MagzNetwork

Pengalaman di Wad ICU

Posted by Alexanderwathern | 2:43 PM | | 1 comments »

Saya dan isteri menziarahi seorang hamba Allah yang terlantar sakit di wad ICU. Salah seorang anak lelakinya mengesyaki ibunya ‘ada gangguan’. Saya dan isteri masuk berdua sahaja kerana peraturan wad ICU begitu.

Di dalam bilik itu ada empat orang pesakit (semuanya nampak kritikal) dan dua orang petugas. Saya terus ke kepala pesakit, jarakkan tapak tangan lebih kurang satu penumbuk lalu mulakan ruqyah. Pesakit mula tidak senang duduk walaupun sebenarnya dia sangat lemah hinggakan untuk mengangkat tangannya pun dia hampir-hampir tidak mampu. Saya tidak mengesahkan wujudnya gangguan kerana hal itu mungkin gerakan biasa, kesan ubat ataupun kesakitan.

Apabila sampai pada ayat-ayat ‘attack’, pesakit jadi agak kuat. Tangan dan kakinya bergerak kuat. Badannya diangkat seakan-akan mahu bangun. Matanya yang pada awal tadi redup jadi ganas. Dia seakan-akan mahu melawan. Petugas di situ mula perasan perlakuan ganjil pesakit kerana ada sebuah mesin (saya tak tahu mesin apa itu) yang tadinya bernada perlahan kini bergerak pantas dan semakin kuat. Sememangnya saya meruqyah dengan suara yang perlahan, untuk mengelakkan para petugas perasan, namun mereka perasan juga. Isteri saya yang turut membaca ayat-ayat suci yakin memang ada jin, tapi saya tak puas hati lalu meyambung sedikit lagi ruqyah.

Akhirnya saya akui memang ada kehadiran jin pada tubuh si sakit. Saya ‘scan’ merangkap menolak siapa-siapa di dalam dirinya dari atas ke kaki. Dari situ saya tarik dan halakan ke sebuah rumah kosong (salah satu destinasi saya ‘membuang’ jin). Badan pesakit jadi agak kendur, matanya redup semula, tapi saki-baki gangguan masih ada. Maksudnya tidak semua berjaya saya tarik keluar.

Kami keluar dan berbual dengan kaum keluarga si sakit. Dengan peristiwa yang baru dilalui, mereka bertambah yakin lalu pergi menemui seorang perawat di Kerian pada malam itu juga. Hasil rawatannya, dimaklumkan bahawa itu semua angkara sihir.

Dua hari selepas itu saya pergi berziarah lagi. Selepas dituqayah, ternyata tidak ada lagi gangguan. Harap-harapnya berterusan.

Abu Zulfiqar

30 November 2010

1 comments

  1. ichigo13 // December 9, 2010 at 11:53 AM  

    Assalamu'alaikum.
    Allah yubarik fik.
    Saya ingin bertanyakan tentang tafsir mimpi.
    Saya bermimpi, dekat ofis saya, bila saya sampai je dekat ofis, ada orang yang bawak saya menunjukkan kepada saya banyak spek-spek mata bertaburan. Kemudian saya dapat lihat spek-spek mata bertaburan adalah disebabkan sotong yang besar berwarna hitam.
    Minta tolong pencerahan ilmu tafisr mimpi saudara zulfiqar ye, insyaAllah.

Post a Comment