MagzNetwork

Pengalaman Awal Julai 2010

Posted by Alexanderwathern | 12:08 AM | , , | 0 comments »

Dua malam lepas pergi ke rumah seorang teman. Dia minta tolong tengokkan anaknya yang baru lahir, lepas tengah malam saja mula menangis sampai tegang badan-badan. Budak tu keriau (menangis kuat) sampai ke subuh. Sudah dibawa ke doktor, katanya kembung. Ubat pun diberi tapi masih tiada perubahan. Pergi pula jumpa seorang yang biasa merawat sawan bayi, bertahan dua hari kemudian melalak balik. Teman saya dan isterinya tak dapat melelapkan mata.

Ketika saya tiba (lepas Isya') bayi itu sedang tidur nyeyak. Saya pun ruqyah sekali lalu, tak ada apa-apa tindak balas. Maksudnya tiada apa-apa yang sedang 'duduk' pada bayi ataupun sekelilingnya. Saya pesan agar teman saya mencari beberapa helai daun kacang botol/ botor/ kelisa, diramas dalam air yang didoakan dan sapu/ mandikan si anak. Jika tidak dapat daun itu, daun bunga raya pun boleh kerana kedua-duanya bersifat 'penyejuk'.

Petang tadi terjumpa si teman di bandar. Katanya sudah dua malam si anak nyenyak tidur, tapi ada sesuatu yang membingungkan dia sekeluarga. Malam saya berkunjung ke rumahnya itu, ketika mereka masuk tidur tiba-tiba terdengar sesuatu jatuh dari bahagian atas rumah ke tengah rumah. Dia anggarkan benda itu sebesar bola sepak. Puas dicari tapi gagal menemui apa-apa. Mungkin nak kena pergi rawat rumahnya selepas ini.

Tengah hari tadi merawat seorang remaja perempuan kerasukan, jenis mengamok. Badannya besar, ramai yang memegangnya. Saya dan seorang sahabat (juga seorang perawat) mencekak lengannya lalu menyeretnya ke sebuah bilik yang sesuai untuk proses rawatan.

Dia dibaringkan oleh beberapa orang wanita. Saya duduk di bahagian kepala, tutup dahinya dengan kain tudung, cengkam kepalanya lalu memulakan ruqyah. Kejadian berlaku pukul dua belas lebih. Biasanya waktu begitu orang tidak gemar merawat kerana dikatakan kekuatan si perasuk sedang memuncak. Tapi geram punya pasal, saya ruqyah juga.

Sepanjang proses ruqyah dia menjerit "Panas... panas....!" Lebih kurang lima minit, si perasuk mula mengalah. Dia bersetuju untuk keluar melalui kaki. Saya beri kiraan tiga. Ternyata jin itu betul-betul keluar. Alhamdulillah syukur.

Proses rawatan itu turut diperhatikan oleh seorang wanita berbangsa Cina. Semoga peristiwa itu dan bacaan ayat-ayat suci yang agak lantang tadi dapat menyentuh hatinya. Mana tahu mungkin itu sebagai pencetus awal hidayah untuk dia berminat kepada agama Islam.

Sebentar tadi ke rumah ibu mertua. Beberapa hari lalu pada waktu Maghrib, dia berada di belakang rumah. Dari jauh dia ternampak dua lembaga hitam di tepi perigi. Dalam samar-samar senja itu, disangkakannya dua ekor anjing kerana agak besar saiznya. Tiba-tiba kedua-duanya terbang ke udara! Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah.

Biarlah dia hendak singgah, lagpun perigi itu agak jauh dari rumah. Jangan dia masuk buat hal dalam rumah sudah. Mencari gaduh namanya tu!

Dulu pernah anak kecil saya diganggu di rumah itu. Si jin main jenguk-jenguk dari atas almari waktu tengah hari, ketakutan le budak tu. Saya ikhtiarkan buat air segelas, renjis dan ancam untuk sebat dengan rotan. Alhamdulillah syukur, selepas itu ia tidak menjenguk lagi.

Sekadar itu sahaja 'update' kali ini.

0 comments

Post a Comment