SOALAN:
Umur saya 15 tahun...
Sudah mengalami masalah ini sejak berumur 13 tahun...
-selalu sakit dada...apabila bernafas terasa seperti ada jarum mencucuk....selalu sesak nafas ketika sakit di dada...
-selalu sakit kepala...rasa berdenyut dan kadangkala terasa seperti dicengkam....sakit ini selalunya hanya dialami di sebelah kanan....pemeriksaan CT scan pernah dibuat...
-saya juga seorang penghidap talasemia minor dan saya juga selalu kekurangan glucose..*tapi belum dipastikan samada menghidap hypoglecemia atau tidak*
-kadangkadang di telinga rasa berdesing...menyebabkan saya semakin hilang tumpuan untuk belajar...
-baru-baru ini...saya sakit di bahagian tulang belakang...saya pernah jatuh tangga ketika berusia 13 tahun...dan hampir mengalami keretakan tulang pelvik....adakah sakit di tulang belakang ini berkait dengan peristiwa dahulu?
Adakah simptom-simptom ini berkaitan antara satu sama lain?
***Saya telah buat pemeriksaan berkenaan simptom-simptom ini...malah kat doktor-doktor pakar....namun mereka tidak tahu untuk menyatakan apa masalah saya....boleh dikatakan setiap yang saya alami telah saya ceritakan kepada doktor yang saya jumpa....tapi .....respon yang diterima tetap sama..***
harap saya dpt dibantu..
PANDANGAN:
Wlksm,
Teruskan dengan rawatan moden, disamping itu, usahakan juga dengan rawatan alternatif. Untuk rawatan alternatif, saya cadangkan:
1. Sesi ruqyah (bacaan ayat-ayat suci, doa). Untuk itu anda cari seorang perawat yang berkebolehan meruqyah untuk meruqyah anda. Peruqyah dengan ustaz ialah dua peranan yang berbeza. Bukan semua peruqyah ialah ustaz dan bukan semua ustaz berkebolehan meruqyah. Jika tiada sebarang masalah dengan sesi ini, kemudian bolehlah dilanjutkan ke sesi seterusnya. Jika terdapat gangguan jin atau sihir, dari sini kita boleh usahakan penyelesaiannya.
2. Kesan masalah dalaman dengan melihat tanda-tanda di tapak tangan, lidah, mata. Carilah bahan/ ubat yang sesuai sebagaimana yang disarankan oleh perawat jika berjaya dikesan anda mempunyai masalah pada bahagian tertentu.
3. Anda boleh cuba menjalani rawatan berbekam. Berbekam ialah sebaik-baik rawatan (hadis).
4. Masih gagal juga, anda ikhtiarkan cara tasauf/ sufi. Jika ada terasa pernah melakukan kesalahan dengan sesiapa, mohon maaf. Jika ada mengurung apa-apa haiwan seperti burung disangkar, ikan di akuarium, hamster dan sebagainya... sila lepaskan. Jika ada apa-apa perkara yang dilarang oleh Allah tetapi masih anda lakukan (seperti menonton artis wanita menyanyi, bertabarruj, memandang rendah para pendakwah Islam dsb), sila tinggalkan. Banyakkan istighfar, sekurang-kurangnya 70 kali sehari (bertaubat).
Wallahualam.
Abu Zulfiqar Amsyari
17 April 2010
Soal Jawab- Sakit Misteri
Posted by Alexanderwathern | 9:37 PM | Penyelesaian Masalah, Perubatan Islam, Soal Jawab | 0 comments »PERSOALAN:
Assalamualaikum.
Pertapaan ialah aktiviti menyinsihkan diri di tempat yang sunyi, biasanya tidak makan dan minum. Ketika si pertapa menjalani pertapaan, ia akan menghadapi ujian-ujian daripada kuasa ghaib yang bertujuan menguji kesungguhan dan kekuatan jiwanya. Sekira si pertapa dapat mengatasi dugaan ini, maka jiwanya akan memperolehi kekuatan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertapaan ini. Harap ada yang sudi berkongsi.
PANDANGAN:
Wlksm.
Jika pertapaannya membuatkan si pertapa dengan sengaja tidak menghadiri solat berjemaah di masjid/ surau, lebih-lebih lagi solat Jumaat, tentunya tidak harus.
Antara alternatif yang lebih baik kepada pertapaan ialah bangun tengah malam dan beribadah walaupun dalam keadaan duduk (ala meditasi). Pada waktu itu hening dan tiada gangguan. Iktikaf di masjid lagi cantik.
Wallahualam.
Sedikit tambahan.
Jika pertapaan itu melibatkan ilmu-ilmu keduniaan, kadang-kadang ujian kuasa ghaib yang datang itu sebenarnya didatangkan oleh si guru. Jika yang datang itu jin berupa hantu pontianak, sebenarnya ia dihantar oleh si guru.
Sama-samalah kita berhati-hati dalam menuntut ilmu.
Bagaimana Kalau Pelajar Histeria?
