MagzNetwork

Sebahagian Doktor Punya Hal

Posted by Alexanderwathern | 9:36 AM | , | 0 comments »


Mendengar kisah seorang pengamal perubatan tradisional. Pada saya, orangnya handal juga. Rawatannya banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan zikir. Ujian berlaku ke atas anaknya yang tinggal ratusan kilometer jauh. Selepas 5 hari sakit dan sudah 2 hari masuk wad, barulah anaknya telefon meminta bantuannya. Menurut anaknya, sudah 5 hari tidak tidur. Doktor itu kata masalah jantung, doktor ini kata buah pinggang, doktor inun kata paru-paru……. Biasalah.

Pengamal perubatan tradisional ini tiba di hospital pada pukul 3 pagi. Anaknya turun dari wad. Rawatan dilakukan di kaki lima. Sekejap sahaja rawatannya, si anak terus sihat. Tidak ada sakit apa-apa lagi. Esoknya terus keluar dari hospital.

Kemudian anaknya itu ke luar negara, ribuan batu jauhnya ke Timur Tengah. Jatuh sakit lagi. Panas, menyucuk dan serba-serbi lagi dalam badan. Dia minta bapanya ikhtiarkan. Oleh kerana jauh, bapanya dan sanak saudara hanya mampu berdoa. Gerak yang diminta oleh si bapa tidak sampai-sampai. Terpaksalah meminta agak anaknya banyak bersabar.

Suatu ketika sampai bantuan daripada Allah melalui teknik seakan-akan teknik TKR. Terbuka hijab dan si bapa dapat melihat pancang kayu yang tergantung padanya hati beruk. Hati beruk itu dicucuk dengan benda-benda tajam dan dinyalakan api pula di bawahnya. Patutlah si anak sakit teruk. Begitulah permainan sihir.

Secara makrifat, si bapa memukul dari jauh. Jatuh binaan yang dibuat itu tapi belum rosak. Pukulan kali kedua berjaya menghancurkannya. Kemudian terlihat seorang bomoh orang asli cuba hendak lari. Si bapa menikam dari belakang, tersungkur. Kemudian nampak pula seorang wanita. Itulah pengupahnya.

Setakat itu sahaja cerita orang lama ini. Ketika kejadian di atas berlaku, anaknya sudah memakai baju untuk menjalani pembedahan. Tiba-tiba sahaja dia berasa sihat. Pembedahan dibatalkan lalu dia keluar dari hospital. Kalau tidak, asyik kena ‘sembelih’lah (bedah) dengan doktor dari semasa ke semasa kerana para doktor pun tidak jelas akan masalah yang dialami oleh si anak.

Sebenarnya saya meminta khidmat pengamal perubatan ini untuk mengesan satu barang sihir kepunyaan seorang tukang sihir melalui teknik TKR. Malangnya tak dapat kerana tukang sihir dan jin sihirnya pandai mendinding barang mereka.

Berbalik kepada kisah para doktor tadi. Kita akui ilmu kedoktoran sangat bagus. Jahillah kita jika kita menafikannya. Namun di sini saya juga ingin mengkongsikan satu pengalaman sendiri untuk direnungkan bersama-sama.

Suatu ketika anak saya sakit dalam badan, menangis menjerit-jerit dan berhempas-hempas serta muntah-muntah sampai lembik. Bawa ke klinik seorang doktor veteran. Dia gagal menyatakan masalah yang sedang dihidapi oleh si anak. Akhirnya dia beranggapan anak saya keracunan. Makanlah ubat.

Bawa ke klinik kedua, juga seorang doktor veteran, wanita. Pertama kali saya melihat seorang doktor duduk tersandar dan termenung panjang. Dia tidak punya penjelasan. Katanya mungkin sebab badan panas. Akhirnya doktor ini memberi petua tradisional pula. Antaranya suruh minum air didih nasi. Dia mencadangkan agar dibawa ke wad sekiranya keadaan bertambah teruk.

