MagzNetwork

Tok Mata Merah

Posted by Alexanderwathern | 2:58 PM | , | 0 comments »

Seorang wanita (kita namakan sebagai A) berkongsi ceritanya dengan saya. Katanya, dia berasa gerun akan seorang wanita tua yang merupakan kaum kerabatnya. Mata orang tua itu merah dan kehidupannya agak pelik kerana tidak menunaikan solat. Orang tua itu tinggal dengan seorang anak perempuannya, yang juga dilihat tidak mengerjakan solat.

A dan keluarganya pernah juga pergi bermalam di rumah orang tua itu kerana hubungan persaudaraan mereka agak rapat. Pada malamnya kakak kepada A ternampak satu lembaga yang menyerupai tua rumah, padahal tuan rumah sedang tidur lena. Hal ini menyebabkan mereka lebih berasa tidak sedap hati.

Sepanjang berada di rumah itu, mereka tidak dibenarkan sembahyang oleh tuan rumah. Jika mahu bersolat, disuruhnya solat di luar rumah. Hendak membaca ayat-ayat suci pun tak dibenarkan. Apabila diajak-ajak, anaknya yang perempuan itu kelihatan mahu juga cuba mendirikan solat tetapi tidak berani kerana takut akan kemarahan ibunya. Maka tidak bersembahyanglah mereka.

Berdasarkan cerita ini, kuatlah jangkaan saya mengatakan memang ada ‘benda’ di rumah tu.

Wallahua’lam.

0 comments

Post a Comment