MagzNetwork

Showing posts with label Ilmu Tafsir Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Tafsir Mimpi. Show all posts

Ilmu Tafsir Mimpi 2

Posted by Alexanderwathern | 8:26 PM | | 0 comments »

ILMU TAFSIR MIMPI 2

Orang yang sama, dapat mimpi yang sama, cuma masanya berbeza. Contoh - Mimpi kali pertama bulan Mac, mimpi kali kedua bulan Ogos.

Kadang-kadang tafsirnya jauh berbeza, malah saling bertentangan. Kali pertama mungkin bermaksud untung, kali kedua mungkin bermaksud rugi (ataupun sebaliknya). Kadang-kadang kedua-duanya membawa maksud yang sama pula.

Inilah antara ‘part’ paling memeningkan dalam ilmu ta'bir mimpi. Bahagian ini boleh dikuasai dengan baik oleh orang yang MAHIR ilmu alam/ geografi dan ilmu falak.

Abu Zulfiqar

Ilmu Tafsir Mimpi 1

Posted by Alexanderwathern | 7:43 PM | | 0 comments »

ILMU TAFSIR MIMPI 1

Walaupun 2-3 orang mengalami mimpi yang sama, tetapi maksud mimpi itu tak semestinya sama. Ia berbeza berdasarkan banyak faktor. Mimpi raja tak sama mimpi rakyat. Mimpi orang di India tak sama mimpi orang di China. Mimpi orang Majusi tak sama mimpi orang Islam... walaupun isi mimpinya sama.

Pentafsir mimpi yang baik hendaklah mempunyai pengetahuan am yang luas. Saya baru prebet dalam bidang ni...

MAKNA-MAKNA DALAM MIMPI

Musafir Ilmu Tuan, ilmu mentafsir mimpi perlu kepada ilmu dalaman atau perlu pandai mentafsir makna-makna dalam mimpi tersebut?

Abu Zulfiqar Amsyari MUSAFIR ILMU... Memang kena tengok perkaitan benda-benda dalam mimpi tu. Tu yang susah sangat, takut-takut kita tersilap buat perkaitan. Kalu rasa tak yakin tu, saya jawab tak tahu je kepada orang yang bertanya.

TAFSIR MIMPI & BAKAT

Tok Nik MaNzil Ilmu tafsir mimpi ni tak semua orang boleh...amat beruntung orang yang berkelebihan...

Abu Zulfiqar Amsyari TOK NIK MANZIL .. Betul tu tuan. Ia lebih kepda bakat, maacm seni lukis jugk. Bukan semua orang pandai melukis, dan tak semua yang belajar melukis boleh melukis. Dan tak semua yang boleh melukis tu mahir melukis. Lain orang lain kebolehannya.

BUKU TAFSIR MIMPI

Siti Fatimah Buku pentafsiran mimpi yang banyak ada di pasaran sekarang boleh dipercayai 100% ke? Dan bagaimana cara untuk mengetahuinya ya?

Abu Zulfiqar Amsyari SITI FATIMAH... Tafsir Ibnu Sirin insyaAllah ada autoriti. Yang lain-lain tu ada betulnya juga, tapi lebih selamat guna kitab Ibnu Sirin.

Razif Fuad As-Saadi Kalau kitab tafsir mimpi Ibnu Sirin, insyaAllah boleh percaya..beliau memang ulamak yang alim dalam tafsir mimpi

Abu Zulfiqar Amsyari RAZIF FUAD... Setuju!

KEBERGANTUNGAN KEPADA BUKU TAFSIR

Siti Fatimah Hmm, tafsiran mimpi setiap individu dikatakan tidak sama walaupun bermimpi perkara yang sama atau hampir sama. Jadi, kalau merujuk pada buku atau kitab tersebut, hanya menyatakan alamat mimpi yang sama untuk satu mimpi. Jadi, bagaimana caranya? Dan mimpi bagaimana yang dikatakan memberi alamat? Seringkali dikatakan bahawa 'mimpi itu mainan tidur'.. Boleh terangkan sikit?

Abu Zulfiqar Amsyari SITI FATIMAH... maksud mimpi tu ada yang sama dan ada yang tak. Nak bergantung kepada buku tu memang tak boleh petik terus je maksud dia. Sebab tu kita kena Tanya-tanya jugak orang yang tahu. Ibnu Sirin sendiri kata buku dia tu hanyalah ASAS kepada ilmu tafsir mimpi yang sangat luas.

Katanya lagi (lebih kurang)... kalau hendak dimuatkan semua tafsir mimpi dalam sebuah buku, usaha itu mustahil akan berhasil.

Tentang mimpi yang memberikan alamat...bahagian ini saya sendiri sukar hendak menjelaskannya. Mohon maaf.

Tok Nik MaNzil Kalu ikut teori....tidur dalam keadaan baik..wuduk...solat hajat dan istikharah...
berturutan membawa mksud yang hampir sama...boleh di ambil berat...kalau mimpi tu tidur pun lagha, time masuk waktu solat ke, tidur depan tv lepas tengok bola ke, tak perlu ambil pusing..hiihi......kalau dapat mimpi yng baik.(tak tertolak). Rujuk pada yng ahli....terutama mimpi yang membawa mesej yang tak baik..macam tak sedap hati dengan mimpi tu...macm tiba-tiba duit tu juta jatuh atas riba ke...hihiih...nampak macaim mmpi baik..tapi tak sedap hati..rujuk la...