Berjumpa pula seorang doktor pakar kanak-kanak. Yang ini boleh tahan. Dia mengesan punca sakit dari dalam perut, terus dia ‘paksa’ buang air. Dia juga tidak punya penjelasan yang tepat, tapi sekurang-kurangnya dia menemui lokasi punca masalah.

Berjumpa pula seorang doktor muda. Katanya virus dalam perut. Berjumpa pula seorang lagi doktor muda. Katanya appendiks. Lagi karut!

Bawa anak masuk di hospital yang cawangannya di beberapa negara Asia, kata pakar bedahnya mungkin appendiks. Sejahil-jahil kita pun, dengan serba sedikit ilmu perubatan Islam, kita tahu ia bukan appendiks. Saya buat keputusan akan bawa keluar anak sekiranya mereka mahu membedahnya.

Datang pula seorang doktor pakar kanak-kanak. Dia juga tiada penjelasan kerana keputusan ‘scan’ dan ujian darah memang cantik, normal. Akhirnya dia menurut sahaja kata-kata saya iaitu suntik ubat tahan sakit, masukkan air, dan turunkan panas badannya. Sehari semalam sahaja di wad, sudah boleh keluar dan kembali sihat.

Semua peristiwa ini berlaku hanya dalam masa beberapa hari. Sangatlah sibuknya kami ketika itu, tidak terurus hidup. “Gangguan’? Ya, memang ada. Bersusah-payah kami dan para perawat lain berusaha berhari-hari. Gangguan kita rawat dengan kaedahnya, tapi sakit fizikal tetap dirawat dengan kaedah fizikal juga. Dua-dua berjalan serentak.
WaAllahua’alam.

Abu Zulfiqar
28 JUN 2012

Banyaknya Persoalan Yang Tertangguh

Posted by Alexanderwathern | 9:33 AM | | 0 comments »

Saya memohon berbanyak maaf kepada para pembaca kerana begitu banyak persoalan yang diajukan kepada saya masih tertangguh sejak sekian lama. Sebenarnya saya sangat kesempitan ruang dan waktu untuk menjawab. Persoalan tentang rawatan dan perubatan Islam, kaunseling dan tafsir mimpi di blog Ikhtiar Muslim ini sahaja pun sudah lebih 100 persoalan yang masih tertangguh. Belum dicampur dengan yang seumpamanya di akaun Facebook, forum-forum dan secara bertentang mata. Belum dicampur dengan persoalan-persoalan lain seputar agama dan sejarah, yang jauh lebih banyak jumlahnya. Tak tahu hendak ditanggap yang mana satu terlebih dahulu.

Jadi seandainya tulisan anda tidak mendapat jawapan daripada saya, mungkin lambat atau mungkin juga tidak terjawab langsung. Namun saya akan cuba, insyaAllah.

Abu Zulfiqar
29 JUN 2012

Sudah Kahwin Tapi Tidak Puas

Posted by Alexanderwathern | 10:26 PM | , | 2 comments »


PERSOALAN :
Bismillah...
Assalamualaikum wbt...

Maaf ustaz saya ingin berkongsi masalah agar ada sedikit nasihat untuk menjernihkan hati dan jiwa ini...

Alhamdulillah saya sudah berkahwin XXXXX bulan lepas. Nikmat yang masih belum disyukuri sepenuhnya... namun ada seperkara yang saya mahu bertanya seseorang tapi tak tahu siapa dan saya rasa ustaz dapat menilainya.

Malam pertama saya sebenarnya tidak berjaya, maksud saya kami gagal melakukan seks dengan baik kerana sukar menembusi faraj/selaput dara. namun Allah izinkan selepas XXXXX hari. Persoalan saya sebenarnya saya seperti tidak menikmati hubungan suami isteri ini.

Syukur suami pandai mencari posisi tetapi saya rasa hanya dia yang tercungap dan lega selepas pancut namun saya tak sampai puncak, namun rasa sedap itu ada. Timbul rasa adakah ini akibat tabiat buruk saya yang suka melancap dahulu? Maaf.

