MagzNetwork

Masalah Selepas Mandi Limau

Posted by Alexanderwathern | 11:39 AM | , | 0 comments »

SOALAN

Assalamualaykum,
Selepas saya mandi air doa berlimau,,tabiat bangun lambat waktu pagi bertambah baik, Alhamdulillah..
tapi... dada rasa di tekan, rasa seperti sesuatu berjalan dalam badan, sejuk di dada, rasa ajal dah sampai tetap masih ada..

Apakah langkah yang seterusnya perlu saya lakukan..?
Terima kasih..

JAWAPAN

Waalaikumsalam.

Alhamdulillah syukur, ada perubahan positif atas usaha dan ikhtiar yang dilakukan.

Tuan pernah dapatkan rawatan dari mana-mana perawat tak? Dalam kes macam ni, saya cadangkan tuan dapatkan rawatan, nanti perawat akan meruqyah. Dari situ mungkin perawat dapat mengesan masalahnya dan mencadangkan tindakan lanjut.

Tuan boleh juga amalkan amalan pendinding (10 Bacaan Asas Ikhtiar Muslim) yang mudah di bawah ini:

1. Dua kalimah syahadah

2. Selawat 3x

3. Istighfar 3x

4. Bismillaahillazhi laayadhurru ma’asmihi syai’unn fil ardhi wa laa fissamaa i wa huwassamii’ul ‘aliim 3x

5. Laa haula wa laa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘aziim

6. (A’uzhubillaahiminasysyaitaanirrajiim +) Al-Fatihah

7. Ayat Kursiy

8. Al-Ikhlaas 3x

9. Al-Falaq 3x

10. An-Naas 3x

Kesemuanya dibaca pada waktu pagi sekali (sebaik-baiknya selepas Subuh) dan pada waktu petang sekali (sebaik-baiknya selepas Asar). Boleh ditambah dengan apa-apa bacaan yang disukai.

Kemudian sebelum tidur buat amalan di bawah:

“Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
(Bukhari & Muslim)

Yang penting, istiqamah (berterusan) melakukannya.

Selain itu, saya galakkan juga tuan cuba dapatkan nasihat doktor, kerana kadang-kala masalah yang kita hadapi berkaitan dengan sakit fizikal.

Semoga ada perubahan yang lebih positif.

Abu Zulfiqar

Mac 2011

0 comments

Post a Comment