TETAMU MENULIS:
Salam ziarah,
Soalan - Apabila saya berzikir atau dengar mp3 ruqyah, ada denyutan di belakang badan dan kaki. Apa harus saya buat? Ia berdenyut bila saya berzikir saja. Adakah ada jin dalam badan saya?
PANDANGAN SAYA:
Wlksm,
Tanda-tanda begitu biasanya menunjukkan kewujudan jin dalam tubuh. Jin lebih-lebih lagi bangsa syaitan memang selalu masuk keluar badan kita melalui salur darah.
Saya cadangkan anda pergi dapatkan rawatan daripada mereka yang boleh meruqyah. Mungkin mereka dapat mengesan sesuatu dan dapat pula mengusahakan apa yang patut. Saya juga mencadangkan anda berbekam, terutamanya pada 10 titik sunnah (10 tempat yang Rasulullah pernah berbekam di tubuh baginda). Tukang bekam biasanya tahu 10 tempat sunnah ini.
Jika anda mahu berusaha sendiri, saya berikan beberapa amalan mudah:
1. Setiap pagi baca 3 Qul, setiap satunya 3 kali. Begitu juga pada setiap petang.
2. Baca juga “Bismillaahillazhi la yadhurru ma’a mihi syai un fil ardhi wa laa fissamaa i wahuas samiul ‘alim” 3 kali petang dan pagi.
3. Sebelum tidur, baca Ayat Kursi 1 kali. Kemudian baca 3 Qul, hembuskan pada tapak tangan dan sapukan ke serata tubuh yang tercapai.
Untuk rawatan sendiri, bacakan pada sebotol air ayat-ayat berikut:
1. 2 kalimah syahadah
2. Selawat 3 kali
3. Surah Al-Fatihah
4. Alif laam miim (Surah al-Baqarah ayat 1-5)
5. Ayat Kursi
6. Lau anzalna (Surah al-Hasyr ayat 21-24)
7. Alam tarakai (Surah al-Fiil)
8. 3 Qul – 3 kali setiap satu
Jadikan minuman harian.
Amalan di atas mudah-mudah belaka. Sesiapa pun boleh melakukannya.
Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
11 Jun 2010
0 comments
Post a Comment