Dahulu saya fikir selepas dapat menikmati seks halal saya akan lupakan melancap itu namun tidak. saya diam2 suka melancap lagi kerana ada nikmat yang tersendiri di situ.

Ah malu nak bicara tentang ini namun saya juga malu bila suami kata kamu tak puas kan? Tak akanlah saya nak pura2 mengerang nikmat.... saya rasa bersahaja je....

Dan ada satu perkara yang agak mendukacitakan bila suami mengaku sebenarnya dia bukan teruna dan pernah banyak kali melakukan itu dengan kekasihnya sebelum ini. Ini menambahkan resah saya kerana dia pernah menikmati seks yang mungin dinikmati oleh wanita itu berbanding saya yang tidak ketemu suis ini.

Saya tekadkan hati untuk redha memandangkan saya juga bukanlah baik sangat... terutama bila suami sebenarnya mahu berubah. Tapi saya terkilan juga, ini dosa besar.

Ustaz,
inilah fenomena yang sedikit mengusik jiwa naluri seorang isteri ini.
Saya mohon doa ustaz agar perkahwinan saya ini diberkati dan bahagia sehingga ke Syurga, impian setiap pasangan....
Mohon sedikit nasihat atas dua masalah ini ustaz. Syukran jazilan.


JAWAPAN :
Wlskm puan,

Pertamanya, ucapan tahniah dari saya atas kejayaan mendirikan ‘masjid’ bersama-sama suami tercinta, yang kita sedia maklum apabila terbinanya ‘masjid’ ini membuatkan syaitan-syaitan sangat tidak gembira kerana gagallah sudah banyak rancangan mereka khususnya untuk menjerumuskan umat manusia ke arah yang tidak baik.

Keduanya, tahniah sekali lagi kerana puan terus berusaha gigih untuk mencemerlangkan ‘masjid’ yang dibina dengan mencari jalan-jalan membahagiakan lagi hubungan suami isteri.

Baiklah, saya akan terus kepada maklumat-maklumat penting dalam tulisan puan dan akan cuba memberikan serba sedikit perkongsian ilmu sebagai panduan atau pembuka jalan kepada puan suami isteri untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

USIA PERKAHWINAN

Perkahwinan puan baru berusia XXXXX bulan. Dari segi hubungan batin, dalam tempoh sebegini memang ada pasangan yang maju dan memang ada yang lewat sedikit. Ada pasangan yang memakan masa berbulan-bulan sebelum mereka dapat mengecapi nikmat berjimak yang sebenar. Oleh itu saya sarankan puan dan suami bersabar dan ambillah masa. InsyaAllah pengetahuan, kemahiran dan persefahaman akan meningkat pesat dalam tempoh itu.

Sebenarnya dalam hubungan batin suami isteri, akan sentiasa ada perkara baharu yang diperolehi dari semasa ke semasa. Ini salah satu cara Allah mengindahkan perkahwinan berterusan. Kenikmatan pada tahun ketiga tidak sama dengan tahun pertama. Begitulah seterusnya. Biasa saja orang (terutamanya lelaki, kerana saya tidak pernah bualkan hal ini dengan wanita-wanita lain selain isteri, tapi saya rasa sama saja keadaannya) yang sudah bersama dengan pasangannya lebih daripada 10 tahun, tapi masih mendapat kenikmatan-kenikmatan baru dalam berjimak. Kita sangkakan sudah habis, rupa-rupanya ada lagi.

Jadi, sebaiknya ambillah masa lagi dengan banyak berharap kepada Tuhan dan bersabar. InsyaAllah berjaya.

