MagzNetwork

Laman Baru Abu Zulfiqar : )

Posted by Alexanderwathern | 5:55 PM | | 0 comments »

Semua karya (kuliah, ceramah, artikel)  Abu Zulfiqar dari seluruh internet (dari blog Debunga Teratai Syurgawi, Ikhtiar Muslim, Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak, Youtube dan lain-lain) kini dikumpulkan setempat di http://alamsyari.forumms.net/  .  Tuan-tuan dijemput berziarah. (Laman ini bolehlah dianggap sebagai pengganti kepada laman Myalexanderwathern yang musnah beberapa tahun lalu). Jom kita : )

Himpunan Tazkirah FB saya boleh dibaca/download/print di  http://www.scribd.com/doc/110684528/Tazkirah-Facebook-Abu-Zulfiqar-bil-1-40

Semoga bermanfaat.

Pagar Rumah, Pagar Rezeki?

Posted by Alexanderwathern | 11:48 PM | | 0 comments »


PERSOALAN :
Assalamualaikum,
Saya nak tanya tentang memagar rumah ni. Rakan saya pernah beritahu saya, keluarganya menggunakan kaedah memegar rumah ini (cara apa saya tidak pasti) tapi apa yang dia beritahu saya, semua benda takkan masuk termasuk rezeki. Apakah ini antara kesannya memagar rumah atau mungkin ada sesuatu yang harus diperbetulkan?

JAWAPAN :
Wlksm R,
Ketika 'memagar' rumah, kita niat dan doa supaya rumah tidak dimasuki makhluk-makhluk yang berniat jahat dan anasir-anasir yang tidak kita ingini terutamanya sihir. Saya tak fikir ia akan menolak rezeki kerana belum pernah mendengar kes sebegitu.

Ada kemungkinan kaedah 'memagar' yang dilakukan itu tidak selaras dengan kehendak agama seperti menggunakan khidmat jin, guna bahan haram/najis, bacaan/ amalan yang bertentangan dengan agama dan lain-lain. Sebab itulah rezeki pun tersekat.

Boleh jadi juga tidak ada kaitan antara tak masuk rezeki dengan memagar rumah, cuma ia secara kebetulan. WA.

Abu Zulfiqar

Mimpi Disengat Lebah

Posted by Alexanderwathern | 2:41 PM | | 2 comments »


SOALAN :
Saya mimpi melihat seekor lipan berjalan menuju ke arah saya seakan untuk sengat kaki. Tapi yang saya lihat kaki saya disengat oleh lebah. Suami saya pula berusaha keluarkan bisa sengat lebah tersebut dari kaki saya. Boleh saya tahu maksud mimpi tersebut?

JAWAPAN :
Mimpi itu bermaksud anda berasa ada seorang wanita yang tidak senang dengan anda, tetapi sebenarnya hal itu hanyalah anggapan sedangkan dia tidak begitu. Kemudian anda berjaya memperolehi wang (atau seumpamanya) setelah bersusah-payah untuk mendapatkannya.Wang itu hendaklah dibelanjakan dengan bijaksana. Waallahualam.

Abu Zulfiqar
27 September 2012

Kes Yang Lain daripada Yang Lain

Posted by Alexanderwathern | 12:29 PM | | 0 comments »


Ada satu kes yang dirujukkan kepada saya tetapi saya kurang arif tentangnya kerana belum pernah menerima atau mendengar keadaan sebegitu. Hamba Allah ini meminta agar saya muatkan permasalahan yang dihadapinya di blog rawatan saya  iaitu Ikhtiar Muslim http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/ untuk menjadi perkongsian bersama. Dia juga mengharapkan dengan tersiarnya permasalahan ini, mungkin ada orang yang boleh membantu atau sekurang-kurangnya memberikan usul.

SITUASI 1 :
Kisahnya bermula apabila sahabat kita ini hendak membuat rumah baharu. Sebaik-baik sahaja dia dan isterinya bebrincang tentang pelan rumah, terus dia berasa sakit perut dan kenalah pergi buang air. Setiap kali mula perbincangan, itulah yang berlaku dengan kadar yang diberinya ialah 95% daripada semua perbincangan tentang rumah itu. Adakah hal itu memberi apa-apa petanda atau berkait dengan rumah itu? Bahagian inilah yang belum pernah saya temui atau dengari.

