MagzNetwork

Showing posts with label Fadhilat Bismillah. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Bismillah. Show all posts


“Sesiapa yang membaca Bismillahillazhi laa yadhurru ma'asmihi syai unn fil ardhi walaa fissama iwahuwas sami'ul 'alim sebanyak 3 kali pada waktu petang, maka dia tidak akan ditimpa bencana mendadak hingga ke pagi. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bencana mendadak hingga ke petang.”

(Abu Daud)


Maksud bacaan:


"Dengan nama Allah yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudharat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Tahu."



KHASIAT

1. Tidak akan terkena bahaya mengejut. Sandaran- hadis.

2. Tidak akan dimudaratkan oleh apa jua. Sandaran- maksud bacaan.


PENGGUNAAN

1. Baca 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang, pada setiap hari. Sandaran- hadis.

2. Sebagai pendinding diri pada bila-bila waktu diperlukan. Sandaran- amalan para ulama.



Dari Usman bin Abil ‘As, bahawasnya dia mengadukan penyakit yang terjadi pada jasmaninya sejak dia masuk Islam kepada Rasulullah saw. Maka Nabi saw berkata:

“Letakkan tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit dan bacalah: Bismillah. Bismillah. Bismillah. Dan baca pula doa: A'uuzhu bi'izzatillaahi waqudratihi min syarrimaa ajid wa uhaazhir 7 kali."

(Muslim)



*Boleh saja membaca "Bismillah" ataupun "Bismillaahirrahmaanirrahiim".

* Sebahagian perawat menyarankan kita membaca "A'uuzubu'izzatillaah...." 7 kali dalam satu nafas sahaja.