KEMAMPUAN MENILAI

Saya bukanlah orang yang ahli dalam hal ini sekalipun saya mengamalkan rawatan dan perubatan Islam. Walaupun saya ada merawat kes-kes berkaitan tenaga batin (dengan izin Allah, saya pernah menyihatkan semula pesakit yang sudah mati pucuk) dan kekeluargaan, tapi pengkhususan saya tidaklah dalam bidang ini. Jadi saya tidaklah mampu menilai dengan cemerlang, sekadar berkongsi pengetahaun yang ada sikit-sikit. Itu sahaja.

Saranan saya, selepas membaca jawapan saya ini, sangat sesuai untuk puan bertanyakan juga kepada mana-mana wanita yang difikirkan layak, yang berpegetahuan dan berpengalaman. Saya tidak arif ilmu tentang wanita, maka yang akan saya sentuh di sini tentunya lebih banyak kepada pihak lelaki. Gabungan jawapan saya dengan jawapan dari kaum wanita sendiri itu nanti akan memberi gambaran yang lebih baik kepada puan, insyaAllah.

HANYA SELEPAS XXXXX HARI

Saya petik semula ayat puan :
“malam pertama saya sebenarnya tidak berjaya, maksud saya kami gagal melakukan seks dengan baik kerana sukar menembusi faraj/selaput dara. namun Allah izinkan selepas XXXXX hari.”

Juga ayat yang berbunyi :
“timbul rasa adakah ini akibat tabiat buruk saya yang suka melancap dahulu.”

Berdasarkan dua maklumat ini, saya beranggapan dulunya tabiat itu dilakukan dengan cara membuat rangsangan dari kawasan luar sahaja, tidak sampai jauh ke dalam. Hal ini kerana jika tabiat itu dilakukan dengan merangsang kawasan dalaman (seperti memasukkan sesuatu agak jauh ke dalam faraj), sudah tentu selaput itu sudah pecah sebelum berkahwin lagi.

Sekiranya kawasan dalaman belum pernah dicerobohi, sepatutnya pengalaman bersama suami akan lebih nikmat lagi berbanding ketika melakukan tabiat itu. Mungkin puan dan suami memerlukan sedikit masa lagi untuk lebih serasi.

Jadi ada beberapa kemungkinan di sini :
1.       Ia memang belum pecah. Sebab itu hubungan pada malam-malam awal itu menjadi sukar. Ada pasangan yang mengambil masa berminggu-minggu malah berbulan-bulan untuk si suami memasukkan keseluruhan alat kelaminnya ke dalam faraj isteri.
2.       Ia sudah pecah tanpa puan ketahui. Kesukaran melakukan hubungan pada malam-malam awal itu bukan kerana masalah selaput dara, tetapi ada masalah lain.
3.       Ia sudah pecah tetapi hanya sebahagian. Sebab itu pada malam-malam awal itu hubungan menjadi sukar.

TIDAK MENCAPAI KLIMAKS/ KEMUNCAK

Kegagalan untuk mencapai klimaks (inzal) ini boleh terjadi atas banyak faktor. Bahagian ini akan saya jelaskan lebih lanjut di bawah nanti.

AKIBAT MELAKUKAN TABIAT BURUK

Ya, memang ada kemungkinan masalah yang puan alami sekarang akibat tabiat lama itu. Saya tidak kata pasti, tapi ada kemungkinan.

Hal ini kerana ketika melakukannya, pelaku boleh mengawal sendiri jenis/bentuk rangsangan, kawasan rangsangan, tempo rangsangan, kekuatan rangsangan dan sebagainya. Hasilnya, ia memuaskan hati pelaku.

Contoh mudah – kita berasa puas jika makan nasi sendiri kerana kita menentukan jumlah nasi, jenis lauk, kuantiti nasi dan lauk, dan lain-lain mengikut selera kita. Suatu hari kita terlantar di hospital, patah kedua-dua belah tangan, mata bertampal dan tak boleh bersuara. Kita bergantung pada orang lain untuk menyuapkan makanan. Sudah tentu tidak puas kerana penyuap tidak tahu jumlah nasi dan lauk yang kita mahu, jenis lauk, tempo suapan dan sebagainya. Penyuap memberi dengan mengagak berdasarkan reaksi kita yang dapat dikesannya sahaja.

