MagzNetwork

Showing posts with label Saka. Show all posts
Showing posts with label Saka. Show all posts

Di Sebalik Amalan Puja Nenek Moyang

Posted by Alexanderwathern | 12:21 PM | , | 0 comments »

Apa tujuan sesetengah masyarakat bukan Muslim menjalankan pemujaan atau penyembahan nenek moyang/leluhur? Sudah tentu ada sebab-sebab yang menarik untuk kita ketahui, sebagai pengkayaan maklumat. Antara sebab-sebabnya :

1. Cuba membantu leluhur mereka hidup lebih selesa di alam sana. Mereka percaya nenek moyang mereka boleh dan perlu dibantu oleh anak cucunya yang masih hidup. Oleh itu ada amalan-amalan atau upacara-upacara tertentu yang dapat memberi manfaat kepada datuk nenek mereka yang sudah meninggal dunia.

2. Sebagai tanggungjawab dan bukti kasih sayang bagi orang yang masih hidup di dunia, dengan membantu leluhur mereka yang hidup di alam sana. Anak cucu yang buat tidak endah sahaja akan amalan ini dipandang sebagai tidak menghormati dan tidak mengenang jasa datuk nenek.

3. Agar terselemat daripada daripada diganggu oleh ruh-ruh leluhur mereka. Hal ini sering menjadi tujuan utama. Sebenarnya pemujaan yang dilakukan ialah untuk menyenangkan hati saka (jin) yang telah lama bersama-sama keturunan mereka. Mereka sangkakan  ruh-ruh itu ialah nenek moyang mereka, padahal itulah jin-jin yang mengambil rupa nenek moyang mereka.

Kononnya jika tidak dilakukan pemujaan, nenek moyang mereka akan marah dan mendatangkan pelbagai kesusahan kepada mereka seperti merasuk, memiskinkan, menyakitkan dan sebagainya. Upacara-upacara itu dipercayai dapat mententeramkan ruh-ruh nenek moyang  yang sebenarnya ialah jin-jin yang menjadi saka untuk sesuatu keturunan itu. Saka-saka inilah yang mengamok sekiranya tidak dipuja. Sebab itu jarang kita dengar kaum (agama) yang memenuhi tuntutan saka itu kerasukan, sebaliknya kaum yang cuba membuang sakalah yang sering kerasukan dan sakit misteri.

4. Untuk memberitahu leluhur mereka yang sudah mati itu bahawa anak cucu mereka di dunia baik-baik sahaja. Hal ini dipercayai dapat mententeramkan nenek moyang.

5. Mengharapkan para leluhur itu berasa senang hati lalu memberkati anak cucu yang masih hidup di dunia. Dengan itu hidup anak cucu akan jadi bertuah dan lebih bahagia.

Menyentuh maklumat nombor 3, orang-orang Islam sendiri pun ada juga yang terpedaya. Contohnya mereka bermimpi bertemu arwah datuk, bapa saudara, ibu, moyang dan lain-lain yang mereka sangkakan benar-benar leluhur mereka. Padahal dalam banyak kes, itulah jin-jin yang sudah sekian lama bersama dengan keturunan mereka. Jin-jin itu sudah menjadi saka dan ada kebolehan mengambil /meniru rupa nenek moyang kita.

 Kemudian makhluk-makhluk itu meninggalkan pesan kepada kita seperti supaya mengadakan kenduri pada sekian-sekian masa, menjaga sesuatu barang peninggalan mereka, melakukan amalan-amalan tertentu termasuklah yang berisi amalan-amalan keagamaan, masak makanan tertentu, sampaikan kepada orang lain hal-hal tertentu dan sebagainya. Padahal jika mereka melaksanakan hal-hal itu, sebenarnya mereka sedang memenuhi tuntutan jin-jin saka itu tanpa mereka sedari. Sebaliknya, jika mereka enggan melakukan permintaan-permintaan “nenek moyang” itu tadi, “nenek moyang” (jin-jin le tu)akan mengganggu anak cucu seperti menyakitkan salah seorang, mengganggu akal, merasuk dan sebagainya.

Jadi tidak hairanlah jika kita sering terdengar orang mengatakan : “Eh, kenapa asyik kaum (agama) kita je yang kena rasuk, kena gangguan saka, tapi kaum-kaum lain tak kena pun?” Jawapannya, kerana mereka berusaha memenuhi tuntutan saka-saka itu sedangkan kita berusaha untuk membuangnya. Orang yang hendak membuang atau tak mahu memenuhi tuntutan saka itulah yang akan diganggu oleh saka. Umumnya itu semua bukan tok nenek kita walaupun rupa mereka sama dengan tok nenek kita, tapi itulah jin-jin yang mengiringi keturunan kita.

Oleh itu, janganlah mudah percaya bahawa yang datang menemui kita dalam mimpi itu ialah ibu bapa tok nenek kita. Tanyakan kepada orang-orang soleh terlebih dahulu.

Abu Zulfiqar
8 Februari 2013

Mati Bersaka

Posted by Alexanderwathern | 9:26 AM | , | 0 comments »

PERSOALAN:

Salam
Nak tanya soalan sikit. Harap boleh tolong jawab.

