MagzNetwork

Siapakah Batara Guru?

Posted by Alexanderwathern | 7:40 PM | | 0 comments »

Siapakah Batara Guru (menurut ajaran Hindu)?


Rata-rata penganut agama Hindu percaya Batara Guru ialah Dewa Siva. Nama lain bagi Batara Guru ialah Manikmaya. Dewa Siva ialah Tuhan Pemusnah dan merajai kahyangan. Isterinya bernama Dewi Uma. Mereka mempunyai beberapa orang anak.

Boleh dikatakan semua dewa mempunyai wahana masing-masing. Wahana ialah kenderaan atau tunggangan mereka yang digambarkan sebagai haiwan-haiwan tertentu. Wahana Batara Guru ialah seekor lembu yang dikenali sebagai Lembu Nandini. Lembu ini tidak kenal erti takut.

Dalam agama Hindu ada tiga dewa besar bertaraf Tuhan yang bersyarikat dalam Trimurti. Brahma ialah pencipta, Vishnu ialah pemelihara manakala Siva (Batara Guru) ialah pemusnah. Ketiga-tiganya Tuhan.

Batara Guru mempunyai anak bernama Kala (Dewa Kala). Dewa Kala menguasai waktu. Kan biasa kita sebut “kala senja”, “kala dinihari”, “kala itu” dan lain-lain yang memaksudkan waktu? Dalam bahasa Sanskrit, “kala” bermaksud “waktu”. Apabila seseorang itu hampir mati, Dewa Kala datang datang menjemputnya. Sekiranya ada yang berdegil, Dewa Kala akan bertindak ganas.Perlakuannya ada sedikit persamaan dengan Malaikat Maut iaitu Malaikat Izrail dalam ajaran agama Islam.


Abu Zulfiqar

26 Oktober 2011

0 comments

Post a Comment