Sebab itu tabiat ini memang tidak baik untuk diamalkan. Ia boleh mempengaruhi kepuasan seseorang ketika berjimak. Namun begitu, jika si suami seorang yang berpengetahuan dan kemampuan tentang hubungan suami isteri, sepatutnya si isteri akan tetap berasa lebih puas bersama suaminya berbanding tabiat lama itu. Antara faktornya, suami boleh merangsang seluruh tubuh isteri sedangkan tabiat itu hanya merangsang kawasan yang terhad sahaja.

Saranan kepada penyelesaian untuk bahagian ini :
1.       Semua hal termasuklah segala kenikmatan adalah milik Allah. Begitu juga dengan nikmat melakukan hubungan seks. Oleh itu, kita minta kepada Tuannya iaitu Allah SWT. Kalau kita tidak memohon kepada-Nya, bagaimana Dia hendak menganugerahkan kenikmatan itu kepada kita? Tambahkan amal-amal soleh, lakukan solat sunat hajat dan banyakkan berdoa mohon Dia kurniakan kenikmatan itu kepada kita.
2.       Banyakkan bertaubat. Jika sudah sedia banyak, tambahkan. Kita faham tabiat itu memang mendatangkan dosa dan kemurkaan Tuhan. Boleh jadi Dia menyekat nikmat itu kerana dosa-dosa kita. Maksudnya dosa-dosa itu menjadi penghalang. Tapi apabila kita bertaubat dan merintih kepada-Nya dan Dia terima, dosa-dosa kita akan diampunkan-Nya. Maksudnya penghalang itu akan hilang dan kenikmatan yang kita inginkan akan diperolehi.
3.       Dalam usaha bertaubat, tentunya keinginan untuk melakukan tabiat itu datang sesekali. Sekiranya dapat dihentikan terus, memang itulah yang terbaik. Tapi kita faham, bukan semua orang mampu begitu. Samalah halnya dengan orang yang berusaha untuk berhenti merokok. Sekiranya belum mampu, cuba atasinya dengan mengurangkan kekerapan. Contoh : Jika sebelum ini ia dilakukan seminggu sekali, bertahanlah dan jadikannya dua minggu sekali. Kemudian jadikannya sebulan sekali. Teruskan bertahan, jadikannya dua tiga bulan sekali. Lama-kelamaan kita akan mampu meninggalkannya terus insyaAllah.
4.       Bawa berbincang dengan pasangan agar rangsangan tidak terhad kepada kawasan alat sulit sahaja sebagaimana ketika melakukan tabiat itu. Umumnya, seluruh anggota isteri merupakan kawasan rangsangan, cuma perlu dikenalpasti kawasan-kawasan yang terbaik untuk dirangsang. Lain orang lain kawasan-kawasan utama terangsangnya. Apabila anggota-anggota lain dirangsang sebelum dan ketika berjimak, dari situ akan datang kepuasan yang melebihi kepuasan melakukan tabiat lama itu. Hal ini memang akan memakan masa namun ia hendaklah diusahakan. Sebab itu saya katakan sebelum ini, kenikmatan pada tahun ketiga tidak sama dengan tahun pertama. Dari semasa ke semasa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman akan bertambah. Memang jauh berbeza permainan orang baru dengan dengan permainan orang lama.

PENGETAHUAN MENCARI POSISI

Posisi  ketika berjimak ada sekurang-kurangnya 3 jenis iaitu posisi tubuh, posisi alat kelamin dan posisi waktu. Kebanyakan golongan muda yang saya temui hanya tahu posisi tubuh sahaja dan sangat kurang tahu dua posisi lagi.

