MagzNetwork

RASHIDI MENULIS:

Salam. Saya nak tanya, ada taka pa-apa amalan yang boleh dibuat untuk elak makhluk halus dok bertenggek depan kita masa solat? Susah nak buat “don't know”, sebab asyik “know” aje. Kekusyukan tu jadi agak terganggu. Yang ni bukan mimpi..


SAYA:

Rashidi... nampak dengan mata kasar ke 'yang bertenggek' tu? Ataupun 'berasa' saja?


RASHIDI MENULIS:

Berasa dan tahu. Kemudian ada semacam imbasan imej dalam fikiran..


SAYA:

Antara amalan mudah (tapi insyaallah berkesan) yang saya cadangkan:

  1. Sebelum solat, boleh bercakap dengannya sama ada nampak ataupun tidak dalam bahasa kita sendiri. Contohnya, “Aku nak sembahyang, tolong jangan kacau! Pergi jauh-jauh! Kalau tidak, aku mengadu pada Allah!” Jika bernasib baik, kaedah ini pun kadang-kadang berkesan.

  1. Sebelum solat elok sangat iqamah terlebih dahulu. Amalan ini dapat menimbulkan kesan sangat tidak selesa kepada jin dan syaitan. Mana-mana yang tak tahan, pasti akan menjauhkan diri dari kita.

  1. Baca juga surah An-Naas sebelum solat. Amalan ini untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan jin dan manusia.

  1. Setiap pagi dan petang baca 3 Qul, setiap satunya 3 kali. Amalan ini sebagai ikhtiar mendapat perlindungan Allah daripada segala macam bahaya untuk sepanjang hari. Ada hadisnya. Sangat baik jika dapat dikekalkan/ istiqamah amalan ini selama 40 hari ke atas.

  1. Sebelum tidur, berdoa dengan 3 Qul, sapukan ke seluruh tubuh. Amalan sunnah untuk menghindarkan gangguan jin dan sihir.

  1. Jika masih gagal menghindarkan gangguannya, bacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul kepada air kosong, renjiskan ke serata rumah.

Wallahualam.



Abu Zulfiqar Amsyari

30 MEI 2010


* Selepas 40 hari, jika gangguan masih berterusan, saya akan berikan amalan yang lebih berat sedikit.

* Ada kemungkinan rumah yang anda tinggal itu yang bermasalah.

* Turunkan semua gambar yang ada dalam rumah, simpan dalam album. Jangan ada patung.

Bertungku - Antara Besi dan Batu

Posted by Alexanderwathern | 10:04 PM | | 0 comments »

Kita boleh gunakan besi ataupun batu sungai sebagai penungku, tetapi batu sungai adalah lebih baik. Batu sungai yang dipanaskan tidak 'menggigit' dan habanya tahan lebih lama. Besi pula agak 'tajam' panasnya dan cepat pula sejuk. Panas batu dengan panas besi tidak sama.

Batu gunung berapi juga boleh digunakan. Ia tidak perlu dibakar, cukup direndamkan dalam air panas.


SANDARAN
Petua dan pengalaman orang tua-tua.

Bunga Rafflesia Mungkin Tidak Sesuai Sebagai Ubat

Posted by Alexanderwathern | 12:21 AM | | 0 comments »

KUALA LUMPUR 23 Mei - Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon mendapati, organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia selama 14 hari telah menjadi kecil.

Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan oleh lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.

Dr. Nazlina berkata, dalam satu artikel portal berita universiti itu bahawa penyelidikan oleh Khairunnadwa di bawah penyeliaannya mendapati, limpa itu mampu mendetoksifikasi bahan dari tunas Rafflesia azlanii.

"Tetapi proses ini juga mengecutkan limpa daripada saiz asalnya. Dengan itu ujian itu mengesahkan keupayaan tunas bunga itu. Tetapi risiko yang memberi kesan ke atas organ penting lain juga wujud, iaitu limpa,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang mengamalkan meminum air dimasak dengan tunas Rafflesia selepas rawatan kelahiran perlu menimbangkan dengan serius keburukan dan kesan berbahaya ini.