Cam ni, tadi kat sekolah ngan kawan2 kami bercerita pasai saka. Jadi timbul pulak soalan cam na kalau tok nenek ada saka sampai kat generasi kita, kita tak mau terima. Ada ka dia bawa kesan cam orang cerita, orang yang ada saka susah nak meninggai nanti.
Adakah semua keturunan dia susah nak meninggai atau hanya pada orang yang menerima saja?

Tolong beri penjelasan, nanti xxx boleh cita kat kawan2. La ni ada dengaq cita macam2. Orang kata la ni benda tu berleluasa disebabkan tuan dia dah meninggal, dia masih tidak bertuan. Tu yang katanya orang yang tak bersalah pun terkena pengangan tu. Betui ka?

JAWAPAN:

Wlksm xxxxx,

Jika tok nenek kita ada saka dan ia mahu turun kepada kita lalu kita tak mahukannya. Yang mungkin berlaku:
1. ia akan cuba pergi ke anak cucu yang lain, ataupun...
2. ia akan menyusahkan kita (terutamanya membuatkan kita sakit) sehinggalah kita mahu menerimanya, ataupun...kadang-kadang...
3. ia akan merayau-rayau dan mengganggu orang.

Memang ada orang yang ada saka, susah hendak mati sehinggallah saka itu berjaya diusir ataupun saka itu sudah ada tuan yang baru (ada orang yang sanggup terima ia terutamanya keluarga si sakit).

Ada juga yang sudah mati tetapi kelihatan masih hidup. Hal ini kerana saka itu menumpang pada tubuh tuannya. Apabila saka itu berjaya dikeluarkan (sama ada dengan cara diusir ataupun mendapat tuan yang baru), barulah tubuh tuannya tidak bergerak-gerak lagi.

Yang susah untuk melepaskan nyawa itu ialah orang yang menjadi tuan saka tersebut, bukannya ahli keluarga yang lain.

Tuannya mati lalu jinnya merayau-rayau... kes seperti ini selalu berlaku. Masalah begini biasanya boleh selesai jika jin itu berjaya dibuang, dibunuh ataupun jika jin itu mendapat tuan yang baru.

WaAllahua'lam.

Tanda-tanda Ada Jin dalam Badan

Posted by Alexanderwathern | 7:31 PM | , | 9 comments »

SOALAN OLEH S:

Boleh ana buat appointment dengan anta?
Ana selalu follow blog anta, dan ana thiqah dengan anta.

Jadi ana rasa nak bertanya kepada anta tentang simptom-simptom yang menandakan ada jin dalam badan.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Appointment yang bagaimana tu tuan?
Terima kasih kerana ada membaca blog saya.

Antara tanda2nya :

DALAM KEADAAN JAGA
- Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
- Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
- Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
- Selalu ada pergerakan dalam badan.
- Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
- Selalu sakit kepala.
- Selalu sesak nafas
- Selalu cepat marah
- Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
- Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
- Selalu berasa ketakutan.

KETIKA TERTIDUR
- Kerap terjaga.
- Selalu susah hendak tidur
- Bercakap/ berjalan dalam tidur
- Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
- Selalu mimpi kanak-kanak
- Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
- Selalu mimpi lemas/ banjir

Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu.

WA.

Tok Mata Merah

Posted by Alexanderwathern | 2:58 PM | , | 0 comments »

Seorang wanita (kita namakan sebagai A) berkongsi ceritanya dengan saya. Katanya, dia berasa gerun akan seorang wanita tua yang merupakan kaum kerabatnya. Mata orang tua itu merah dan kehidupannya agak pelik kerana tidak menunaikan solat. Orang tua itu tinggal dengan seorang anak perempuannya, yang juga dilihat tidak mengerjakan solat.

A dan keluarganya pernah juga pergi bermalam di rumah orang tua itu kerana hubungan persaudaraan mereka agak rapat. Pada malamnya kakak kepada A ternampak satu lembaga yang menyerupai tua rumah, padahal tuan rumah sedang tidur lena. Hal ini menyebabkan mereka lebih berasa tidak sedap hati.

Sepanjang berada di rumah itu, mereka tidak dibenarkan sembahyang oleh tuan rumah. Jika mahu bersolat, disuruhnya solat di luar rumah. Hendak membaca ayat-ayat suci pun tak dibenarkan. Apabila diajak-ajak, anaknya yang perempuan itu kelihatan mahu juga cuba mendirikan solat tetapi tidak berani kerana takut akan kemarahan ibunya. Maka tidak bersembahyanglah mereka.

Berdasarkan cerita ini, kuatlah jangkaan saya mengatakan memang ada ‘benda’ di rumah tu.

Wallahua’lam.

Mimpi Ular, Budak & Lembaga Putih

Posted by Alexanderwathern | 9:05 PM | , , | 0 comments »

HANNAG MENULIS:

Salam...saya musykil..tak tahulah saya ni betul-betul ada gangguan ke tak...tapi selalu mimpi budak,mimpi ular...mimpi lembaga putih nak datang kat saya...lagi pun saya belum ada anak.


PANDANGAN SAYA:

Wlksm Hannag. Mimpi-mimpi seperti itu menunjukkan ada gangguan jin, dan kemungkinan jin saka.



Abu Zulfiqar

11 Jun 2010