MagzNetwork

Arwah Isteri Pulang ke Rumah!

Posted by Alexanderwathern | 9:10 PM | | 0 comments »

Dikhabarkan kisah ini berlaku sekitar 50 kilometer dari tempat saya. Ia berlaku 3-4 bulan lepas. Seorang suami kematian isteri. Si suami pun meneruskan kehidupan seperti biasa. Yang mati sudah pergi, yang hidup mesti meneruskan perjuangan. Pagi keluar kerja, petang pulang.


Si suami berasa pelik. Setiap kali pulang dari kerja, rumah sudah siap dikemas sebagaimana ketika arwah isterinya masih hidup. Seakan-akan ada orang datang berkemas. Tak mengapa, masih boleh tahan walaupun kebingungan. Tapi apabila sampai malam hari... si isterinya pulang dalam bentuk asal, seolah-olah masih hidup, cuma sebelah matanya ada kecacatan sedikit. Si isteri pulang dan berkemas, sama macam ketika dia belum meninggal dunia. Si suami kaget.


Lebih hebat lagi, si isteri siap pergi bertandang ke rumah jiran pada waktu awal malam. Jiran serba-salah lalu membiarkan dia masuk. Mereka pun bersembang seperti sebelum dia meninggal. Kemudian si isteri minta diri untuk pulang... keluar lalu menghilang.


Heboh orang kampung dengan peristiwa ini. Aduan dibuat di balai polis. Polis diminta datang ke rumah si suami untuk ditunjukkan bukti kepulangan isterinya, tetapi pihak polis tak berani datang.


Pemulihan cara tradisional dilakukan dan orang kampung membaca Yaasin beramai-ramai. Barulah si isteri (atau sesiapa saja yang menyerupai si isteri) tidak pulang-pulang lagi.


Lama dulu pernah dengar ada kes semacam ini. Mayat si isteri pulang pada waktu malam dan menyediakan makanan. Pemulihan dibuat oleh ahli perubatan tradisional. Ternyata di isteri mengamalkan ilmu salah iaitu nasi tangas. Selepas pemulihan dibuat, dia tidak pulang lagi.


Antara langkah-langkah yang wajar diambil ialah:

1. Berhati-hati ketika memilih isteri.

2. Kena isi dada dengan ilmu agama dan ilmu-ilmu berkaitan seadanya.


Abu Zulfiqar

21 Julai 2010

0 comments

Post a Comment