PERTANYAAN:
salam
ustaz ana just untuk menambahkan pengetahuan.Adakah saka adalah salah satu daripada jin??? bagaimana cara untuk membuangnya.Adakah saka ini akn turun kpd anak2 apabila si bapa telah meninggal???
PANDANGAN:
Wlksm xxxx,
Saka memang jin. Jin itulah yang disebut saka kerana dia akan diwarisi oleh sesuatu keturunan.
Antara cara membuang saka ialah:
1. Minta saka itu tidak menjadi saka lagi. Suruh dia pergi membawa diri ke mana-mana. Biasanya si saka tak bersetuju.
2. Batalkan apa-apa perjanjian yang pernah dibuat antara saka itu dengan pemiliknya yang terawal (mungkin moyang kita) jika kita tahu isi perjanjiannya.
3. Kukuhkan ilm, iman dan amal setiap ahli keluarga. Saka yang lemah dan tak tahan akan pergi jauh dan mungkin dengan rela hati ak mahu jadi saka kepada keturunan itu lagi.
4. Buang barang-barang yang menjadi tumpangan si saka. Mungkin cucuk sanggul, kalong, cincin, kain 3 warna, kacip dan sebagainya.
5. Minta bantuan perawat/ pusat rawatan yang sahih untuk berusaha membuangnya.
6. Ada jenis saka yang boleh ditipu. Kita tipu dia dengan menyuruhnya buat sesuatu kerja ataupun menunggu sesuatu yang mustahil. Contohnya suruh tunggu tumbuh biji jagung, padahal biji jagung itu sudah kita goreng terlebih dahulu.
7. Dan lain-lain.
Jin saka memang akan turun kepada anak cucu apabila si bapa meninggal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment