MagzNetwork

Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts

Merawat Resdung

Posted by Alexanderwathern | 11:37 PM | | 1 comments »

Insya-Allah berkesan, dan terbukti.

1. Bacaannya ialah Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi saw.
2. Bahannya ialah herba keluaran HPA bernama Coscinium.
3. Pantangnya ialah limau tidak berulas (seperti limau sunkist dan seumpamanya) dan kopi. Sepanjang tempoh penyembuhan, jangan makan langsung limau tidak berulas. Kalau teringin juga minum kopi, minumlah sehirup dua. Tapi jika tak minum langsung lebih baik. Setahu saya, kalau makan limau itu atau minum kopi, sekejap nanti datang baliklah rasa gatal hidung, telinga, mata, berhingus dan terbersin.

Cara makan bahan (Coscinium) :
1. Dalam lebih kurang 40 hari pertama, makan dua kali sehari. 1 biji pil pagi dan 1 pil petang/malam. Jika serius resdungnya, makan 2 pil. Kena banyak minum air kosong.
2. 40 hari kedua (lebih kurang), makan sekali sehari sahaja.
3. 40 hari ketiga (lebih kurang), makan sebiji pil sahaja sehari. Yang pentingnya istiqamah setiap hari.
4. Selepas itu, makan apabila perlu sahaja.

Dengan izin Allah, amalan seperti yang saya cadangkan di atas berjaya menyelesaikan masalah resdung seorang hamba Allah beberapa tahun lalu. Sebelum itu, bangun pagi sahaja, 20 minit dia kena peruntukkan masa untuk buang hingus sahaja. Dalam 20 minit itu, bersin bertalu-talu dan kadang-kadang 6-7 kali bersin sederet. Punyalah seksa pada waktu Subuh.

Sudah lebih kurang dua tahun dia tak perlu makan herba Coscinium lagi, boleh makan limau tidak berulas dan boleh minum kopi. Makanan laut dan makanan gatal semua boleh makan. Bangun Subuh tanpa hingus dan bersin. Tapi dia tetap menyimpan sedikit herba Coscinium, sebagai persediaan kalau-kalau terasa macam tanda-tanda resdung nak jadi, terutamanya kalau makan banyak limau tidak berulas atau banyak minum kopi pekat. Itu pun purata 2-3 bulan sekali baru telan sebiji pil Coscinium.

Doa dan usaha.


Mengurangkan Masalah Resdung

Posted by Alexanderwathern | 12:07 AM | | 0 comments »

Masalah resdung ada pelbagai jenis. Ada kaedah yang sesuai untuk seseorang tetapi tidak ssuai kepada orang lain. Umumnya, seorang pesakit resdung hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:

1. Jangan dedahkan diri kepada udara sejuk

2. Elakkan habuk (habuk buku, bulu binatang, serbuk-serbuk dan seumpamanya)

3. Elakkan makanan gatal terutamanya makanan laut (seperti kerang, sotong, kerang, udang, cencaluk, budu, pekasam dan lain-lain)


* Saya sendiri mengalami masalah resdung