MagzNetwork

Showing posts with label Tidur. Show all posts
Showing posts with label Tidur. Show all posts

Anak Ketawa Terkekek-kekek

Posted by Alexanderwathern | 12:39 PM | , , | 0 comments »

Seperti biasa, saya sering tidur lewat. Malam itu sekitar pukul dua lebih, barulah saya berkemas untuk masuk tidur. Sudah jadi rutin, sebelum tidur saya bacakan ayat-ayat suci atau doa kepada anak-anak dan isteri (yang biasanya sudah lena lebih dahulu). Untuk setiap orang, lain bacaan yang saya lakukan. Hal ini kerana secara tidak langsung saya dapat mengkaji keberkesanan setiap bacaan.

Untuk anak lelaki yang berusia 4 tahun, saya cadang bacakan Ayat Kursiy. Sewaktu hendak duduk di kakinya, saya terperasan kaki dan tangannya bergerak-gerak sedikit. Gerakannya seperti anak kecil yang terkena gigitan semut ketika tidur.

Sambil memulakan bacaan Ayat Kursiy, saya melihat sekeliling dirinya kalau-kalau ada serangga. Sebaik sahaja Ayat Kursiy dibacakan, dia tertawa kecil. Saya sangkakan hal biasa kerana kadang-kadang memang kanak-kanak bermimpi atau mengigau lalu tertawa.

Sepanjang membaca Ayat Kursiy, tawanya berterusan. Saya mula berasa pelik. Saya mula syak ada gangguan ringan berlaku, lalu saya tambah dengan ayat-ayat yang tidak digemari jin dan syaitan. Lagi dia tertawa! Tiba-tiba matanya terbuka luas dan melihat ke atas sedikit, tapi masih tidak sedar dan terus tertawa.

Tak boleh jadi ni! Saya letak tangan atas kepalanya, lalu saya ruqyah dengan ayat-ayat yang lebih serius, seperti kebiasaan saya meruqyah orang kerasukan. Ketika ini isteri saya pun sudah terjaga kerana terkejut mendengar tawa si anak. Nak tahu apa jadi apabila anak kami diruqyah? Dia tertawa terkekek-kekek, lebih panjang dan lebih kuat. Baru kami sedar yang badannya panas betul. Padahal ketika saya mengangkatnya ke tempat tidur dalam sejam yang lalu, suhu badannya normal.

Dah habis ruqyah ringkas pun keadaannya masih terkekek-kekek juga, saya mula panas hati. Saya bercadang untuk buat satu amalan yang agak kuat, tapi makan masa lama. Takkan nak biarkan dia terkekek-kekek begitu. Mata terbuka luas tapi dikejut tak berjaya, dia masih ‘di alamnya’.

Dalam keadaan serba-salah itu datang ilham untuk menggunakan air. Saya ambil air tapisan, dengan bacaan yang sangat ringkas saya pun sapu ke kepala dan mukanya. Alhamdulilah syukur, tawanya berkurang. Dalam keadaan tertawa-tertawa kecil itu kami berjaya mengajaknya berdialog. Nampaknya dia sudah sedar, namun ‘seronoknya’ masih ada.

Katanya dia nampak istana, dan menunjuk ke satu arah. Katanya lagi, dia tertawa kerana melihat kakaknya sedang buat lawak, padahal kakaknya sudah lama terlena dan tidak sedar sepanjang kejadian itu.

Kesabaran kita kadang-kadang teruji juga. Saya percaya ada campur tangan jin dalam kejadian ini. Maklumlah, lagi kuat diruqyah, lagi kuat dia tertawa. Kita serang secara serius, lagi berangkai ketawanya. Dengan itu saya melepaskan satu dua jurus di dalam rumah. Nasiblah kalau jin-jin yang tak berkaitan kebetulan berada di situ, mana yang sakit atau luka tu saya ‘mohon mahaplah’: )

Kemudian saya ambil sebekas air dan membaca ayat-ayat yang agak panjang. Air ini disapu ke tubuh si anak. Kami beri juga sedikit saki-baki ubat demam untuk kanak-kanak yang ada di rumah. Dengan izin Allah, selepas itu tidak ada lagi perlakuannya yang pelik, cuma demam panas biasa. Lusanya demam anak kami pun hilang.

Keesokannyalah saya ternampak sesuatu yang pelik di luar rumah, iaitu kain yang ditebar di sebalik tembok, sebagaimana dalam ‘posting’ bertajuk “Kain Misteri”. WaAllahua’lam.

“Alaa... anak tu berhalusinasi je sebab badannya panas.”

Ya, saya akui kanak-kanak yang demam memang boleh berhalusinasi. Tapi ada dua perkara yang saya pertimbangkan:

1. Suhu badannya naik tiba-tiba ke tahap yang panas betul daripada suhu normal dalam tempoh satu jam. Pada saya hal ini agak luar biasa.

2. Saya membacakan ayat Quran tanpa menyentuhnya, tiba-tiba dia tertawa dan tertawa. Ketika saya sambung bacaan dengan ayat-ayat lain, ketawanya makin kuat dan berterusan, malah matanya dibuka luas seolah-olah melihat sesuatu. Apabila saya pegang kepalanya dan meruqyah, dia terus ketawa terkekek-kekek dan lebih kuat. Apa kaitan demam dan ketawa mengekek dengan ayat-ayat serangan?

