MagzNetwork

Penipuan dengan Telur Ayam

Posted by Alexanderwathern | 9:15 PM | | 4 comments »

SITUASI

Kita pergi mendapatkan rawatan alternatif. Perawat menggunakan telur ayam. Biasanya telur ayam itu akan digolekkan pada bahagian-bahagian tertentu di tubuh kita. Doa dan gaya mengubat pun 'dilakonkan' oleh perawat untuk mengukuhkan kepercayaan kita kepadanya.

Kemudian perawat akan memecahkan telur ayam itu dan menunjukkan barang di dalamnya. Antara barang yang biasa terdapat ialah jarum, darah, minyak dan lain-lain. Perawat mendakwa dia mengeluarkan/ menarik barang-barang itu dari dalam tubuh kita.

HASILNYA

Kita pun percaya sungguh-sungguh dan kagum dengan kebolehan si perawat. Dari segi psikologi, kita terangsang untuk merasakan yang diri kita semakin sihat, paahal dia tidak merawat apa-apa pun. Kita juga dengan mudah akan menghadiahkan si perawat dengan wang ringgit.

PENDEDAHAN

Barang-barang itu sudah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam telur tadi. Biasanya mereka akan menebuk satu lubang yang halus di hujung telur lalu memasukkan barang-barang yang sesuai dengan lubang itu. Kemudian mereka akan menampal lubang kecil itu semula.

Salah satu cara untuk mengenal pasti yang mereka sedang menipu ialah ketika mereka menggolekkan atau melalukan telur itu ke tubuh kita. Ketika itu jari mereka akan memegang hujung atas dan bawah telur, hanya bahagian tengah telur yang digolek. Mengapa? Kerana mereka tidak mahu kita terlihat bahagian yang mereka tampal.

Jarum- memang lolos dimasukkan melalui lubang kecil yang dibuat.
Bahan-bahan cecair (darah, minyak)- disuntik masuk.


*Harap difaham, kita tidak menuduh semua yang menggunakan teknik ini sebagai penipu, cuma mendedahkan mereka yang menipu sahaja. Yang tidak terlibat tidak perlu terasa hati.
Wallahualam.

4 comments

  1. Alexanderwathern // November 3, 2009 at 10:56 PM  

    Pelbagai teknik penipuan lagi akan didedahkan insyaallah.

  2. Alexanderwathern // November 16, 2009 at 10:09 PM  

    Tambahan...

    Telur juga boleh dilembutkan dengan cara merendamnya dengan cuka. Ketika lembut itulah barang-barang dimasukkan kerana kulit telur tidak akan pecah. : )

  3. Anonymous // March 14, 2013 at 3:27 PM  

    Tidak semestinya menggunakan telur ada penipuan. Ada ramai ulama silam menggunakan telur yg telah dibacakan ayat Quran dan berjaya mengeluarkan bahan sihir/penyakit melalui perantaraan telur.
    Hanya kerana kita pandai merawat dan dpt ilmu terkini tetapi telah melupakan ilmu para ulama silam.

  4. Alexanderwathern // June 18, 2013 at 8:16 PM  

    Ya, sebab itu sudah saya tuliskan awal2 dalam artikel di atas : "Harap difaham, kita tidak menuduh semua yang menggunakan teknik ini sebagai penipu, cuma mendedahkan MEREKA YANG MENIPU SAHAJA." Maksudnya, ada pengamal yang tidak menipu.

Post a Comment