Katanya lagi, kadar ketoksikan dalam kajian ini perlu menjadi amaran kepada orang yang mengambil “jamu” seperti ini memandangkan penggunaan bahagian Rafflesia azlanii sebagai sumber ubatan tradisional adalah tidak selamat. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Soal Jawab - Curangkah Isteri Saya?

Posted by Alexanderwathern | 11:48 PM | , | 0 comments »

PERTANYAAN:

Salam tuan. Nak tanya satu permasalahan.

Saya berkahwin baru beberapa tahun…ada anak seorang. Masalah saya ialah isteri saya pernah dua tiga kali melepak dengan kawannya.. seorang perempuan.. selepas habis kerja di rumah kawannya tu. Tak jadi hallah sebab kawannya tu tinggal dengan keluarga. Kawannya tu seorang janda.

Tapi setiap kali mereka melepak di rumah kawannya, akan datang bekas teman lelaki isteri saya. Mereka melepak bersama di ruang tamu, borak-borak. Saya percaya mereka merancang dari awal pertemuan itu. Isteri saya memang ada beritahu yang dia hendak duduk sebentar di rumah kawan tu, tapi dia tak beritahu pun yang bekas teman lelakinya akan turut serta. Saya dapat tahu pun dari orang lain. Isteri saya pun tak bersuara hendak mengajak saya pergi sekali.

Sebelum ni saya memang pernah bertemu bekas teman lelakinya tu ketika hari-hari kebesaran agama… kami saling kunjung-mengunjung.. biasa le. Tapi reaksi isteri saya waktu berbicara nampak terkawal dan sopan…sebab ada saya…. jadi formal le.

Berita yang saya dengar, waktu melepak di rumah kawan isteri saya tu, perbualan mereka jadi tak formal dan penuh gurau senda… ada lebih seronok le berbanding kalau saya ada sekali di situ. Atas sebab itu le agaknya saya tidak diberitahu akan kehadiran lelaki itu. Mungkin mereka takut saya akan turut serta, jadi keseronokan mereka berbual (bergurau senda?) terganggu le. Dah tentu isteri saya akan “control” percakapannya sebab ada saya.

Saya rasa perbuatan isteri saya itu ada curang sedikit. Apakah ajaran agama kita memang membenarkan perlakuan isteri saya tadi? Ataupun hal itu memang salah? Mohon pandangan tuan.

Ps: Susah hidup di kota metropolitan ni..


PANDANGAN SAYA:

Wlksm,

Saya beri pandangan berdasarkan maklumat yang anda maklumkan di atas.

Ringkas cakapnya, saya pun punya pandangan sama dengan anda. Si isteri sengaja tidak mahu anda turut sama dalam pertemuan itu agar dia boleh bebas bersembang dengan si lelaki dengan penuh keseronokan. Jika anda turut serta, gelak tawa mereka tentulah terpaksa dijaga. Berbalas pandangan dan senyuman pun tentulah tidak boleh sesuka hati, ada penghalangnya.

Walaupun sekadar berbual di ruang tamu, tetapi perlakuan isteri anda itu tidaklah selaras dengan tuntutan agama Islam.

Wallahualam.


Abu Zulfiqar Amsyari

10 Mei 2010

Tafsiran Mimpi Berbeza Ikut Tempatnya

Posted by Alexanderwathern | 1:46 PM | | 0 comments »

Seorang yang tinggal di Tanah Arab bermimpi memberikan kurma kepada jirannya. Mimpi ini bermaksud dia akan memberi pertolongan kecil kepada jirannya. Ternyata esoknya dia memang ada menolong jirannya mencuci pakaian.

Jika yang bermimpi itu ialah orang Melayu di Malaysia, boleh jadi maksudnya dia akan menolong jirannya dalam perkara yang besar.

PENJELASAN

Kurma ialah makanan biasa di Tanah Arab. Menghadiahkan kurma kepada jiran yang tidak berada dalam kesusahan di sana bukanlah sesuatu yang besar ertinya, kerana kurma mudah diperolehi. Berbanding di Malaysia, kurma umumnya sukar diperolehi. Menghadiahkan seseorang dengan buah kurma membawa erti hadiah yang agak luar biasa.

Wallahualam.