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

14 Disember 2010

Mesej Jam 04.44 Pagi

Posted by Alexanderwathern | 7:57 PM | , | 0 comments »

Mesej telefon bimbit berbunyi. Pukul 4.44 minit pagi. Seorang teman mengadu diganggu beberapa makhluk yang tidak diketahuinya baru sebentar tadi. Ketika masih di kolej belasan tahun lalu, makhluk-makhluk itu memang pernah datang mengganggunya. Tak sangka datang bertamu lagi selepas sekian lama. Kali ini ke rumahnya pula. Agaknya berbelas tahun cari jalan baru jumpa kot. Kali ini rupa bentuk makhluk-makhluk itu lebih jelas kelihatan.


Malam itu, pada mulanya datang dua makhluk – satu sedang memainkan sejenis alat muzik manakala satu lagi yang lebih tinggi bertangan kosong. Teman kita cuba bangun dari tidur tetapi seluruh anggotanya bagaikan dikunci.


Habis si pendek bikin konsert, si tinggi punya giliran. Si tinggi memakai jubah mengerbang. Teman kita terasa tengkuknya ditekan dan kelihatan si tinggi hendak melangkah tubuh teman kita. Teman kita melawan dan berjaya angkat kaki. Mahu disepaknya si tinggi tetapi si tinggi menghilang. Teman kita sempat melihat tubuh tetamu-tetamunya, cuma bahagian wajah yang tak jelas.


Ditanya saya, “Apa benda semua tu?”

Itulah jin!


Saya sarankan amalan Rasulullah sebelum tidur kepadanya. Agaknya berkesan kerana sudah seminggu berlalu dia tidak lagi bercerita tentang hal itu.


Wallahu’alam.



Abu Zulfiqar

9 Ogos 2010

Kerap Ditindih Ketika Tidur

Posted by Alexanderwathern | 10:53 PM | , , | 2 comments »

Anonymous // July 25, 2010 6:33 PM

Salam saudara,

Saya sering kali di tindis dengan makhluk halus ketika tidur.. Macam-macam doa dah baca tapi tak berkesan juga. Bagaimana caranya ustaz??


PANDANGAN SAYA:


Wlksm,

Berdasarkan pengalaman saya yang singkat ini, jika terjadi begitu maksudnya ADA KEMUNGKINAN makhluk halus itu sudah berada/ selalu berada/ mudah masuk dalam tubuh. Saya sarankan saudara pergi dapatkan rawatan daripada mana-mana muallij (perawat)secara terus. Mereka akan cuba mengesan dan mengeluarkannya.

Selain itu, saudara juga boleh mencuba amalan ini sebelum tidur:

1. Berwudhuk (sekiranya selepas itu terbatal, tak mengapa tapi jika dapat dikekalkan sehingga lena adalah lebih baik).

2. Sebelum meletakkan tubuh ke tempat tidur, sapu sekali lalu dengan tangan ataupun kain sambil membaca Bismillah (atau apa-apa zikir. Amalan ini sebagai mengikut sunnah Nabi, dan mengelakkan daripada kita tertindih makhluk2 halus yang mungkin sedang berehat di pembaringan kita.

3. Baca 2 kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi, Al Fatihah dan Ayat Kursiy (sekadar saranan)

4. AMALAN YANG JANGAN DITINGGALKAN - Tadah tangan macam berdoa, baca 3 Qul, hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Ulangi 3 kali. Dengan izin Allah, amalan 3 Qul ini sudah cukup untuk mengelakkan daripada ditindih.

5. Mulakan berbaring dengan mengereng ke sebelah kanan terlebih dahulu (mengikut sunnah Nabi). Jika selepas itu mahu diubah kedudukan, tidak mengapa.

6. Sebelum lena, fikirkan perkara yang baik-baik. Jiak dapat berterusan berzikir sehingga lena lebih bagus.

Saya doakan agar ikhtiar saudara berjaya. Jika saudara dapat istiqamah amalan-amalan sebelum tidur itu tadi, mungkin saudara tidak perlu pergi mendapatkan rawatan muallij.


Abu Zulfiqar Amsyari
7 Ogos 2010

Rasulullah saw berkata kepada Ali (menantunya) dan Fatimah (anaknya):

"Jika kamu berdua menuju ke tempat tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali."
(Bukhari)

"Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka hendaklah engkau berwuduk sebagaimana wuduk hendak mengerjakan solat, kemudian berbaringlah di atas badanmu yang sebelah kanan."
(Bukhari & Muslim)


RASIONAL
1. Dapat pahala.
2. Dikasihi Allah dan Rasul.
3. Mengelakkan/ mengurangkan gangguan jin dan sihir.
4. Melancarkan pergerakan jantung dan sistem badan seluruhnya kerana jantung di sebelah kiri dalam dada tidak terhimpit.

* Istiqamahlah dengan amalan ini walaupun ketika hendak tidur biasanya kita akan bersentuhan dengan pasangan kita menyebabkan wuduk terbatal.

Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
(Bukhari & Muslim)