MagzNetwork

PERTANYAAN :

Salam, tuan ustaz. Saya ingin bertanya berkenaan rawatan-rawatan rukyah syariah yang dipelopori oleh perawat yang bersanad ijazah ‎kepada sheikh WAHABI, apakah ada dicemari jin tanpa disedari dalam rawatan mereka?‎


Dewasa ini, di malaysia ini, ramai perawat yang mengambil ilmu rawatan dari sanad dan kaedah sheikh WAHABI melalui banyaknya ‎seminar-kursus yang diadakan hampir setiap bulan oleh murid-murid Wahid Salim Bali dari Mesir,

Muridnya yang menganjurkan kursus akui bahawa Wahid Salim Bali itu sheikh WAHABI (ceramahnya di youtube) namun mereka ‎CUMA ambil ijazah, sanad dan kaedah rawatan rukyah saja bukan akidah WAHABI, bolehkah begitu?‎

Alhamdulillah dan terima kasih,


Hadi

August 15, 2010 6:05 PM

PENJELASAN SAYA:

Wlksm Encik Hadi,

Sefaham saya, para perawat yang berfahaman Salafi Wahabi biasanya antara golongan yang paling keras menolak penggunaan jin dalam rawatan mereka, dan dalam apa hal jua pun. Sekiranya ada seorang dua yang menggunakan jin, hal itu berupa kes-kes terpencil.

Kaum Salafi Wahabi sangat mengambil berat tentang bacaan-bacaan dan amalan-amalan yang mereka praktikkan. Sekiranya tidak ada sandaran yang sahih, biasanya mereka tinggalkan. Sandaran yang hasan dan dhaif pun biasanya mereka tak pakai.

Berbeza dengan pemahaman kaum ISLAM JAMAAH (yang berpegang kepada MAJORITI ULAMA, sebagaimana fahaman yang saya dan anda pegang, iaitu fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah), kita percaya akan sandaran yang hasan dan tidak meninggalkan terus sandaran yang dhaif.

Ringkasnya, rawatan-rawatan ruqyah syariyyah yang dipelopori oleh perawat yang bersanad ijazah ‎kepada sheikh WAHABI, insyaallah tidak melibatkan jin.

Berdasarkan pengetahuan saya yang dhaif ini, umumnya amalan-amalan untuk merawat dan kaedah rawatan Syeikh Wahid Salim Bali tidaklah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dia menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan kaedah-kaedah yang memang boleh diamalkan oleh kaum Islam Jamaah.

Dalam fahaman Salafi Wahhabi ini, ada perkara yang benar, dan ada yang salah. Yang benar daripadanya kita sokong, yang salah daripadanya pasti kita tolak. Kita tidak terima kesemuanya, dan tidak juga mengakui kesemuanya. Hal ini ada ditegaskan dalam saranan-saranan Dakwah Tajdid Segar.

Dalam kes pegangan Syeikh Wahid Salim Bali (jika benar dia seorang Salafi Wahhabi), mengamalkan ayat-ayat, doa-doa dan kaedah-kaedah rawatannya tidaklah menjejaskan pegangan kita sebagai seorang Islam Jamaah. Begitulah pandangan saya. Yang perlu kita tolak ialah fahamannya yang salah dari sudut akidah (yang benar- tetapi tidak kita tolak) dan penentangannya kepada beberapa pegangan Islam Jamaah (seperti isu Maulidurrasul, Sifat 20, tariqat, terawih 20 rakaat, bacaan Yaasin malam Jumaat, kaedah rawatan, zikir beramai-ramai lepas solat fardhu dan sebagainya). Saya tidak / belum nampak yang bacaan-bacaan dan kaedah-kaedah yang diamalkan oleh Syeikh Wahid ada bertentangan dengan fahaman Islam Jamaah. Sekiranya ada, insyaallah saya akan buat nota tambahan di kemudian hari pada jawapan saya ini, sebagai menunjukkan ketidaksetujuan saya.

Kita sedia maklum, Darussyifa’ (Dr, Haron Din), Darussalam (Ustaz Ismail Kamus), Akrine (Ustaz Abdul Majid) dan lain-lain pusat rawatan/ perawat yang berfahaman Islam Jamaah sering memetik tulisan Syeikh Abdul Wahid Salim Bali dalam tulisan-tulisan mereka sebagai rujukan.

Berdasarkan maklumat yang anda beri, jelas menunjukkan murid-murid Syeikh Wahid yang mengajurkan kursus itu tidak terpengaruh pun dengan fahaman Salafi Wahhabi si Syeikh Wahid.

Yang kita ambil daripada Syeikh Wahid hanyalah:

Ayat-ayat Al-Quran yang dia guna untuk membenteng diri dan merawat.

Bacaan-bacaan/ doa-doa yang diamalkannya untuk membenteng dan merawat.

Cara dia merawat.

Saya melihat ketiga-tiga perkara ini tidak ada kaitan dengan fahaman Salafi Wahhabi si syeikh dan tidka bertentangan dengan fahaman Islam Jamaah.

Kesimpulannya, boleh saja ambil APA YANG BENAR daripada sesiapapun. Cuma kita nasihatkan kepada umat Islam yang mahu berguru kepada mereka yang berfahaman Salafi Wahabi, belajarlah perbezaan fahaman Salafi Wahhabi dengan fahaman Islam Jamaah terlebih dahulu supaya tidak ‘tergelincir’. Kita ambil ilmu yang tidak bertentangan dengan fahaman Islam Jamaah sahaja daripada kaum Salafi Wahhabi itu.

Begitulah pandangan saya.

Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar

28 Ogos 2010


1. Para perawat yang berfahaman Islam Jamaah kan ramai? Ambil saja ilmu daripada mereka. Dengan cara ini, kita tidak was-was lagi.

2. Tidak perlu perawat mencanangkan sanad mereka kepada Syeikh Wahid Salim Bali. Kalau mahu sebarkan ilmu, sebarkan saja.

1 comments

  1. Darul Manzil // September 23, 2011 at 6:48 AM  

    Assalamualaikum... saya bersetuju benar dengan penerangan saudara.. Yang BAIK diambil dan diamal.. Yang BURUK dijauhkan.. Akidah jangan tergadai.. Panduan sebagai bekal.. - Saya menyokong 100% penerangan saudara. Moga dirahmati Allah..

Post a Comment