Mimpi yang Gagal Dita'birkan

Posted by Alexanderwathern | 1:41 PM | | 2 comments »

SOALAN:
Assalam abuzulfiqar, isteri bermimpi air dok keliling rumah, ikan pun banyak dan rumah suspek dok di tengah2 tapi tidak tenggelam. motor jiran hilang dan "rumah suspek" adalah tempat motoryg hilang disembunyikan.

JAWAPAN SAYA:
Salam, saya tak berjaya ta'birkan mimpi rumah dikelilingi air tu. Tak tahu apa maksudnya.

Mimpi Belajar di Musolla

Posted by Alexanderwathern | 1:38 PM | | 0 comments »

PERTANYAAN:
Syukran Abu Zulfiqar. Baru-baru ini saya bermimpi ada seseorang mengajar saya di musolla. Tapi saya tak apsti pasti apa yang diajar. Ada apa-apa maksud ke?

PANDANGAN SAYA:
Humaira'... ta'birnya... anda seorang yang meminati/ akan memintai ilmu-ilmu agama tapi tidaklah sampai jadi seorang ilmuwan dalam agama. Wallahualam.

Kehandalan vs Kemakbulan

Posted by Alexanderwathern | 10:21 PM | , , | 0 comments »

Di kampung, ada seorang pakcik yang selalu menjaja kehandalan dirinya. Dia mengakui menguasai beberapa jin, handal berlawan, kebal daripada sakit jika dipukul, punyai pelbagai barang hikmat, selalu cari pasal dengan orang lain, punyai pelbagai petua dan doa, mendakwa ditakuti syaitan dan jin... dan pelbagai lagi dakwaannya. Tidak dinafikan, sebahagian daripada dakwaannya itu ada kebenarannya. Dia memang digeruni kawan dan lawan. Ringkas cakap - pendekarlah orangnya.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari ada seorang budak perempuan mengamok tak tentu pasal. Dipanggillah pakcik hebat ni tadi. Kebetulan saya berada tidak juga dari tempat kejadian. Oleh kerana sudah ada orang yang handal, tidaklah saya terfikir untuk menghulurkan bantuan. Saya fikir, tentulah dengan mudah sahaja si pendekar menguruskannya. Lagi pun dalam hal-hal sebegini, saya sekadar 'bidan terjun', tak ada 'rotan', 'akar' pun boleh guna juga. Dah ada 'rotan', 'akar' dok diam je lah.

Tiba-tiba ada orang datang mencari saya, minta tolong tengokkan budak perempuan tadi. Dah orang panggil, saya pun pergi ke lokasi. Nampak sahaja budak perempuan itu yang sedang terduduk di atas tanah, saya pasti dia sedang kerasukan. Badannya menegang, matanya menyorot ganas dan berair, merenung ke satu-satu tempat dengan tajam dan meliar.

Si pendekar tadi sedang duduk di atas kerusi lebih kurang 5 meter dari si budak. Yang peliknya dia duduk sahaja tanpa mengikhtiarkan apa-apa. (Rupa-rupanya kawan tak tahu yang si budak ini sedang kerasukan)

Tanpa bercakap banyak, saya pergi ke sebelah budak itu lalu membaca ruqyah ringkas. Si budak mula menderam. Sampai pada "Lau anzahalna..." dia mula terketar-ketar. Sampai pada surah An-Naas, dia meronta kasar... lalu layu terkulai dan terbaring. Kemudian budak itu pun pulih seperti biasa .Hal ini menandakan jin yang merasuknya sudah pergi.

Boleh pulak si pendekar bertanya : "Ada jin pulak ye!" Dia sendiri mengakui hal itu.
Jawab saya sambil tersenyum : "Ada. Dah keluar dah." Saya terus berlalu.
Kata si pendekar : "Macam mana aku boleh tak rasa apa-apa tadi? Selalunya kalau ada jin, awal-awal aku dah terasa dah."
Jatuh sekejap egonya hari itu.

