MagzNetwork

Masalah Buah Zakar Naik ke Atas

Posted by Alexanderwathern | 8:54 PM | , | 0 comments »


Seorang kanak-kanak lelaki mengaduh sakit perut lalu dibawa kepada seorang perawat. Perawat itu memeriksa perut kanak-kanak itu. Kemudian dia meminta kebenaran untuk melihat bahagian kelangkang kanak-kanak itu. Dia menunjukkan kepada keluarga kanak-kanak itu, memang jelas yang kedua-dua buah zakar si kanak-kanak tidak ada. Maksudnya sudah naik ke atas. Perawat itu pun melakukan sedikit urutan dan dalam beberapa minit dia berjaya menurunkan semula kedua-dua belah buah zakar kanak-kanak itu. Dia menyarankan agar kanak-kanak itu mendapatkan rawatan daripada orang yang lebih berkeahlian. Semua yang di atas berlaku di depan mata saya sendiri. Bahkan saya sendiri turut memeriksa kantung buah zakar kanak-kanak itu.

Beberapa jam kemudian ketika di rumah, buah zakar kanak-kanak itu naik lagi. Bapa saudaranya berusaha melakukan urutan dan berjaya. Beberapa jam kemudian, berlaku lagi. Ibunya pula melakukan urutan dan berjaya. Malam itu giliran saya pula, dan dengan izin Allah, saya juga berjaya meletakkan buah zakar si kanak-kanak ke tempatnya walaupun saya tidak pernah belajar ilmu ini.

Esoknya seorang otai yang sudah lebih 80 tahun usianya dibawa dari Kuala Kangsar. Ketika dia datang, hanya ada sebelah buah zakar. Dia melakukan urutan yang ringkas di samping bacaan ayat-ayat Al-Quran, tidak sampai 2 minit dan berjaya.  Cuma caranya nampak macam kasar sedikit (pada kita yang tidak ada ilmu ini). Saya melihat dengan mata kepala sendiri rawatan otai ini.

Dengan izin Allah SWT, sejak itu kanak-kanak ini terus sihat.

Sekarang sampailah kepada isi utama yang hendak saya bawa. Sehari kemudian, saya ada berbual dengan seorang doktor tentang hal ini. Bersungguh-sungguh di doktor tidak percaya. Katanya, tidak mungkin berlaku buah zakar boleh turun naik sebegitu. Dia juga tidak percaya yang kaedah urutan bisa menurunkan semula buah zakar. Saya anggukkan sahaja kerana tidak mahu memanjangkan perbezaan pendapat dalam hal ini.

Pada saya, 100 peratus saya percaya kerana saya melihat sendiri, melakukan sendiri dan dilakukan pula oleh 5 orang pada 5 masa berbeza.

Anda bagaimana?

Abu Zulfiqar
19 JUN 2012

0 comments

Post a Comment