MagzNetwork

Mimpi Benci Seorang Wanita

Posted by Alexanderwathern | 11:12 PM | | 0 comments »

SOALAN :

Salam saudara. Saya bermimpi melihat seorang wanita. Wanita itu saya kenali. Dalam mimpi itu dalam hati saya rasa marah dengan wanita tu. Tapi saya tak le buat apa-apa, hanya dalam hati. Apa maksud mimpi saya tu?

Ps: Saya juga seorang wanita.

JAWAPAN :

WIksm. Insyaallah anda akan menjalinkan hubungan baik lagi mesra dengan wanita tersebut suatu hari nanti.



Abu Zulfiqar

Mimpi Zakar Dipegang Orang

Posted by Alexanderwathern | 11:10 PM | | 2 comments »

SOALAN :

Assalamualaikum. Saya bermimpi duduk di suatu ruang dalam keadaan baik-baik sahaja (tenang). Ketika itu zakar saya sedang mengeras, tapi dari pinggang ke paha saya ditutup dengan sehelai kain yang agak tebal. Sungguhpun begitu, gerakan zakar itu masih kelihatan.

Tiba-tiba datang seorang wanita yang saya kenali. Dia menghampiri saya dengan wajah yang manis seolah-olah mahu memperkatakan sesuatu. Ketika dia hendak meletakkan tangannya, tangannya terpegang zakar saya. Dia terkejut lalu melepaskan tangannya. Tapi saya berkeadaan biasa sahaja sementara dia tertawa sedikit.

Apakah tafsiran mimpi saya ini?

JAWAPAN SAYA:

Wlksm tuan. Maksudnya anda ada sesuatu kebolehan/ ilmu/ perkhidmatan ataupun lain-lain yang mencukupi/memadai untuk dikongsikan dengan orang lain, tetapi kurang diketahui orang. Wanita itu pula sedang mencari orang seperti anda. Dia tahu akan kebolehan anda tetapi dia sangat terkejut kerana mendapati kebolehan anda lebih daripada yang disangkakannya.

Saya beri contoh untuk mudah faham.

Anda memang mahir memasak, tapi tidak ramai yang tahu akan kebolehan anda. Wanita itu pula sedang mencari seseorang yang boleh berkongsi ilmu memasak dengannya. Dia dapat tahu anda ada kebolehan memasak. Setelah diselidikinya, dia terkejut kerana memang benar anda ada kemahiran memasak, bahkan melebihi jangkaannya. Oleh itu dia sangat berharap agar anda dapat menunaikan hasratnya.

WaAllahua’lam.


Abu Zulfiqar

[ * Ternyata tafsiran ini betul-betul tepat sebagaimana yang dinyatakan. Orang yang bermimpi ini memang ada ilmu dalam suatu bidang tapi bukanlah bidang masak-memasak.]

Mimpi Iblis dan Pontianak

Posted by Alexanderwathern | 2:35 PM | , | 0 comments »

SOALAN OLEH SXXXX SXXXXXX (23 November 2010):

Malu pula nak bagi tahu mimpi ape...
Macam ni...
Dalam mimpi ni...saya bersama ayah saya berada di suatu jalan..
Kiri dan kanan ada yang memerhati (iblis)
Tiba-tiba sampai di satu rumah..
Kami pun masuk ke dalam rumah itu..
Tiba-tiba banyak pontianak berada di dalam rumah itu lari...
Saya telah mengejar salah satu..tiba-tiba benda tu menerkam tangan saya...
Kemudian saya membaca ayat Kursi...
dan terjaga dari mimpi tesebut...
Jam menunjukkan 3 pagi...
Harap ustaz dpt memberi penjelasan mengenai mimpi ini..insyaAllah...

JAWAPAN SAYA:

Mimpi ada beberapa jenis. Salah satunya ialah jenis yang tidak perlu ditafsir, kerana ia terhasil daripada gangguan jin dan syaitan ketika kita tidur.

Pada pendapat saya (yang kurang ilmu ini), mimpi anda adalah dari jenis yang di atas. Oleh itu anda tidak perlu risau. Sekiranya selepas ini anda dapat lagi mimpi yang lebih kurang begitu, anda praktikkan sunnah Nabi ini:

“Apabila seseorang dari kamu bermimpi hal yang dibenci, hendaklah meludah ke arah kiri sebanyak tiga kali dan berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, serta memalingkan lambung/rusuk ke arah yg berbeza dengan yang sebelumnya.” Muslim)

Maksudnya, anda lakukan:

1. Meludah ke arah kiri 3 kali, dengan sedikit ludahan (sekadar memercikkan ludah dari mulut, bukannya meludah banyak sebagaimana ludahan yang biasa kita buat sehari-hari).