Sebenarnya pakcik ini memang ada serba-sedikit kebolehan dalam bab berlawan, tapi dari segi mengusir jin, dia kurang ilmu, cakap saja meninggi diri. Kebetulan pula pada hari itu, doa saya begitu cepat dimakbulkan Tuhan. Sekejap saja selesai. Orang-orang yang memerhati pun nampak berwajah kehairanan, bagaimana 'akar' boleh lebih menjadi berbanding 'rotan' pada hari itu. Nasib sayalah. Kadang-kadang sampai masa Tuhan tak makbulkan, ruqyah tiga 'round' pun kawan kat dalam badan pesakit tu masih bersembang mesra : )

Mimpi Naik Tangga Masjid

Posted by Alexanderwathern | 3:26 PM | | 0 comments »

PERTANYAAN:
Assalamu'alaikum. Saya nak tanya, saya mimpi memakai jubah warna krim dan jalan bersama dengan seorang kawan lelaki naik tangga menuju ke masjid. Apa maksudnya?


JAWAPAN:
Memakai baju labuh berwarna krim - bermaksud kebaikan dan kemuliaan.
Menaiki tangga menuju ke masjid - bermaksud aman daripada bahaya, dapat kehormatan dan baik dalam agama.
Kawan lelaki - bermaksud baik dan berkat.
Berjalan bersama kawan lelaki - ... saya tidak dapat ta'birnya.

Kesimpulannya, umumnya mimpi ini membawa maksud kebaikan.

Wallahu'alam.

Mimpi Suami Berkahwin 4 Kali

Posted by Alexanderwathern | 1:20 PM | | 6 comments »

PERTANYAAN:

Saya asyik mimpi yang suami saya berkahwin lain, malah 4 kali... terima kasih.
Apakah maksudnya?


PANDANGAN SAYA:

Insyaallah suami anda akan beroleh keuntungan dan mendapat lebih kekuasaan. Maksudnya mungkin dia akan dinaikkan pangkat, naik gaji... dan tentunya bertambah tanggungjawab. Dia akan banyak bergerak ke sana ke mari atas urusannya. Namun semuanya atas izin Allah jua.

Wallahualam.

Mimpi Melihat Makam Nabi Ismail

Posted by Alexanderwathern | 10:07 PM | | 0 comments »

PERTANYAAN:
Salam.

Saya bermimpi melihat satu kuburan kering dan agak usang di padang pasir, tetapi hati mengatakan itulah kubur Nabi Ismail, tetiba saya sebak.

Terima kasih, saya dok asyik fikir apa di sebalik mimpi ni.


PANDANGAN SAYA:

Wlksm,
Umumnya mimpi itu membawa maksud baik. Insyaallah anda akan beroleh kebajikan. Seandainya anda sedang/ akan berada dalam sesuatu kesulitan, akan mendapat kelepasan dengan cara yang tidak disangka-sangka dan berakhir dengan kegembiraan.

Seandainya anda pernah melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, anda akan menebusnya.

Wallahualam.

Mimpi Katil Rosak

Posted by Alexanderwathern | 10:58 PM | | 0 comments »

SOALAN:
Salam. Saya bermimpi katil saya rosak lalu saya cuba membetulkan sebahagian daripada yang rosak itu. Apakah tafsirnya?

PANDANGAN SAYA:
Sekiranya mimpi itu benar, dan sekiranya anda sudah berumahtangga, hal itu bermaksud hubungan anda dengan isteri ada masalah. Anda cuba membetulkannya tetapi tidak sepenuh hati. Sekiranya anda belum berumahtangga, saya tidak tahu apa ta'birnya.

Wallahualam.

Mimpi Kaabah, Hujan Api dan Al-Quran

Posted by Alexanderwathern | 10:29 PM | , | 0 comments »

SOALAN:
Saya bermimpi solat sunat 2 rakaat depan kaabah, tiba-tiba datang hujan api, saya dapat menyelamatkan senaskah al-Quran. Apakah maksudnya?

PENDAPAT SAYA:
Jika mimpi anda itu benar, mungkin anda akan/ sedang punya peranan (contohnya bekerja secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan) dan dekat dengan pihak yang ada kuasa (contohnya pemerintah). Kemudian datang musibah besar (lokasinya tak tahu di mana, mungkin jauh mungkin dekat tetapi sehingga melibatkan pertumpahan darah, ada yang terkorban) yang berpunca/ ada kaitan dengan pihak yang ada kuasa itu. Anda punya peranan penting dalam hal ini (dalam keadaan anda di pihak yang benar).

