MagzNetwork

RASHIDI MENULIS:

Salam. Saya nak tanya, ada taka pa-apa amalan yang boleh dibuat untuk elak makhluk halus dok bertenggek depan kita masa solat? Susah nak buat “don't know”, sebab asyik “know” aje. Kekusyukan tu jadi agak terganggu. Yang ni bukan mimpi..


SAYA:

Rashidi... nampak dengan mata kasar ke 'yang bertenggek' tu? Ataupun 'berasa' saja?


RASHIDI MENULIS:

Berasa dan tahu. Kemudian ada semacam imbasan imej dalam fikiran..


SAYA:

Antara amalan mudah (tapi insyaallah berkesan) yang saya cadangkan:

  1. Sebelum solat, boleh bercakap dengannya sama ada nampak ataupun tidak dalam bahasa kita sendiri. Contohnya, “Aku nak sembahyang, tolong jangan kacau! Pergi jauh-jauh! Kalau tidak, aku mengadu pada Allah!” Jika bernasib baik, kaedah ini pun kadang-kadang berkesan.

  1. Sebelum solat elok sangat iqamah terlebih dahulu. Amalan ini dapat menimbulkan kesan sangat tidak selesa kepada jin dan syaitan. Mana-mana yang tak tahan, pasti akan menjauhkan diri dari kita.

  1. Baca juga surah An-Naas sebelum solat. Amalan ini untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan jin dan manusia.

  1. Setiap pagi dan petang baca 3 Qul, setiap satunya 3 kali. Amalan ini sebagai ikhtiar mendapat perlindungan Allah daripada segala macam bahaya untuk sepanjang hari. Ada hadisnya. Sangat baik jika dapat dikekalkan/ istiqamah amalan ini selama 40 hari ke atas.

  1. Sebelum tidur, berdoa dengan 3 Qul, sapukan ke seluruh tubuh. Amalan sunnah untuk menghindarkan gangguan jin dan sihir.

  1. Jika masih gagal menghindarkan gangguannya, bacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul kepada air kosong, renjiskan ke serata rumah.

Wallahualam.



Abu Zulfiqar Amsyari

30 MEI 2010


* Selepas 40 hari, jika gangguan masih berterusan, saya akan berikan amalan yang lebih berat sedikit.

* Ada kemungkinan rumah yang anda tinggal itu yang bermasalah.

* Turunkan semua gambar yang ada dalam rumah, simpan dalam album. Jangan ada patung.

2 comments

  1. Anonymous // June 1, 2010 at 10:24 AM  

    mintak maaf.... nak tanyer la semua kaedah yang di nyatakan ni ader tak dalil sahih sebagai sandaran atau amalan yang hanya dicpta

  2. Alexanderwathern // June 9, 2010 at 8:33 PM  

    Aslkm,

    Saya jawab secara ringkas ye... sekadar apa yang ada di fikiran saya ketika ini, tanpa membuat rujukan.

    Kaedah 1 - Antara sandarannya ialah saranan Nabi Muhammad supaya kita mengusir sesuatu yang mungkin jin 3 kali jika ketemu dengannya. Imam Ahmad juga pernah menyuruh seorang wakilnya bercakap sesautu kepada jin yang merasuk seorang sahaya, dan jin itu pergi.

    Kaedah 2 - Ada hadis tentang iqamah, yang mana syaitan akan lari ketika azan dan iqamah.

    Kaedah 3 - Kelebihan surah an-Naas sebagai pelindung daripada jin dan sihir ada dalam banyak hadis. Tidak ada larangan untuk membacanya sebelum solat.

    Kaedah 4 - Ada hadisnya. Di laman ini pun ada.

    Kaedah 5 - Ada hadisnya.

    Kaedah 6 - Berdasarkan pengalaman para ulama dan perawat terdahulu, juga kajian sains.

    Harap anda dapat memperkenalkan diri jika ada apa-apa keperluan dengan saya lagi selepas ini.

    Terima kaish.

    Aslkm.

Post a Comment