Ada satu kes yang dirujukkan kepada saya tetapi saya kurang arif
tentangnya kerana belum pernah menerima atau mendengar keadaan sebegitu. Hamba
Allah ini meminta agar saya muatkan permasalahan yang dihadapinya di blog
rawatan saya iaitu Ikhtiar Muslim http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/
untuk menjadi perkongsian bersama. Dia juga mengharapkan dengan tersiarnya
permasalahan ini, mungkin ada orang yang boleh membantu atau sekurang-kurangnya
memberikan usul.
SITUASI 1 :
Kisahnya bermula apabila sahabat kita ini hendak membuat rumah
baharu. Sebaik-baik sahaja dia dan isterinya bebrincang tentang pelan rumah,
terus dia berasa sakit perut dan kenalah pergi buang air. Setiap kali mula
perbincangan, itulah yang berlaku dengan kadar yang diberinya ialah 95%
daripada semua perbincangan tentang rumah itu. Adakah hal itu memberi apa-apa
petanda atau berkait dengan rumah itu? Bahagian inilah yang belum pernah saya
temui atau dengari.
SITUASI 2 :
Kemudian, 6 bulan pertama mereka menduduki rumah tersebut,
macam-macam hal berlaku. Antaranya :
1. Anak mereka
terlanggar bucu tingkap, berjahit lukanya.
2. Demam satu
keluarga.
3. Tingkat
atas rumah berbau wangi sehingga jiran pun terperasan.
4. Enjin kereta
mati tiba-tiba.
5. Pelbagi
lagi peristiwa yang kecil-kecil.
Adakah berkait? Atau sekadar kebetulan?
Kemudian rumah dimasuki perompak, anak jatuh sakit hingga terpaksa
menjalani pembedahan, dan anak yang dulunya rajin kini berubah jadi sebaliknya.
Sehingga kini mereka asyik tertanytanya, apakah lagi yang bakal berlaku.
Pernah seorang mekanik berbangsa Cina datang ke rumah mereka
memperbaiki kereta. Dalam bersembang-sembang itu, si mekanik mengatakan rumah
mereka tidak elok dari sudut ‘feng shui’ Cina. Katanya rumah itu ‘tempatl
laluan’.
Menurut sahabat kita ini, dia dan ahli keluarganya termasuk dalam
golongan yang beramal agama juga, bukan golongan yang lalai.
Jadi, SITUASI 1 di atas tadi agak ganjil pada saya. Sesiapa yang
mahu berkongsi info bolehlah menulis di ruangan komen sama ada di blog atau di
Facebook.