MagzNetwork

Imam Ahmad pun Ulama Sihir Juga?

Posted by Alexanderwathern | 7:50 PM | , , | 0 comments »


Suatu ketika seorang wanita yang menjadi jariah kepada Khalifah Al-Mutawakkil kerasukan jin. Orang mengadukan hal itu kepada Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas Mazhab Hanbali). Imam Ahmad menyuruh seseorang membawa kasut Imam Ahmad lalu berdiri di tepi kepala si wanita. Imam Ahmad berpesan agar orang tadi mengancam jin yang berada dalam tubuh wanita itu, sama ada ia.mereka mahu keluar ataupun ia akan dipukul dengan kasut Imam Ahmad. Jin/jin-jin itu bersetuju untuk pergi. Katanya, kalau Imam Ahmad yang memerintahkan, jangankan keluar dari tubuh si wanita, keluar dari negeri Iraq pun akan diturutinya.

Kisah di atas memang terkenal. Tujuan utama saya mengimbas secara ringkas kisah ini adalah untuk berkongsi satu hal tentang sebahagian orang termasuklah perawat (mu’allij) sendiri yang berfahaman Salafi Wahhabi (maksudnya BUKAN SELURUH penganut ajaran Salafi Wahhabi itu bersikap begini).

Sebenarnya saya sudah berbahas panjang dengan dengan orang-orang dari fahaman itu. Tanpa segan silu mereka mengecam Imam Ahmad dengan dakwaan bahawa beliau seorang ULAMA TUKANG SIHIR kerana MENGGUNAKAN TANGKAL (iaitu kasut) dalam berikhtiar merawat orang yang terkena gangguan makhluk halus. Alasannya mudah sahaja, kononnya hal itu salah di sisi agama kerana tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah. Seandainya sesuatu itu sesuai dibuat, sudah tentulah Rasulullah sudah mencontohkannya. Apa yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah jika kita tambah-tambah buat, maka 100% ‘confirm’ bid’ah yang berdosa, sesat dan ke nerakalah keputusannya. Alasan sebegini memang selalu sangat kita dengar dari kaum Salafi Wahhabi jalur keras dan sebahagian dari jalur sederhana.

Yang agak memeranjatkan, mereka yang disebutkan di atas tadi melabel ‘ULAMA SIHIR’ juga kepada Syeikh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim, yang cukup kita kenal sebagai tokoh yang sering diagung-agungkan oleh kaum Salafi Wahhabi. Kenapa ya? Kerana Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim merawat orang kerasukan dengan kayu dan tongkat. Pada golongan ini, kasut dan tongkat tidak lain ialah tangkal.

Dalam konteks Malaysia, kita tidak hairanlah. Sudah lama golongan ini melabelkan ‘ulama sihir’ kepada Dr. Haron Din (pengasas rawatan dan perubatan Islam Darussyifa’) kerana merawat gangguan makhluk halus menggunakan garam, lada hitam, limau dan lain-lain. Begitu juga dengan Dr. Jahid Sidek yang berikhtiar menggunakan kayu nona. Alasannya sama, Nabi tak pernah buat. Kalau perkara itu boleh dibuat, sudah tentu Nabi sudah mencontohkannya.

Lebih dahsyat lagi, golongan ini meletakkan hukuman ‘SYIRIK’ kepada Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Dr. Haron Din, Dr. jahid Sidek dan lain-lain kerana kononnya yakin yang kasut, tongkat, garam, lada hitam, limau, kayu nona dan lain-lain ada kuasa terhadap makhluk halus. Allah……. siapalah dan apalah agaknya yang mentarbiyyah mereka sehingga jadi begini?

Hmmm… seandainya kaum Salafi Wahhabi jalur keras ini memegang tampuk pemerintahan, SILAP-SILAP (maksudnya, tidak semestinya) orang-orang seperti Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Dr. Haron Din dan lain-lain kena hukum bunuh, kerana memang ada ‘akta’ dalam Islam bahawa hukuman ke atas tukang-tukang sihir ialah hukuman mati.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
10 JULAI 2012

0 comments

Post a Comment