Posted by Alexanderwathern | 10:46 PM | 'Pendinding' Diri, Jin | 0 comments »SAHABAT BERTANYA:
Salam syeikh...
Nak tanya sikit tentang kes histeria.
Bagimana nak "handle" kes-kes ni? Ada ayat-ayat khas yg boleh digunakan? Lepas "camping" Jumaat, Sabtu, Ahad lepas....berbelas budak kena.......cikgu-cikgu pun gelisah tak boleh tidur.......
PANDANGAN:
Salam syeikh.
Amalan harian aku yang ini http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/11/saranan-wirid-harian.html (lebih kurang). "Time" meruqyah/ merawat pun guna ayat-ayat ni.
Kalau camping ke apa ke... suruh budak-budak baca ayat ni 3 kali pagi dan 3 kali petang. http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/11/khasiat-bisbillahillazhi.html
Yang paling mudah... suruh budak dan cikgu-cikgu baca ni... lagi senang http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/10/3-qul-sebagai-pelindung.html . Nabi jamin dilindungi segala macam bahaya. Insyaallah.
Abu Zulfiqar Amsyari
13 April 2010
Suami Tak Pulang 3 Bulan
Posted by Alexanderwathern | 4:43 PM | Pengalaman, Rumahtangga | 0 comments »"Akhi ada kenal ustaz-ustaz yang boleh tolong ikhtiarkan solat hajat untuk masalah rumahtangga tak?"
"Saya tak kenal ustaz-ustaz yang ada buat macam tu. Dekat sekitar sini tak ada kot."
"Terlalu banyak masalah sekarang ni. Kalau tak ada, tak mengapalah. Saya cuma nak ikhtiarkan suami balik pada saya, itu saja. Dah 3 kali bulan tak balik, tak bagi nafkah yang cukup.. terlalu dikawal oleh mak ayahnya."
"Dah lama dah masalah anda, sejak mengandung dulu kan? Tak mengapalah, nanti saya ajak kawan-kawan buat solat hajat insyaallah, sekadar yang mampu."
"Alhamdulilah syukran akhi. Harap-harap dengan doa dari kawan-kawan dapatlah kembalikan suami pada saya. Ok, syukran akhi."
Begitulah antara aduan yang saya terima. Lebih kurang dua tahun lepas saya dapat tahu rumahtangganya sudah bermasalah. Ketika itu dia baru berkahwin dan hamil. Kemudian saya tidak tahu apa kisahnya sepanjang dua tahun itu. Tiba-tiba pagi tadi masuk mesej dan teman kita ini memperkenalkan dirinya.
Semoga rumahtangganya semakin pulih.
(Kejadian ini berlaku sekitar 2007-2008)
Sudah beberapa minggu suara itu kedengaran di sekitar rumah kami. Bermula waktu senja sehinggalah hampir terbit fajar. Bunyinya macam anak ayam tetapi pelik dan menyeramkan. Pada mulanya kami buat tak endah, tapi lama-kelamaan timbul perasaan syak dan sedikit takut.
Apabila malam menjelma, bunyi itu pun datang. Saya dan isteri memberanikan diri mengintai-ngintai dari dalam rumah tetapi tak pernah ternampak apa bendanya. Pernah saya keluar rumah beberapa kali dan mencarinya berpandukan bunyi itu tetapi tuan punya bunyi tetap tak kelihatan.
Kadang-kadang ia berbunyi dekat benar dengan kaki
Saya bualkan kejadian ini dengan jiran. Katanya dia pun sudah lama terasa pelik dengan suara itu. Apabila dicari tidak ditemui sedangkan suaranya ada.
Pernah suatu malam bunyi itu berada betul-betul di tepi dinding rumahnya. Dia pun keluar membawa lampu suluh. Dilihatnaya tidak ada apa-apa di tepi dinding tapi bunyi itu berada beberapa meter di hadapannya, iaitu di dalam rimbunan pokok bunga. Dia meredah masuk ke situ tetapi bunyi itu bergerak pula beberapa meter di hadapannya, iaitu di atas jalan raya. Bunyi itu sentiasa beberapa meter di hadapan kita.
Dicarinya di atas jalan raya, bunyi itu berpindah beberapa meter ke hadapan, iaitu di atas rumput seberang jalan. Disuluhnya, bunyi itu berpindah ke atas pokok kelapa sawit muda. Tak puas hati, dia pergi ke pokok kelapa sawit, bunyi itu menderam besar lalu diam. Risau juga dia. Disuluhnya seluruh pokok sawit itu tetapi tidak kelihatan apa-apa. Kawan pun berpatah balik.
Pada malam yang lain, ketika saya hendak keluar dengan kereta, bunyi itu ada di kawasan pokok sawit di depan rumah. Saya bertekad untuk mencarinya. Beberapa ayat dan doa pun dibaca. Saya halakan kereta ke arah pokok-pokok sawit dan naikkan lampu tinggi. Terang benderang kawasan tersebut. Bunyi itu semakin galak seolah-olah mempermain-mainkan kita. Saya pun keluar dari kereta , biarkan pintu kereta terbuka lalu berjalan laju ke arah bunyi itu.
