MagzNetwork

Showing posts with label Nikah Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Nikah Kahwin. Show all posts

Jodoh Lambat kerana Gangguan Jin?

Posted by Alexanderwathern | 7:45 PM | , | 0 comments »

SOALAN:

Salam... Maaf saya ingin bertanya masalah diri.
Dalam usia yg menghampiri 30, saya masih belum bertemu jodoh. Adakah unsur-unsur halangan yang melibatkan jin pada diri ini kerana saya selalu bermimpi dan ada masa berlapis-lapis banyak perkara, pernah mimpi tentang budak-budak yang pelbagai. Selain itu ada juga lebam di kaki/paha yang tak pasti kerana apa. Perlukah saya bertemu perawat atau saya boleh mengubatnya sendiri dengan amalan-amalan?

Saya sebenarnya takut nak jumpa perawat kerana segan jika dia tahu keadaan saya. Saya takut jika berlaku keadaan seperti kerasukan bila dirawat. Apa yang perlu saya lakukan untuk merawat diri ini. Dan kenapa terjadi lebam di kaki?

Diharap ustaz sudi menjelaskan, terima kasih.

JAWAPAN:

Wlksm Cik Q,

Jodoh kita Tuhan yang menentukannya sejak azali. Boleh jadi ketika ini belum sampai jodoh anda. Mungkin sehari dua lagi sampai. Semakin maju zaman, semakin lewat usia kebanyakan wanita mendirikan rumahtangga. Untuk itu, anda teruskan berdoa dan banyakkan bersabar.

Selalu bermimpi, mimpi berlapis dan mimpikan budak-budak tidak semestinya menjadi petanda kewujudan gangguan jin. Jika ada pun, mungkin gangguan biasa yang tidak berkaitan dengan lewatnya anda bertemu jodoh.

Namun begitu, jika selalu berlaku lebam di kaki dan paha, biasanya melibatkan gangguan jin yang berulang (berdasarkan pengalaman saya). Sungguhpun ada gangguan pada bahagian itu, tapi tak semestinya ada kaitan dengan lambatnya jodoh anda.

Saya sarankan anda pergi dapatkan rawatan dengan perawat yang menggunakan keadah rawatan Islamik, walau sekali. InsyaAllah perawat itu dapat mengesan gangguan pada diri anda, jika ada. Dari situ, rawatan seterusnya boleh diusahakan.

Tentang segan bertemu perawat, anda boleh dapatkan bantuan perawat muslimah. Contohnya di Darussyifa’ Bangi. Sesama wanita, kuranglah segannya. Dirawat tak semestinya akan kerasukan. Bawalah bersama mahram ataupun teman-teman wanita anda sebagai peneman.

Seandainya anda mahu usahakan sendiri pun boleh, tapi saya lebih galakkan pergi bertemu perawat. Antara yang boleh diusahakan:

1. Beli 1 CD ruqyah di pasaran dan dengar setiap hari, sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika ada gangguan, anda akan berasa lain macam. Dari situ, jelaslah memang ada gangguan. Dengarkan selama sebulan setengah.

2. Bacakan 3 Qul (setiap satunya 3 kali) pada segelas/ separuh gelas air kosong dan minum. Buat 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Lakukan selama sebulan setengah.

3. Bacakan 2 Kalimah Syahadah, selawat 3 kali, Al-Fatihah 1 kali, Ayat Kursiy 1 kali dan 3 Qul pada sebaldi/ separuh baldi air/ secebok air dan limau purut (3 biji). Perahkan limau purut di dalam air. Mandi pada bilasan terakhir. 1 kali pagi dan 1 kali petang. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hari. Kemudian teruskan mandi doa tanpa tanpa limau lebih kurang sebulan setengah.

Anda boleh pilih salah satu daripada yang di atas. Hendak melakukan ketiga-tiganya pun boleh, cuma takut tak terbuat. Eloklah amalannya sedikit tapi istiqamah/ berterusan.

Saya sudah mendoakan agar anda mendapata jodoh yang baik dan dijauhi daripada segala bentuk gangguan jin. Semoga segala urusan anda yang baik dimudahkan Allah SWT.

Abu Zulfiqar

3 Mei 2011



Isteri asyik melawan cakap suami. Bagaimana menundukkannya?...

Nabi Suka KIta Berkahwin

Posted by Alexanderwathern | 9:53 PM | | 0 comments »

“Kahwinlah kamu. Sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya umatku.”

(Ahmad)



*Sahutlah seruan Rasulullah saw.

Isteri yang Membahagiakan Rumahtangga

Posted by Alexanderwathern | 9:51 PM | | 0 comments »

“Wanita yang bagaimanakah yang baik?”

Baginda menjawab:

“Wanita yang apabila suaminya memandang (akan) menyenangkan suaminya. Apabila diperintah oleh suaminya (akan) dia taati, tidak melanggar sesuatu yang dibenci suaminya baik pada diri wanita itu sendiri mahupun mengenai harta suaminya.”

(An-Nasa’i)




Panduan Memilih Isteri

Posted by Alexanderwathern | 9:49 PM | | 0 comments »

“Kahwinilah (wanita) yang PENYAYANG dan BANYAK MELAHIRKAN ANAK. Sesungguhnya aku berbangga terhadap kamu dengan banyaknya umatku.”

(Abu Daud)


* Seboleh-bolehnya elakkan memilih wanita yang panas baran, tidak suka kepada kanak-kanak dan yang berketurunan tidak ramai anak.

Ikutilah sunnah-sunnah Nabi

Posted by Alexanderwathern | 9:45 PM | , | 0 comments »

“Sesungguhnya aku mengahwini wanita, aku makan daging, aku tidur dan berjaga, serta aku berpuasa dan berbuka. Maka sesiapa yang tidak senang terhadap sunnahku, maka dia tidak termasuk dalam golonganku.”

(Muslim)



*Janganlah SENGAJA tidak mahu berkahwin dan tidak mahu memakan daging. Jangan pula berterusan berjaga malam (tidak tidur langsung berhari-hari) ataupun berterusan berpuasa (berpuasa setiap hari). Semua itu ialah sunnah Nabi. Jika kita sengaja menolak sunnah-sunnahnya, dikhuatiri tidak diiktiraf oleh Nabi sebagai golongannya.