MagzNetwork

Mimpi Zakar Dipegang Orang

Posted by Alexanderwathern | 11:10 PM | | 2 comments »

SOALAN :

Assalamualaikum. Saya bermimpi duduk di suatu ruang dalam keadaan baik-baik sahaja (tenang). Ketika itu zakar saya sedang mengeras, tapi dari pinggang ke paha saya ditutup dengan sehelai kain yang agak tebal. Sungguhpun begitu, gerakan zakar itu masih kelihatan.

Tiba-tiba datang seorang wanita yang saya kenali. Dia menghampiri saya dengan wajah yang manis seolah-olah mahu memperkatakan sesuatu. Ketika dia hendak meletakkan tangannya, tangannya terpegang zakar saya. Dia terkejut lalu melepaskan tangannya. Tapi saya berkeadaan biasa sahaja sementara dia tertawa sedikit.

Apakah tafsiran mimpi saya ini?

JAWAPAN SAYA:

Wlksm tuan. Maksudnya anda ada sesuatu kebolehan/ ilmu/ perkhidmatan ataupun lain-lain yang mencukupi/memadai untuk dikongsikan dengan orang lain, tetapi kurang diketahui orang. Wanita itu pula sedang mencari orang seperti anda. Dia tahu akan kebolehan anda tetapi dia sangat terkejut kerana mendapati kebolehan anda lebih daripada yang disangkakannya.

Saya beri contoh untuk mudah faham.

Anda memang mahir memasak, tapi tidak ramai yang tahu akan kebolehan anda. Wanita itu pula sedang mencari seseorang yang boleh berkongsi ilmu memasak dengannya. Dia dapat tahu anda ada kebolehan memasak. Setelah diselidikinya, dia terkejut kerana memang benar anda ada kemahiran memasak, bahkan melebihi jangkaannya. Oleh itu dia sangat berharap agar anda dapat menunaikan hasratnya.

WaAllahua’lam.


Abu Zulfiqar

[ * Ternyata tafsiran ini betul-betul tepat sebagaimana yang dinyatakan. Orang yang bermimpi ini memang ada ilmu dalam suatu bidang tapi bukanlah bidang masak-memasak.]

2 comments

  1. Anonymous // December 10, 2010 at 4:15 PM  

    kalau mimpi ada sehelai kain yg jarang dan ada gambar mata jatuh dari langit bersama sebuah buku..dan dlm masa yg sama saya berada di dlm sebuah bilik yg dipenuhi air laut sehingga paras tingkat dan semakin surut sedikit demi sedikit tapi terhenti dan selepas itu ada ramai org lelaki yg mengorek kerang2 yg besar di tepi pantai..apakah maksudnya..?

  2. Alexanderwathern // February 11, 2011 at 11:53 PM  

    Mohon berbanyak maaf. Mimpi anda sudah lama, tetapi saya gagal mendapatkan ta'birnya.

    Abu Zulfiqar
    11 Februari 2011

Post a Comment