MagzNetwork

Si Rambut Panjang Bermata Merah

Posted by Alexanderwathern | 9:13 PM | | 0 comments »

Anak perempuan saya yang baru berusia lapan tahun mula menunjukkan minat untuk jadi seorang perawat. Dia sering bertanya kaedah untuk merawat manusia dan melawan jin. Masih terlalu kecil untuk melalui itu semua, tapi saya ajarkan beberapa ayat asas sebagai ikhtiar pembenteng diri. Harapannya agar dia dapat istiqamah amalkan beberapa tahun, insyaallah menjelang dewasa nanti dirinya sudah dijazamkan dengan bacaan-bacaan tersebut.


Rupa-rupanya budak ni terlalu bersemangat. Bahaya betul. Dia dan seorang rakannya suka pergi ke tempat-tempat sunyi untuk mencari hantu. Sudah berkali-kali saya dan isteri berpesan agar jangan pergi bermain-main di tempat sekian-sekian, tapi kadang-kadang mereka curi-curi pergi. Pulang ke rumah, mulalah sakit kaki. Memanglah selepas diruqyah dan disapu minyak burung but but lega, tapi sengaja cari penyakit buat apa. Tapi dia ni jenis yang agak berani.


Terbaru, mereka pergi lagi, pada waktu senja. Kononnya ‘nak test power’ lah tu. Terjumpalah mereka akan makhluk berambut panjang, bermata merah dan berpakaian putih. Sudah nampak bukan hendak ambil inisiatif lari, siap tunggu nak tengok betul-betul. Nakal betul budak-budak ni! Sampai di rumah dia menyampaikan berita. Apa lagi, kena ‘sumbu’ le dengan kami.


Nasib baiklah ‘kawan’ kita tu sekadar menunjukkan diri. Kalau dia ikut pulang kan susah?


Abu Zulfiqar

21 Julai 2010

0 comments

Post a Comment