Wallahualam.


Diganggu Geng 3 Line

Posted by Alexanderwathern | 11:29 PM | , , | 0 comments »

SAHABAT BERTANYA:
Salam...
Ank saya selama hari ni .. Hampir setahun telah diugut satu kumpulan yang menggelar diri mereka ni 3 Line...mereka ini telah memnta duit dari anak saya dan rakan-rakan yang lain.. Ada yang kena pukul.. Repot polis sudah buat.. Jadi sekarang ini nak minta la kalau ada doa-doa pendinding untnk keselamatan anak dan keluarga saya.


PANDANGAN SAYA:
Wlksm.

1. PALING MUDAH
Baca 3 Qul setiap pagi dan petang.
Qulhuallah 3 kali, Qulauzubirabbilfalaq 3 kali dan Qul auzubirabbinnaas 3 kali.

Sandarannya:
"Bacalah surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas, masing-masing 3 kali pada waktu petang dan pagi, maka ia akan melindungimu dari SEGALA MACAM BAHAYA."
(Abu Daud, Turmizi, An-Nasa'i)

Selain kita baca, minta anak pun baca sama.

Amalan yang ini pun sudah memadai, dengan izin-Nya.

2. MAHU TAMBAH LAGI?
Boleh baca BIsmillahillazhi... 3 kali pagi dan petang.

Sandarannya:
“Sesiapa yang membaca Bismillahillazhi laa yadhurru ma'asmihi syai unn fil ardhi walaa fissama iwahuwas sami'ul 'alim sebanyak 3 kali pada waktu petang, maka dia tidak akan ditimpa bencana mendadak hingga ke pagi. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bencana mendadak hingga ke petang.”
(Abu Daud)

Boleh rujuk laman saya untuk dapatkan bacaan penuh...
http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/11/khasiat-bisbillahillazhi.html

3. MAHU TAMBAH LAGI?
Setiap kali melangkah keluar rumah, baca:
"Bimillaahi tawakkaltu 'alallaahi wa laa haulawalaa quwwat illa billaah."

Sandarannya: Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Turmizhi.

Wallahualam.

SAHABAT BERTANYA :
Macam kismis dan ubat penerang hati yang ada jual di pasaran sekarang ini macam brand Tok Guru ...Apa pendapat anda tentang produk macam tu? Saya ada bagi pada anak-anak ...


PANDANGAN SAYA:
Jus Tok Guru tu nampaknya bagus. Isi kandungannya berupa delima, habbatus sauda, madu, zaitun, za'faran, kurma, kismis... semuanya baik untuk kesihatan rohani dan jasmani. Rasanya pun sedap.

Kismis memang dimaklumi kesan baiknya ke atas minda. Tambahan pula Kismis Tok Guru itu ada dibacakan ayat dan doa tertentu. Boleh juga kita beli kismis yang berkualiti tinggi, dan kita bacakan sendiri ayat/ doa nya.

Produk penerang hati jenama Tok Guru pun baik. Kaedah menulis ayat/ doa di atas pinggan putih dengan za'faran, kemudian dihapuskan tulisannya lalu diminum memang diamalkan oleh sebahagian ulama terdahulu. Za'faran itu sendiri punya pelbagai khasiat. Produk ini juga ditambah dengan air ros/ mawar. Air ros/mawar pun baik untuk kesihatan.

Ringkas ceritanya, 3 produk jenama Tok Guru yang dimaksudkan memang bermanfaat untuk kesihatan kita. Cuma berhati-hati dengan produk tiruan. Wallahualam.

Mimpi Rambut Gugur

Posted by Alexanderwathern | 12:47 AM | | 2 comments »

SOALAN:
Saya bermimpi melihat kepala isteri saya nampak kulit kepalanya, dalam erti kata rambutnya banyak yang gugur. Apakah maksud mimpi saya itu?

JAWAPAN:
Mimpi itu MUNGKIN bermaksud isteri anda sedang dalam kesedihan.

Wallahualam.