MagzNetwork

SAHABAT BERTANYA:
Salam...
Ank saya selama hari ni .. Hampir setahun telah diugut satu kumpulan yang menggelar diri mereka ni 3 Line...mereka ini telah memnta duit dari anak saya dan rakan-rakan yang lain.. Ada yang kena pukul.. Repot polis sudah buat.. Jadi sekarang ini nak minta la kalau ada doa-doa pendinding untnk keselamatan anak dan keluarga saya.


PANDANGAN SAYA:
Wlksm.

1. PALING MUDAH
Baca 3 Qul setiap pagi dan petang.
Qulhuallah 3 kali, Qulauzubirabbilfalaq 3 kali dan Qul auzubirabbinnaas 3 kali.

Sandarannya:
"Bacalah surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas, masing-masing 3 kali pada waktu petang dan pagi, maka ia akan melindungimu dari SEGALA MACAM BAHAYA."
(Abu Daud, Turmizi, An-Nasa'i)

Selain kita baca, minta anak pun baca sama.

Amalan yang ini pun sudah memadai, dengan izin-Nya.

2. MAHU TAMBAH LAGI?
Boleh baca BIsmillahillazhi... 3 kali pagi dan petang.

Sandarannya:
“Sesiapa yang membaca Bismillahillazhi laa yadhurru ma'asmihi syai unn fil ardhi walaa fissama iwahuwas sami'ul 'alim sebanyak 3 kali pada waktu petang, maka dia tidak akan ditimpa bencana mendadak hingga ke pagi. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bencana mendadak hingga ke petang.”
(Abu Daud)

Boleh rujuk laman saya untuk dapatkan bacaan penuh...
http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/11/khasiat-bisbillahillazhi.html

3. MAHU TAMBAH LAGI?
Setiap kali melangkah keluar rumah, baca:
"Bimillaahi tawakkaltu 'alallaahi wa laa haulawalaa quwwat illa billaah."

Sandarannya: Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Turmizhi.

Wallahualam.

0 comments

Post a Comment