MagzNetwork

Kain Misteri

Posted by Alexanderwathern | 8:27 PM | | 0 comments »

Malam sebelumnya salah seorang anak saya mengalami gangguan (akan diceritakan dalam tulisan yang lain). Siang tadi saya dan anak perempuan pergi makan kenduri. Sampai di rumah, anak perempuan terus masuk ke rumah.

Ketika keluar dari kereta, saya memandang ke rumah sebelah. Ada tembok batu setinggi lebih kurang 4 1/2 kaki kira-kira 10 meter dari saya.Betul-betul di sebalik tembok itu saya ternampak sehelai kain (lebih kurang sebesar kain batik) berwarna gelap terkibar, ataupun dikibar oleh sesuatu/ seseorang. Kemudian kain itu menurun ke bawah (di sebalik tembok).

Saya berasa hairan, siapa yang mengibarkan kain itu? Kain apa? Bukannya ada orang di situ kerana sudah lama tidak berpenghuni. Saya terus menuju ke tembok batu dan melihat di sebaliknya... TAK ADA SEBARANG KAIN, TAK ADA ORANG!

Pelik saya memikirkannya...

0 comments

Post a Comment