2. Baca doa pelindung 3 kali iaitu “A’uzhubillaahi minasysyaitaanirrajiimm”. Bacaan-bacaan pelindung yang lain pun boleh.

3. Ubah sedikit kedudukan tidur seperti mengereng ke arah yang bertentangan. Antara petua orang Melayu ialah dengan menterbalikkan bantal.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern

9 Disember 2010



* Soalan pada 23 November, hanya mampu dijawab pada 9 Disember : )

Hal ini boleh memberi gambaran kepada tuan-tuan betapa bersusunnya tafsir mimpi (dan lain-lain persoalan) yang berada dalam senarai (yang perlu saya jawab). Oleh itu diharap tuan puan yang kemukakan sebarang permasalahan bersabar menanti : )

Pengalaman di Wad ICU

Posted by Alexanderwathern | 2:43 PM | | 1 comments »

Saya dan isteri menziarahi seorang hamba Allah yang terlantar sakit di wad ICU. Salah seorang anak lelakinya mengesyaki ibunya ‘ada gangguan’. Saya dan isteri masuk berdua sahaja kerana peraturan wad ICU begitu.

Di dalam bilik itu ada empat orang pesakit (semuanya nampak kritikal) dan dua orang petugas. Saya terus ke kepala pesakit, jarakkan tapak tangan lebih kurang satu penumbuk lalu mulakan ruqyah. Pesakit mula tidak senang duduk walaupun sebenarnya dia sangat lemah hinggakan untuk mengangkat tangannya pun dia hampir-hampir tidak mampu. Saya tidak mengesahkan wujudnya gangguan kerana hal itu mungkin gerakan biasa, kesan ubat ataupun kesakitan.

Apabila sampai pada ayat-ayat ‘attack’, pesakit jadi agak kuat. Tangan dan kakinya bergerak kuat. Badannya diangkat seakan-akan mahu bangun. Matanya yang pada awal tadi redup jadi ganas. Dia seakan-akan mahu melawan. Petugas di situ mula perasan perlakuan ganjil pesakit kerana ada sebuah mesin (saya tak tahu mesin apa itu) yang tadinya bernada perlahan kini bergerak pantas dan semakin kuat. Sememangnya saya meruqyah dengan suara yang perlahan, untuk mengelakkan para petugas perasan, namun mereka perasan juga. Isteri saya yang turut membaca ayat-ayat suci yakin memang ada jin, tapi saya tak puas hati lalu meyambung sedikit lagi ruqyah.

Akhirnya saya akui memang ada kehadiran jin pada tubuh si sakit. Saya ‘scan’ merangkap menolak siapa-siapa di dalam dirinya dari atas ke kaki. Dari situ saya tarik dan halakan ke sebuah rumah kosong (salah satu destinasi saya ‘membuang’ jin). Badan pesakit jadi agak kendur, matanya redup semula, tapi saki-baki gangguan masih ada. Maksudnya tidak semua berjaya saya tarik keluar.

Kami keluar dan berbual dengan kaum keluarga si sakit. Dengan peristiwa yang baru dilalui, mereka bertambah yakin lalu pergi menemui seorang perawat di Kerian pada malam itu juga. Hasil rawatannya, dimaklumkan bahawa itu semua angkara sihir.

Dua hari selepas itu saya pergi berziarah lagi. Selepas dituqayah, ternyata tidak ada lagi gangguan. Harap-harapnya berterusan.

Abu Zulfiqar

30 November 2010

SOALAN:

Assalammualaikum... nak tanya... ada tak doa-doa untuk menghindari dari terkena buatan orang ( black magic )?

JAWAPAN

Wlksm.

Dalam kaedah rawatan Ikhtiar Muslim, antara amalan yang kami istiqamah untuk mengelakkan daripada terkena "black magic" ialah "Amalan 333".

Caranya:
1. Baca 3 Qul (surah al-Ikhlass, surah al-Falaq dan surah an-Naas), setiap satunya 3 kali. Baca 1 set pada waktu pagi dan 1 set pada waktu petang.

2. Sebelum tidur, tadah tangan seperti berdoa, bacakan ketiga-tiga surah (setiap satunya sekali), hembus ke tapak tangan lalu sapukan ke seluruh tubuh (mana yang sampai oleh tangan). Ulang 3 kali.

Pengamal lelaki hendaklah melazimkan solat berjemaah di tempat azan dilaungkan (iaitu di masjid/ surau) manakala pengamal wanita hendaklah berpakaian menutup aurat dengan sempurna di depan bukan mahramnya. InsyaAllah amalan ini mujarab walaupun ringkas.

Abu Zulfiqar
30 November 2010