CONTOH SITUASI:
Kita pergi ke majlis perkahwinan bersama-sama seorang perawat. Sampai di majlis itu, tiba-tiba ada seorang wanita yang tidak kita kenali memaki-hamun dan mencarut-carut kepada si perawat. Padahal si perawat tidak pernah bertemu dengannya pun. Jelaslah ada jin pada diri wanita itu yang berasa tidak selesa dengan kehadiran si perawat. Ada kalanya bukan tidak selesa saja, malahan terlalu ketakutan melihat si perawat. Sejak peristiwa itu, orang ramai pun mengkagumi diri si perawat kerana kehadirannya saja sudah membuatkan para jin menggeletar dan terkencing-kencing.
PENDEDAHAN:
Memang ada insan-insan soleh yang bisa membuatkan para jin gementar dengan melihat kelibatnya saja, contohnya Saidina Umar. Namun begitu, hal ini jarang-jarang sangat berlaku. Biasanya, para jin itu bukan gentar dengan si perawat, tetapi dengan jin-jin yang mendampingi si perawat!
Dalam kes contoh di atas, yang memaki-hamun itu bukanlah si wanita tetapi jin di dalam tubuhnya. Yang kena maki itu pula bukanlah si perawat, tetapi jin atau jin-jin yang bersama-sama perawat. Si perawat tolong jangan ‘eksyen’ lebih-lebih : ) Tanpa jin-jin yang bersama-sama dengannya, jin di dalam tubuh wanita itu buat dek saja akan si perawat.
Hal ini kerana jin yang bersama perawat jenis yang kuat, boleh mengesan tempat persembunyian jin pemaki, dan dengan mudah dapat mengalahkannya. Jin pemaki rasa tergugat dengan kehairan jin yang kuat itu menyebabkan dia ‘naik syeikh’.
Pengajaran utama daripada contoh di atas ialah kita jangan mudah-mudah mengkagumi seseorang perawat.
* Kagum akan Allah : )
0 comments
Post a Comment