biarlah, sekadar nak main lindung-lindung, tak payahlah berpanjang-panjang.

Malam semalam...

Salah seorang anak kata nampak buaya (terbang) dalam rumah. "Tekan punya tekan", dia mengaku saja-saja buat cerita. Budak ni le... (tapi risau juga kalau-kalau memang betul dia nampak, tapi sebab kita "tekan" tu dia tarik balik le ceritanya). Wallahualam.

Tidur malam semalam... mai pulak bergolek di sebelah, siap peluk lagi. Ingatkan orang rumah, buat biasa lah. Dah lama sikit baru perasan, muka buruk, dah tua. Lepas tu dia pergi, tak sempat nak pukul jarak dekat, ikhtiar jarak jauh, harap-harap dia dapat pengajaran.

Malam ni? Tunggu je la. Harap-harap tak datang dah. Nak berehat pun susah.

50 Anggota JPAM Kena Rasuk

Posted by Alexanderwathern | 8:36 AM | , | 0 comments »


50 anggota JPAM kena rasukBeberapa pengamal perubatan Islam merawat anggota JPAM yang dirasuk ketika menyaksikan persembahan sempena Malam Kebudayaan di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Ke-19 di Port Dickson, semalam. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang, dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengalami histeria di kawasan perkhemahan dekat Jalan Pantai di sini, malam kelmarin. 

Kejadian bermula jam 10 malam ketika dua anggota wanita daripada satu kontinjen sedang mengadakan persembahan sempena Malam Kebudayaan di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Ke-19, tiba-tiba menjerit sebelum pengsan, diikuti beberapa lagi anggota lain menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. 
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan yang juga sekretariat program, Mejar Lokman Hakim Abdul Rahman, berkata sebaik kejadian itu, pihaknya segera mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam bagi memulihkan mereka yang diserang histeria. 


“Kehadiran lima pengamal perubatan Islam berhasil memulihkan keadaan yang terkawal jam 12.30 tengah malam. 

Sebahagian mangsa dipulihkan dalam khemah, selebihnya dibawa ke Masjid Jamek Port Dickson di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi itu, malam kelmarin. 

Seramai 1,300 pegawai dan anggota membabitkan 14 kontinjen seluruh negara menyertai himpunan itu yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu. 

Tarian ada unsur seru 
Pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Islam al-Hadj, Muhamad Nur Hafiz Azmi, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada tarian kuda kepang dan ulik mayang yang dipersembahkan kerana mempunyai unsur menyeru makhluk halus. 

Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling, berkata mereka yang diserang histeria dipercayai terlalu teruja membuat persembahan, selain penat akibat cuaca panas kerana lokasi yang terlalu hampir dengan laut. 

Mangsa histeria yang juga anggota JPAM dari Perlis, Nazar Mohd Amin, 22, mendakwa ketika sedang menari ulik mayang, dia menyedari bayang-bayang di belakangnya dan sebaik menoleh, dia ternampak beberapa kanak-kanak lelaki berpakaian berwarna-warni sedang menari bersama mereka. 

“Saya tetap teruskan persembahan, walaupun dalam keadaan takut, namun sempat juga berzikir sebelum pengsan. 

Apabila tersedar satu jam kemudian, saya sudah pun berada di dalam khemah dan dikelilingi rakan lain,” katanya. sumber

Pengajaran :
1. Janganlah buat acara tari-menari tak kira di mana pun. Gantikan dengan aktiviti atau persembahan lain yang lebih bermanfaat.
2. Elakkan buat "Ulik Mayang" di tepi-tepi laut. Kalaupun 7 puteri jin itu tak datang, jin lain akan datang.
3. Tarian kuda kepang mesti dipantau oleh orang yang ada keahlian, kerana sekalipun segala adat istiadat dan mentera-menteranya tidak dibaca (tidak dipanggil khadamnya), jin-jin terutamanya jin yang bersangkut dengan tarian kuda kepang suka hadir jika terjumpa.
Wallahua'lam.