MagzNetwork

Tedung Selar Puaka?

Posted by Alexanderwathern | 9:04 PM | , , | 0 comments »

Rumah seorang sahabat kegangguan. Ketika tidur di ruang tamu bersama-sama anak isteri, dalam kegelapan itu tiba-tiba ada benda jatuh berdebuk dari atas ke lantai. Betul-betul berhampiran kepala mereka. Dianggarkan benda itu sebesar bola kecil. Lampu pun dipasang. Puas dicari benda yang jatuh tetapi tidak ditemui. Masing-masing berasa hairan. Apa bendanya itu? Dari mana ia jatuh? Ke mana pula ia pergi?


Ketika mengadukan peristiwa itu kepada saya, saya tanyakan jika ada apa-apa mimpi. Katanya memang ada. Mimpi ular tedung selar mengejar dan cuba menyakiti. Beberapa kali mimpikan ular tedung selar.


Saya usahakan ‘memagar’ rumahnya dengan pagar yang biasa orang buat, menggunakan air, garam dan lada hitam yang diruqyah. Selepas bahan-bahan diruqyah, tuan rumah sendiri diminta melaksanakan proses ‘memagar’ dengan bacaan-bacaan tertentu. Pagar dibuat ‘dua lapis’. Ketika proses ‘memagar’ dibuat dari dalam rumah, tuan rumah berasa seram ketika melalui bilik air. Dari luar rumah pun sama. Nampaknya ‘kawan’ kita melepak sekitar situ.


Alhamdulillah syukur, sudah seminggu berlalu dan isi rumah itu sudah tidak mengalami gangguan. Harap-harap berterusan.



Abu Zulfiqar

21 Julai 2010

0 comments

Post a Comment