Hari Jumaat lepas saya melihat awan membentuk kalimah "Allah" (Alif lam lam ha) di langit. Pada saya hal itu perkara biasa kerana selalu orang ternampak perkara sebegitu.
Malam tadi saya bermimpi pula melihat kalimah yang sama tetapi dengan awan yang lebih tebal. Kali ini saya jadi terpesona pula melihatnya, tidak seperti ketika melihatnya secara 'live' sebelum itu.Dalam mimpi itu saya mengukir semula awan itu, maksudnya meniru semula dengan jari telunjuk, seolah-olah jari saya sangat besar dan menyentuh awan di langit itu.
Apakah maksudnya?
Entah!
Saya selalu menta'birkan mimpi orang, tapi mimpi sendiri pun tidak dapat dita'birkan : )
Lihat & Mimpi Kalimah Allah Pada Awan
Posted by Alexanderwathern | 10:22 PM | Pengalaman | 2 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum
Sekadar berkongsi pengalaman.
Saya pernah melihat awan dengan kalimah ALLAH di langit pada 2011. Ia berlaku semasa saya dalam 'traffic jam' di hadapan IJN dalam perjalanan pulang ke Sentul. Pada masa tersebut, saya sedang sedih memikirkan kesesakan yang terpaksa saya lalui kerana berulang alik untuk kerja di Putrajaya kerana menetap di Sentul. Sayangnya saya tidak dapat merakamkan tersebut kerana 'memory handphone' penuh. Salam
Wlksm. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.