1.       Posisi tubuh – Maksudnya kedudukan suami dan isteri. Bahagian ini saya kira hampir semua orang tahu. Lebih-lebih lagi remaja zaman sekarang yang banyak terdedah dengan media-media lucah seperti gambar dan video. Ada pelbagai ragam gaya/ ‘style’.
2.       Posisi alat sulit – Walaupun suami isteri itu berada dalam satu posisi tubuh sahaja (contohnya posisi biasa iaitu suami di atas dan isteri di bawah secara berhadap-hadapan), alat kelamin suami hendaklah bijak mencari posisi-posisi/ruang-ruang/makam-makam dalam faraj isterinya. Tapi ini bukan bermaksud si suami main tikam sahaja ke serata arah. Jika hal ini berjaya dilaksanakan, tanpa perlu mempraktikkan banyak ‘style’ (posisi tubuh) pun memang sudah cukup memuaskan. Pengetahuan tentang hal ini juga akan datang dalam bentuk pengalaman. Ia dibina dari semasa ke semasa, maka harap bersabar. Memang ada juga ilmu tentangnya (iaitu kemahiran mencari posisi dalam faraj dan merangsangnya) tapi perlulah bertanya kepada  orang tua-tua/ mereka yang ahli tentangnya.
3.       Posisi waktu – Aktiviti berjimak sebaiknya dimulakan dengan muqaddimah/ set induksi/ istimta, bukannya apabila terasa bernafsu lalu terus sahaja berjimak. Isteri perlulah dirangsang terlebih dahulu buat seketika sebelum aktiviti berjimak dilakukan agar perasaan dan tubuh isteri bersedia secukupnya. Inilah yang dimaksudkan dengan posisi waktu. Orang hari ini banyak yang hidup dalam kesibukan dan terkejar-kejar. Begitu juga apabila mereka mahu berjimak. Mereka mahu terus kepada aktiviti utama dan mahu selesai segera. Biasanya suami akan puas manakala isteri berasa tidak cukup kerana posisi waktunya tidak kena.

PENGALAMAN SILAM SUAMI

Puan tidak perlu ambil pusing sangat tentang pengalaman silam suami. Sebaliknya sepatutnya suami yang perlu lebih risau. Hal ini kerana dia ‘kalah’ dengan puan. Dia yang sepatutnya tertekan untuk memuaskan puan dan dia mesti mencari jalan ke arah itu.

GAGAL MENCAPAI KLIMAKS

Ada banyak kemungkinan. Antaranya :
1.       Diri belum cukup bersedia (belum cukup terangsang). Masalah ini boleh diselesaikan dengan melakukan muqaddimah dan berjimak hanya setelah sampai ketika yang sesuai.
2.       Suami menghadapi masalah lemah tenaga batin, atau istilah yang sesuai di sini ialah lemah keupayaan berjimak. Bahagian ini akan dihuraikan sebentar nanti.
3.       Isteri menghadapi masalah terlebih tenaga batin, atau terlebih keupayaan berjimak, terutamanya isteri yang sukar diinzalkan (diklimakskan) walaupun tempoh berjimak sudah cukup lama.  Masalah ini boleh diusahakan dengan mendapatkan rawatan daripada perawat.

KELEMAHAN KEUPAYAAN BAGI LELAKI

Antara kelemahan yang dimaksudkan ialah :

