PERSOALAN :
As'kum ustaz, saya ingin bertanya, saya sedang
menjalankan rawatan islam dengan seorang ustaz. Dia selalu membacakan ayat-ayat
suci Al-Quran sambil menyentuh kemaluan dan buah dada saya. Kerana anggap dia
sebagai atuk saya tidak kisah, lagipun bahagian itu memang selalu sakit. Tapi
kali ini dia bertanya pada saya sama ada bolehkah dia sembur pada buah dada
saya dan saya menjawab ya boleh kerana 'menyembur' tetapi dia sebenarnye
menghisap puting dada saya. Adakah wujud dalam perubatan Islam menghisap puting
dada?? Saya berasa was-was.
JAWAPAN :
Wlksm. Tidak wujud dalam perubatan Islam seorang perawat
lebih-lebih lagi lelaki berbuat demikian, sekalipun sudah layak dipanggil ‘atuk’.
Nyatalah orang yang dipanggil ‘ustaz’ itu sengaja mengambil kesempatan ke atas
diri anda. Bahkan membacakan ayat-ayat Al-Quran sambil memegang bahagian-bahagian
sulit wanita juga tidak boleh. Nyatalah juga bahawa orang itu tidak mengamalkan
rawatan Islam pun. Bacaan ayat-ayat Quran itu sekadar ‘topeng’ sahaja.
Jin-jin jahat memang bijak, jika kita serang, dia akan
lari berkubu ke tempat-tempat sulit. Semua itu tipu dayanya untuk mengenakan
manusia.
Sebelum keadaan bertambah melarat, berhenti berubat
dengan ‘ustaz’ itu. Kan dulu pernah ada kes seorang bomoh menghisap kemaluan
pesakitnya yang wanita dengan alasan untuk mengeluarkan sihir dan penyakit? Yang
lebih teruk daripada itu pun ada. Sekiranya anda punya kekuatan, sokongan dan
bukti yang kuat, elok dilaporkan kepada pihak berkuasa. Jika tidak ada,
cepat-cepat berhenti berubat dengannya dan berikhtiarlah ke tempat lain.
Kemudian, apabila pergi berubat, bawalah mahram atau
saudara-mara atau sahabat. Jangan pergi berseorangan. Ketika dirawat, pastikan
mereka ada bersama-sama anda sekurang-kurangnya satu orang. Jangan sesekali
membiarkan hanya perawat dan diri anda berdua sahaja dalam bilik atau mana-mana
tempat tertutup/terasing. Yang sangat penting, tutuplah aurat dengan sempurna
ketika pergi mendapatkan rawatan.
Semoga Allah mudahkan segala urusan anda, dan
disembuhkan-Nya.
Abu Zulfiqar
27 OGOS 2012
*Soalan di atas
sebenarnya salah satu komen pada artikel saya yang bertajuk “Isu Sentuhan dalam
Rawatan” di http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/11/isu-sentuhan-dalam-rawatan.html
.
0 comments
Post a Comment