Tiba sahaja di pokok sawit, bunyi itu diam. Mata saya ligat memantau setiap bahagian pokok sawit itu. Puas saya tinjau, tak nampak apa-apa benda.
Tiba-tiba bunyi itu berbunyi betul-betul dekat kereta saya. “Ah, sudah! Dia masuk dalam kereta ke pulak?” fikir saya. Apa yang saya hendak buat? Saya tidak dapat melihat sekitar kereta kerana lampu tinggi sedang menyuluh ke tempat saya berdiri. Cerdik pulak benda ni! Buatnya ia menunggu saya di pintu kereta, dengan tubuh besar ragamnya… habis le saya malam tu- kena bergusti dengan apa yang sedang menunggu itu.
Saya bulatkan tekad lalu bergerak laju ke arah kereta. Penumbuk sulung sudah saya genggam kemas-kemas.
Tiba di kereta, tak ada apa-apa. Fuh, selamat! Sebentar kemudian bunyi itu bersuara di pokok sawit semula. Geram punya pasal, saya meluru ke pokok sawit. Ia berbunyi di kereta pula. Kacau betul! Kalau hendak berdepan, berdepanlah betul-betul. Main aci nyorok ni yang buat tambah perisa geram ni!
Malaslah saya hendak layan. Masuk kereta terus keluar ke jalan besar. Sambil-sambil itu jelling-jeling juga kalau-kalau ia menumpang di tempat duduk belakang. : )
Suatu senja, saya tinggal sendirian di rumah. Isteri dan anak-anak ke rumah emak mertua. Suara itu berbunyi di belakang rumah. Saya kira di atas tiang ataupun wayar elektrik. Saya pergi ke sofa di tepi dinding lalu duduk. Kali ini saya mahu lawan dengan bacaan dan amalan pula. Hendak membuka tingkap melihat ke belakang, rasa tak cukup kuat. Biarlah.
Elok sahaja saya melabuhkan punggung di sofa, bunyi itu turun ke pokok mempelam. Lebih hampir. Saya pun memulakan bacaan, bunyi itu bertenggek di atas tiang ataupun tali penyidai, saya pasti. Bacaan saya semakin panjang, bunyi itu turun ke tanah. Hati saya mula berdebar.
Lagi baca, lagi dekat. Kali ini betul-betul di tepi dinding rumah. Gerun betul saya dibuatnya. Saya bingkas berdiri, tidak baca apa-apa lagi, cuma berzikir khafi di dalam hati sambil menunggu kalau-kalau tukang bunyi itu menembuskan dirinya melalui dinding. Keadaan tubuh saya ketika itu cukup tegang, seperti orang yang bersedia untuk bergaduh.
Tunggu punya tunggu, tidak ada apa-apa yang menjelma. Apakah ia dalam bentuk halimunan? Payah le nak lawan, kena bergantung sepenuhnya kepada sentuhan. Engkau sentuh saja, siap…!
Akhirnya, bunyi itu kembali menjauh. Ia melompat ke atas pokok ataupun tiang. Makin lama makin jauh. Lega rasanya : )
Hairan saya. Kalau jin, mengapa ruqyah langsung tak makan dan tak memberi apa-apa kesan (hakikatnya Allah yang memberi kesan, ruqyah hanya ikhtiar sebagai memenuhi anjuran Tuhan). Belum pernah saya berhadapan dengan jin sehebat ini (kalau benar ia jin).
Beberapa malam kemudian saya berkesempatan berbual-bual dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Alang-alang berbual, saya pun bertanyakan pendapatnya tentang bunyi di persekitaran rumah kami itu. Dia pun “menengok” dengan caranya. Kadang-kadang tekaannya mengena, kadang-kadang tak. Katanya, ada makhluk halus (jin). Yang berbunyi itu ialah “tunggangannya”.
Saya bukanlah hendak percaya 100% tengokannya itu, sekadar ingin tahu pandangan orang lain. Maklumat itu saya sampaikan kepada jiran saya.
Beberapa hari kemudian jiran saya itu memberitahu, “Aku dah tengok dah apa dia yang berbunyi tu!”
Katanya, pada suatu malam bunyi itu ada di belakang rumahnya. Dia keluar melalui tepi rumah. Sampai di belakang, perlahan-lahan dia melihat atas bawah. Bunyi itu ada di atas pokok. Disuluhnya…..
Nampak jelas tuan punya bunyi itu…. iaitu… seekor anak burung hantu!
Cis, patutlah ruqyah aku tak jalan! Ruqyah hantu syaitan dibaca kepada anak burung hantu, memanglah tak berkesan. : )
Sejak hari itu saya dan jiran-jiran tidak berasa bimbang lagi apabila bunyi itu menjelma pada waktu senja hinggalah ke pagi. Anak burung hantu itu membesar di kejiranan kami. Selepas akil baligh agaknya, ia pun menghilang.
Abu Zulfiqar Amsyari
10 April 2010