MagzNetwork

Cara 'Memagar' Rumah (dari dalam)

Posted by Alexanderwathern | 2:02 AM | | 0 comments »

1. Sebaik-baiknya azan terlebih dahulu di dalam rumah. Azan tidak perlu kuat. Iqamah (qamat) saja pun sudah memadai.


2. Ambil air yang didoakan, bawa dalam sebuah bekas (botol/ mangkuk/ cawan dll). Sesuai juga jika diisi dalam bekas pemercik air.


3. Berdiri di tepi salah satu dinding. Bahu kanan menghadap dinding.


4. Ambil air dan renjis (percik) ke arah dinding (dari ‘dalam’ ke ‘luar’). Gunakan tangan kanan. Teruskan berjalan (mengikut arah lawan jam, seperti bertawaf) dan merenjis di sepanjang dinding rumah dan bilik (kecuali bilik air dan tandas) sehingga sampai kembali ke tempat mula tadi.


5. Akhirnya renjis sedikit ke arah atas (sebagai ambil syarat).


6. Sambil berjalan dan merenjis, bacakan Ayat Kursi berterusan.

0 comments

Post a Comment