MagzNetwork

Soal Jawab : Akan Disihir?

Posted by Alexanderwathern | 10:53 AM | , , | 0 comments »

SOALAN:
Ustaz, jika bermimpi dipatuk ular, apakah itu maksudnya akan kena sihir?

JAWAPAN:
Bermimpi dipatuk ular boleh membawa beberapa maksud, bergantung pada keadaan mimpi tersebut. Pada suatu zaman dahulu di Tanah Arab, bermimpi dipatuk ular biasanya membawa maksud kita ada musuh yang sedang berusaha melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

Dikatakan pada suatu ketika dahulu, gadis yang bermimpi sedemikian di alam Melayu ini membawa maksud dirinya akan dipinang orang. Wallahua'lam.

Di alam Melayu pada zaman ini, bermimpi dipatuk ular biasanya membawa maksud ada orang SEDANG/ TELAH melakukan sihir terhadap kita, bukannya AKAN disihir Dan sihir itu melibatkan penggunaan jin.

Wallahua'alam.

0 comments

Post a Comment