SITUASI 2 :
Kemudian, 6 bulan pertama mereka menduduki rumah tersebut, macam-macam hal berlaku. Antaranya :
1.       Anak mereka terlanggar bucu tingkap, berjahit lukanya.
2.       Demam satu keluarga.
3.       Tingkat atas rumah berbau wangi sehingga jiran pun terperasan.
4.       Enjin kereta mati tiba-tiba.
5.       Pelbagi lagi peristiwa yang kecil-kecil.
Adakah berkait? Atau sekadar kebetulan?

Kemudian rumah dimasuki perompak, anak jatuh sakit hingga terpaksa menjalani pembedahan, dan anak yang dulunya rajin kini berubah jadi sebaliknya. Sehingga kini mereka asyik tertanytanya, apakah lagi yang bakal berlaku.

Pernah seorang mekanik berbangsa Cina datang ke rumah mereka memperbaiki kereta. Dalam bersembang-sembang itu, si mekanik mengatakan rumah mereka tidak elok dari sudut ‘feng shui’ Cina. Katanya rumah itu ‘tempatl laluan’.

Menurut sahabat kita ini, dia dan ahli keluarganya termasuk dalam golongan yang beramal agama juga, bukan golongan yang lalai.

Jadi, SITUASI 1 di atas tadi agak ganjil pada saya. Sesiapa yang mahu berkongsi info bolehlah menulis di ruangan komen sama ada di blog atau di Facebook.


PERSOALAN :
As'kum ustaz, saya ingin bertanya, saya sedang menjalankan rawatan islam dengan seorang ustaz. Dia selalu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil menyentuh kemaluan dan buah dada saya. Kerana anggap dia sebagai atuk saya tidak kisah, lagipun bahagian itu memang selalu sakit. Tapi kali ini dia bertanya pada saya sama ada bolehkah dia sembur pada buah dada saya dan saya menjawab ya boleh kerana 'menyembur' tetapi dia sebenarnye menghisap puting dada saya. Adakah wujud dalam perubatan Islam menghisap puting dada?? Saya berasa was-was.

JAWAPAN :
Wlksm. Tidak wujud dalam perubatan Islam seorang perawat lebih-lebih lagi lelaki berbuat demikian, sekalipun sudah layak dipanggil ‘atuk’. Nyatalah orang yang dipanggil ‘ustaz’ itu sengaja mengambil kesempatan ke atas diri anda. Bahkan membacakan ayat-ayat Al-Quran sambil memegang bahagian-bahagian sulit wanita juga tidak boleh. Nyatalah juga bahawa orang itu tidak mengamalkan rawatan Islam pun. Bacaan ayat-ayat Quran itu sekadar ‘topeng’ sahaja.

Jin-jin jahat memang bijak, jika kita serang, dia akan lari berkubu ke tempat-tempat sulit. Semua itu tipu dayanya untuk mengenakan manusia.

Sebelum keadaan bertambah melarat, berhenti berubat dengan ‘ustaz’ itu. Kan dulu pernah ada kes seorang bomoh menghisap kemaluan pesakitnya yang wanita dengan alasan untuk mengeluarkan sihir dan penyakit? Yang lebih teruk daripada itu pun ada. Sekiranya anda punya kekuatan, sokongan dan bukti yang kuat, elok dilaporkan kepada pihak berkuasa. Jika tidak ada, cepat-cepat berhenti berubat dengannya dan berikhtiarlah ke tempat lain.

Kemudian, apabila pergi berubat, bawalah mahram atau saudara-mara atau sahabat. Jangan pergi berseorangan. Ketika dirawat, pastikan mereka ada bersama-sama anda sekurang-kurangnya satu orang. Jangan sesekali membiarkan hanya perawat dan diri anda berdua sahaja dalam bilik atau mana-mana tempat tertutup/terasing. Yang sangat penting, tutuplah aurat dengan sempurna ketika pergi mendapatkan rawatan.

Semoga Allah mudahkan segala urusan anda, dan disembuhkan-Nya.

Abu Zulfiqar
27 OGOS 2012

*Soalan di atas sebenarnya salah satu komen pada artikel saya yang bertajuk “Isu Sentuhan dalam Rawatan” di http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/11/isu-sentuhan-dalam-rawatan.html .