1.       Tidak cukup keras/tegang. Akibatnya faraj isteri tidak menerima rangsangan yang mencukupi. Penyelesaiannya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
2.       Keras/tegang tetapi hanya pada minit-minit awal. Kemudiannya akan sedikit mengendur atau terus lembik. Usahanya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
3.       Mati pucuk. Tidak boleh menegang/mengeras. Baru hendak naik, terus jatuh. Begitulah berulang kali. Usahanya - suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
4.       Mati terus. Memang tidak mampu menegang/mengeras langsung. Usahanya - suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
5.       Terlalu pendek. Akibatnya zakar tidak mampu menusuk jauh ke dalam dan kurang memuaskan isteri. (Agakan saya, ukuran normal bagi lelaki Melayu adalah antara 4 inci ke 6 inci. WaAllahua’lam). Antara usaha yang boleh dilakukan – suami isteri bersyukur dengan apa yang ada, dan suami boleh memahirkan ‘permainan’ berjimak sebagai pengganti kepada kekurangannya.
6.       Terlalu panjang juga satu masalah. Ia membuatkan isteri kurang selesa manakala si suami pula kurang puas kerana tidak dapat menusuk habis.
7.       Terlalu kecil ukur lilitnya. Akibatnya gagal merangsang faraj isteri dengan baik. Antara usaha yang boleh dilakukan – suami isteri bersyukur dengan apa yang ada, dan suami boleh memahirkan ‘permainan’ berjimak sebagai ‘cover’ kepada kekurangannya.
8.       Terlalu besar ukur lilitnya. Isteri kurang selesa dan suami tidak puas bebas bermain/bergerak. Biasanya lama-kelamaan isteri akan terbiasa juga.
9.       Cepat klimaks.  Baru beberapa minit bermain, sudah terpancut. Hasilnya isteri tidak puas. Usahanya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat. Sumai juga kena pandai mengawla emosi ketika berjimak.
10.   Terlalu lambat klimaks. Contohnya, ada kes di mana sudah satu setengah jam bermain, tapi si suami masih belum terasa hendak inzal sedangkan isteri sudah lemah keletihan. Antara usahanya – si isteri perlu pertingkatkan kemampuannya manakala si suami perlu mengurangkan sedikit. InsyaAllah jurang antara kedua-duanya makin mengecil.
11.   Zakar terlalu bengkok. Bengkok sedikit ke kiri, kanan, atas atau bawah adalah perkara biasa. Tapi jika bengkoknya keterlaluan sampai hendak jadi huruf C atau huruf J, memang akan mengganggu. Ada kes zakar yang berbentuk L. Dari pangkal ke tengah normal, dari bahagian tengahnya terkepak terus naik ke atas. Bengkok yang terlalu teruk tidak dapat dipulihkan lagi. Bengkok sedikit boleh dikurangkan dengan berubat, urutan dan senaman. Bengkok yang terlalu sedikit, tidak mengganggu aktiviti berjimak.

Sekiranya puan mengesan mana-mana masalah di atas pada suami puan, ambillah langkah-langkah yang sesuai untuk memulihkannya.

PENUTUP

Sekadar itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan. Saya sudah mendoakan agar rumahtangga puan bahagia hingga ke akhirat. Banyakkan berdoa kepada Tuhan.

Wassalam.

Abu Zulfiqar
22 JUN 2012

Rumahtangga Kami Ada Tanda-tanda Itu

Posted by Alexanderwathern | 9:22 PM | , | 0 comments »


PERSOALAN :
As salam, saya rasa ada tanda-tanda itu (*tanda-tanda kemungkinan rumahtangga terkena sihir atau gangguan jin) dalam hubungan kami suami isteri. Yang menjadi masalah suami saya tidak mempercayainya.. boleh bantu saya?
 -Yati-

JAWAPAN :
Wlksm. Puan boleh cuba pujuk suami untuk sama-sama pergi mendapatkan nasihat dan rawatan daripada mana-mana perawat perubatan Islam. Katakan padanya, tidak rugi pergi untuk sekali cuba. Kalau tidak ada apa-apa, puan dan suami akan berasa puas hati. Sekiranya ada apa-apa, maka rawatan dan pemulihan boleh diusahakan.

Sekiranya masih gagal memujuk, puan katakan pada suami yang puan sering berasa tidak sedap hati dan badan, dan mahu pergi mendapatkan nasihat/ rawatan daripada perawat. Minta dia temankan. Jangan beritahu suami yang puan ingin memulihkan rumahtangga.

Sampai di depan perawat nanti, puan beritahulah yang puan selalu berasa tidak sedap hati dan tidak sedap badan. Kemudian perlahan-lahan puan selitkan... tentang hubungan suami isteri dalam rumahtangga puan terasa macam ada masalah.

