PERTANYAAN:
Saya asyik mimpi yang suami saya berkahwin lain, malah 4 kali... terima kasih.
Apakah maksudnya?
PANDANGAN SAYA:
Insyaallah suami anda akan beroleh keuntungan dan mendapat lebih kekuasaan. Maksudnya mungkin dia akan dinaikkan pangkat, naik gaji... dan tentunya bertambah tanggungjawab. Dia akan banyak bergerak ke sana ke mari atas urusannya. Namun semuanya atas izin Allah jua.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, baru2 ini saya bermimpi sedang bersiap2 untuk berkahwin didalam gereja & bakal isteri saya tu seorang kristian (saya sendiri bertanya padanya didalam mimpi tersebut)... saya tersedar sebelum upacara tersebut habis... apa maksudnya?rialitinya saya sudah berkahwin & punya anak2 kecil
Seorang lelaki yang sudah beristeri bermimpi mengahwini wanita lain, maksudnya memperolehi kekuasaan.
Bakal berkahwin dengan wanita Kristian dalam Kristian... saya tidak dapat ta'birnya.
assalamualaikum tuan,sy nk cter ttg mimpi sy waktu dlu dh lama dh..sy pena bermimpi berdiri di depan pintu syurga tgk bahagian dlm syurga.pemandagan nya mcm bentuk gunung ganang,ade rumput2 seperti di bumi....tp amat tenang hati rasa pada ketika itu..ape maksudnya tuan...dan sy pena bermimpi matahari nk terbit sebelah barat...kelam kabut sy mencari sejadah nk solat taubat..ape maksudny tuan
PERSOALAN:
assalamualaikum tuan,sy nk cter ttg mimpi sy waktu dlu dh lama dh..sy pena bermimpi berdiri di depan pintu syurga tgk bahagian dlm syurga.pemandagan nya mcm bentuk gunung ganang,ade rumput2 seperti di bumi....tp amat tenang hati rasa pada ketika itu..ape maksudnya tuan...dan sy pena bermimpi matahari nk terbit sebelah barat...kelam kabut sy mencari sejadah nk solat taubat..ape maksudny tuan
JAWAPAN:
Wlksm tuan,
Bermimpi berdiri di depan pintu syurga sambil melihat pemandangan di dalam syurga – Orang yang bermimpi akan mendapat sesuatu yang disukainya. Jjika ada sesuatu kesedihan, akan dihapuskan oleh Tuhan.
Bermimpi matahari akan naik dari sebelah barat – Sekiranya orang yang bermimpi itu seorang yang banyak ketaatannya kepada Allah, itu merupakan satu khabar gembira. Mungkin orang itu akan beroleh sesuatu kebaikan.
Sekiranya orang yang bermimpi itu seorang yang banyak kederhakaannya kepada Tuhan, mimpi itu berupa satu peringatan daripada Tuhan agar orang itu bersegera memperbaiki dirinya.
Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
29 Ogos 2010
as salam usataz...
saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain...dan setiap kali mimpi..ia seperti kejadian yg sebenar..menangis hingga pagi saya bangun dr tidur...airmata serta sedu sedan masih ada..saya sangat takut jika kejadian itu benar berlaku...
Wlksm Nanie3108.
Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama, tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.
Sebelum ini memang ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain, dan ta'bir yang saya berikan ialah suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.
Dalam kes anda, saya sudah cuba mentafsirkan mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.
Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.
Kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.
Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.
WaAllahua'lam.