MagzNetwork

Mimpi Iblis dan Pontianak

Posted by Alexanderwathern | 2:35 PM | , | 0 comments »

SOALAN OLEH SXXXX SXXXXXX (23 November 2010):

Malu pula nak bagi tahu mimpi ape...
Macam ni...
Dalam mimpi ni...saya bersama ayah saya berada di suatu jalan..
Kiri dan kanan ada yang memerhati (iblis)
Tiba-tiba sampai di satu rumah..
Kami pun masuk ke dalam rumah itu..
Tiba-tiba banyak pontianak berada di dalam rumah itu lari...
Saya telah mengejar salah satu..tiba-tiba benda tu menerkam tangan saya...
Kemudian saya membaca ayat Kursi...
dan terjaga dari mimpi tesebut...
Jam menunjukkan 3 pagi...
Harap ustaz dpt memberi penjelasan mengenai mimpi ini..insyaAllah...

JAWAPAN SAYA:

Mimpi ada beberapa jenis. Salah satunya ialah jenis yang tidak perlu ditafsir, kerana ia terhasil daripada gangguan jin dan syaitan ketika kita tidur.

Pada pendapat saya (yang kurang ilmu ini), mimpi anda adalah dari jenis yang di atas. Oleh itu anda tidak perlu risau. Sekiranya selepas ini anda dapat lagi mimpi yang lebih kurang begitu, anda praktikkan sunnah Nabi ini:

“Apabila seseorang dari kamu bermimpi hal yang dibenci, hendaklah meludah ke arah kiri sebanyak tiga kali dan berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, serta memalingkan lambung/rusuk ke arah yg berbeza dengan yang sebelumnya.” Muslim)

Maksudnya, anda lakukan:

1. Meludah ke arah kiri 3 kali, dengan sedikit ludahan (sekadar memercikkan ludah dari mulut, bukannya meludah banyak sebagaimana ludahan yang biasa kita buat sehari-hari).

2. Baca doa pelindung 3 kali iaitu “A’uzhubillaahi minasysyaitaanirrajiimm”. Bacaan-bacaan pelindung yang lain pun boleh.

3. Ubah sedikit kedudukan tidur seperti mengereng ke arah yang bertentangan. Antara petua orang Melayu ialah dengan menterbalikkan bantal.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern

9 Disember 2010



* Soalan pada 23 November, hanya mampu dijawab pada 9 Disember : )

Hal ini boleh memberi gambaran kepada tuan-tuan betapa bersusunnya tafsir mimpi (dan lain-lain persoalan) yang berada dalam senarai (yang perlu saya jawab). Oleh itu diharap tuan puan yang kemukakan sebarang permasalahan bersabar menanti : )

0 comments

Post a Comment