Dari kata-kata itu biasanya perawat sudah boleh mengagak dan mereka akan beri nasihat. panduan dan kaedah mencari penyelesaian.

Semoga puan dan suami beroleh kebahagian.

Abu Zulfiqar
19 JUN 2012

Masalah Buah Zakar Naik ke Atas

Posted by Alexanderwathern | 8:54 PM | , | 0 comments »


Seorang kanak-kanak lelaki mengaduh sakit perut lalu dibawa kepada seorang perawat. Perawat itu memeriksa perut kanak-kanak itu. Kemudian dia meminta kebenaran untuk melihat bahagian kelangkang kanak-kanak itu. Dia menunjukkan kepada keluarga kanak-kanak itu, memang jelas yang kedua-dua buah zakar si kanak-kanak tidak ada. Maksudnya sudah naik ke atas. Perawat itu pun melakukan sedikit urutan dan dalam beberapa minit dia berjaya menurunkan semula kedua-dua belah buah zakar kanak-kanak itu. Dia menyarankan agar kanak-kanak itu mendapatkan rawatan daripada orang yang lebih berkeahlian. Semua yang di atas berlaku di depan mata saya sendiri. Bahkan saya sendiri turut memeriksa kantung buah zakar kanak-kanak itu.

Beberapa jam kemudian ketika di rumah, buah zakar kanak-kanak itu naik lagi. Bapa saudaranya berusaha melakukan urutan dan berjaya. Beberapa jam kemudian, berlaku lagi. Ibunya pula melakukan urutan dan berjaya. Malam itu giliran saya pula, dan dengan izin Allah, saya juga berjaya meletakkan buah zakar si kanak-kanak ke tempatnya walaupun saya tidak pernah belajar ilmu ini.

Esoknya seorang otai yang sudah lebih 80 tahun usianya dibawa dari Kuala Kangsar. Ketika dia datang, hanya ada sebelah buah zakar. Dia melakukan urutan yang ringkas di samping bacaan ayat-ayat Al-Quran, tidak sampai 2 minit dan berjaya.  Cuma caranya nampak macam kasar sedikit (pada kita yang tidak ada ilmu ini). Saya melihat dengan mata kepala sendiri rawatan otai ini.

Dengan izin Allah SWT, sejak itu kanak-kanak ini terus sihat.

Sekarang sampailah kepada isi utama yang hendak saya bawa. Sehari kemudian, saya ada berbual dengan seorang doktor tentang hal ini. Bersungguh-sungguh di doktor tidak percaya. Katanya, tidak mungkin berlaku buah zakar boleh turun naik sebegitu. Dia juga tidak percaya yang kaedah urutan bisa menurunkan semula buah zakar. Saya anggukkan sahaja kerana tidak mahu memanjangkan perbezaan pendapat dalam hal ini.

Pada saya, 100 peratus saya percaya kerana saya melihat sendiri, melakukan sendiri dan dilakukan pula oleh 5 orang pada 5 masa berbeza.

Anda bagaimana?

Abu Zulfiqar
19 JUN 2012

Mimpi Janggut Putih

Posted by Alexanderwathern | 11:18 AM | | 0 comments »


Baru-baru ini saya bermimpi janggut saya menjadi sangat putih kesemuanya. Maksudnya saya akan mengalami kelemahan dan akan mengeluarkan banyak harta. Memang benar. Tidak lama kemudian saya melalui ujian berat (paling berat sepanjang menjalankan kerja-kerja seorang muallij) berhadapan dengan tiga ekor jin yang atas keizinan Tuhan, gabungan mereka lebih kuat daripada saya walupun saya dibantu oleh seorang lagi perawat. Saya juga terpaksa mengeluarkan cukup banyak wang kerana keperluan-keperluan yang sangat mendesak.

Abu Zulfiqar
30 MEI 2012