Hari ini hampir semua bayi yang baru dilahirkan akan
terkena demam kuning. Tiga puluh tahun dahulu, jika terdengar seseorang bayi
itu terkena demam kuning, hal itu dikira luar biasa. Entah apa sebabnya.
Mungkinkah kerana pemakanan? Gelombang-gelombang? Perubahan bumi? Lain-lain?
Antara ikhtiar untuk mengelak atau meminimumkan demam
kuning ini adalah dengan memberi sedikit susu kambing kepada bayi yang baru
lahir, tidak kira dia sudah kena ataupun belum. Ada juga orang yang melakukan
hal yang sama tapi menggunakan serbuk mutiara.
Berikut beberapa kaedah yang biasa dilakukan orang
apabila si bayi sudah terkena demam kuning :
1. Memandikannya
dengan ramuan yang boleh dibeli dari kedai ubat Cina. Apabila dicampur ke dalam
air, air akan kekuningan. Dimandikan 3 hari berturut-turut. Biasanya dijual
bersama-sama serbuk mutiara.
2. Melumurkan
bayi dengan agar-agar.
3. Mandikan
bayi dengan air dukung anak.
4. Mandikannya
dengan air kucai.
5. Minumkannya
air sengkuang cina.
6. Minumkannya
air kundur.
Begitulah kata orang. WaAllahua’lam.
Abu Zulfiqar
29 MEI 2012
0 comments
Post a Comment