MagzNetwork

Khuatir Ibu Ada Hantu Raya

Posted by Alexanderwathern | 10:04 AM | , | 0 comments »


PERSOALAN :
Assalamualaikum,

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang anak jika mendapati ibu nya telah 'MEMBELA HANTU RAYA' untuk menundukkan suaminya/bapa saya sepanjang perkahwinan mereka. Adakah saya perlu memberi tahu bapa saya atau sebaliknya. Dan yang lebih membinggungkan apabila kakak kedua saya selalu mendapat mimpi untuk 'MEWARISI SAKA' tersebut. Saya yang tinggal jauh dari kampung halaman hanya mendegar cerita ini daripada kedua kakak sahaja dan masih tidak pasti lagi kesahihannya. Justeru itu, mintak tolong ustaz/ustazah untuk membantu saya. Apakah harus saya lakukan sekarang? Saya dimaklumkan ibu memang sedang sakit lutut dan kakak memberitahu itu adalah disebabkan "BELAAN' ibu. Sebagai anak, apa yang harus saya lakukan? Ini kerana dari pemerhatian saya, ibu dan bapa hidup bahagia dari dulu sehingga sekarang.

Persoalan yang kedua, selalunya orang yang 'MEMBELA' ini, adakah mereka menunaikan solat lima waktu dan boleh membaca al-quran? Sepanjang pemerhatian saya, ibu tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu. Harap ustaz/ustazah dapat membantu.

Terima Kasih


PENJELASAN :
Wlksm.

Pertama – Pastikan kesahihan maklumat itu. Cari maklumat yang secukupnya sebelum meyakini seseorang itu memang benar melakukan sesuatu termasuklah ‘membela hantu raya’ untuk menundukkan suami. Selagi maklumat-maklumat yang ada belum kukuh, kita tidak boleh mendakwa begitu begini kepada mana-mana individu. Kita usahalah untuk mendahulukan sangka baik selagi ada ruang yang sesuai berbanding bersangka buruk. Namun begitu, tidak ada salahnya jika kita mengambil langkah berjaga-jaga/ berwaspada dalam usaha kita mencari maklumat secukupnya itu.

Kedua – Ada pelbagai kaedah untuk menundukkan suami, bukan dengan jalan ‘membela’ hantu raya sahaja.

Ketiga – Jika benar si ibu ada ‘membela’, kita pun tidak pasti benarkah jin yang dibelanya itu dari spesis hantu raya, kerana makhluk ini ada pelbagai sepsis dan bangsa Melayu menamakan mereka mengikut spesis seperti hantu raya, jin tanah, polong, bajang, toyol dan sebagainya. Jadi sebaiknya buat masa ini kita namakan ia sebagai ‘jin’ sahaja, atau makhluk halus.

Keempat – Ada kemungkinan juga hal ini satu fitnah ke atas si ibu. Orang yang tidak puas hati dengannya boleh membikin apa sahaja cerita termasuklah kononnya ‘membela’. Satu jenis fitnah lagi, orang yang tidak puas hati dengannya boleh juga membuatkan seolah-olah memang benar si ibu ada ‘membela’. Padahal orang lain yang mendatangkan makhluk-makhluk itu sama ada melalui ilmu orang (pemfitnah) itu sendiri ataupun orang (pemfitnah) itu mengupah orang lain yang mampu berbuat demikian.

Kelima – Kadang-kadang seseorang itu tidak menyedari yang dia ada ‘membela’ sesuatu, tapi biasanya pembela memang tahu. Maksudnya, ada ornag yang tidak tahu yang dirinya sedang ‘membela’ sesuatu.

Keenam – Sakit lutut si ibu mungkin tiada kaitan dengan belaannya. Dalam suasana sebegini, apa sahaja sakit si ibu memang mudah orang kaitkan dengan ‘belaan’ kononnya.

Ketujuh – Jika si kakak ada bermimpi yang saka itu bakal turun kepadanya, sebaik-baiknya dia mempertingkatkan ilmu agama dan memperkukuhkan amalan. Dan yang paling penting, hendaklah pergi menemui mana-mana perawat. Dapatkan pandangan daripada 3-4 orang perawat kerana pandangan satu orang mungkin tersilap.

Kelapan – Untuk memaklumkan kepada bapa, hal ini sangat sensitif. Apabila sudah ‘confirm’ si ibu memang ‘membela’…. dengan hujah-hujah dna bukti-bukti yang kukuh untuk bapa , barulah sesuai untuk diberitahu.

Kesembilan – Apa yang harus anda lakukan? Antara langkah yang sesuai ialah dengan berpakat bersama-sama kakak-kakak, katakan kepada ibu bapa yang anda dan kakak-kakak selalu dapat mimpi menakutkan dan mendapat gangguan (tapi jangan cerita pasal hantu raya ke, belaan ke, masalah berkait si ibu ke…. biar nampak macam masalah umum sahaja). Kemudian katakan yang anda semua sudah sepakat untuk mendapatkan rawatan di rumah ibu, dengan membawa perawat ke rumah. Senang kerana boleh dirawat semua  sekaligus. Lihat dan kaji bagaimana reaksi ibu ketika dan selepas itu. Adakah dia keberatan atau nampak biasa sahaja?

Pada hari yang ditentukan itu, minta perawat tengokkan dan ruqyah seluruh ahli keluarga (bapa, ibu, kakak-kakak dan anda). Katakan : “Alang-alang dah ada perawat ni, baik kita berubat semua terus. Ada ke tak ada ke gangguan, belakang kira.” Kemudian minta perawat ‘bersihkan’ rumah dan  ‘pagarkan’ rumah. Lihat dan kaji reaksi si ibu.

Sekiranya si ibu keberatan untuk menerima kunjungan perawat ke rumah, secara bijaksana cuba bawa dia bersama-sama keluarga ke pusat rawatan.

Melalui cara di atas, insyaAllah kita akan tahu benarkah ibu ‘membela’, atau orang lain yang punya, siapa yang cakap benar siapa yang dusta, ibu disihir orangkah atau sebagainya. Tambahan  pula ibu sedang sakit lutut. Ini peluang baik. Katakan yang anda sekeluarga sudah menjemput seorang perawat yang mahir tentang sakit lutut. Jangan katakan orang itu sebagai perawat kes sihir, penagkap hantu, tok bomoh dan seumpamanya kerana kita khuatir ibu akan menolak (sekiranya benar dia ada ‘membela’).

Berkaitan persoalan kedua, memang ada manusia yang ‘membela’ tetapi masih menunaikan solat lima waktu, membaca Al-Quran dan lain-lain.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
28 JUN 2012

0 comments

Post a Comment