Kalu mimpi basah..jangan rujuk kat Ustaz Zulfikar..tu simpan sendiri...hihihi...(maaf gurau je)-pendapat ambo yang daif-

Abu Zulfiqar Amsyari TOK NIK MANZIL... mimpi basah, tafsirnya... Tuhan suruh bangun awal dan mandi wajib : ) Pastu pi solat jemaah kat masjid : ) hehe.

MIMPI-MIMPI PELIK

Mohammad AzwanSsalam, dulu saya pernah 2 3 kali mimpi yang agak pelik, tapi buat endah ja.. nanti mimpi sekali lagi pelik-pelik, boleh tak ustaz tolong menafsirkan..

Abu Zulfiqar Amsyari MOHD AZWAN ... mimpi pelik tak semestinya ada ta'birnya. Kadang-kadang mainan tidur ataupun gangguan syaitan je. InsyaAllah boleh saya cuba tafsirkan. Kalau tak dapat (*tafsirnya), saya kata tak dapat. (* Memang banyak mimpi yang saya jawab “tak tahu” kerana memang tak dapat ta’birnya)

Mimpi Iblis dan Pontianak

Posted by Alexanderwathern | 2:35 PM | , | 0 comments »

SOALAN OLEH SXXXX SXXXXXX (23 November 2010):

Malu pula nak bagi tahu mimpi ape...
Macam ni...
Dalam mimpi ni...saya bersama ayah saya berada di suatu jalan..
Kiri dan kanan ada yang memerhati (iblis)
Tiba-tiba sampai di satu rumah..
Kami pun masuk ke dalam rumah itu..
Tiba-tiba banyak pontianak berada di dalam rumah itu lari...
Saya telah mengejar salah satu..tiba-tiba benda tu menerkam tangan saya...
Kemudian saya membaca ayat Kursi...
dan terjaga dari mimpi tesebut...
Jam menunjukkan 3 pagi...
Harap ustaz dpt memberi penjelasan mengenai mimpi ini..insyaAllah...

JAWAPAN SAYA:

Mimpi ada beberapa jenis. Salah satunya ialah jenis yang tidak perlu ditafsir, kerana ia terhasil daripada gangguan jin dan syaitan ketika kita tidur.

Pada pendapat saya (yang kurang ilmu ini), mimpi anda adalah dari jenis yang di atas. Oleh itu anda tidak perlu risau. Sekiranya selepas ini anda dapat lagi mimpi yang lebih kurang begitu, anda praktikkan sunnah Nabi ini:

“Apabila seseorang dari kamu bermimpi hal yang dibenci, hendaklah meludah ke arah kiri sebanyak tiga kali dan berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, serta memalingkan lambung/rusuk ke arah yg berbeza dengan yang sebelumnya.” Muslim)

Maksudnya, anda lakukan:

1. Meludah ke arah kiri 3 kali, dengan sedikit ludahan (sekadar memercikkan ludah dari mulut, bukannya meludah banyak sebagaimana ludahan yang biasa kita buat sehari-hari).

2. Baca doa pelindung 3 kali iaitu “A’uzhubillaahi minasysyaitaanirrajiimm”. Bacaan-bacaan pelindung yang lain pun boleh.

3. Ubah sedikit kedudukan tidur seperti mengereng ke arah yang bertentangan. Antara petua orang Melayu ialah dengan menterbalikkan bantal.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern

9 Disember 2010



* Soalan pada 23 November, hanya mampu dijawab pada 9 Disember : )

Hal ini boleh memberi gambaran kepada tuan-tuan betapa bersusunnya tafsir mimpi (dan lain-lain persoalan) yang berada dalam senarai (yang perlu saya jawab). Oleh itu diharap tuan puan yang kemukakan sebarang permasalahan bersabar menanti : )

Mimpi Memakai Pakaian Putih

Posted by Alexanderwathern | 1:16 AM | , | 0 comments »

SOALAN:
assalamualaikum ustaz...saya minta maaf kalau mengganggu..tapi saya harap ustaz dpt jawab persoalan yg selalu buat hati saya celaru, fikiran x tenang..dan selalu ketakutan.....betul ke kalau saya mimpi memakai pakaian putih maksudnya ajal saya sudah hampir?harap ustaz tolong jelaskan kebenarannya...terima ksih...

JAWAPAN:
Wlksm Sxxxxa.

Bermimpi memakai pakaian putih tidaklah berkaitan dengan ajal, tetapi berkaitan dengan keagamaan diri kita ataupun berkaitan dengan pasangan hidup (iaitu suami... jika sudah berumahtangga). Umumnya mimpi ini menunjukkan kebaikan.

Jadi selepas ini anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang kematian. Tenang-tenangkan diri dan berfikiran positif. Namun membuat persediaan untuk menghadapi kematian itu memanglah satu pekerjaan yang baik kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Wallahua'alam.


Abu Zulfiqar
21 Oktober 2010

Tedung Selar Puaka?

Posted by Alexanderwathern | 9:04 PM | , , | 0 comments »

Rumah seorang sahabat kegangguan. Ketika tidur di ruang tamu bersama-sama anak isteri, dalam kegelapan itu tiba-tiba ada benda jatuh berdebuk dari atas ke lantai. Betul-betul berhampiran kepala mereka. Dianggarkan benda itu sebesar bola kecil. Lampu pun dipasang. Puas dicari benda yang jatuh tetapi tidak ditemui. Masing-masing berasa hairan. Apa bendanya itu? Dari mana ia jatuh? Ke mana pula ia pergi?


Ketika mengadukan peristiwa itu kepada saya, saya tanyakan jika ada apa-apa mimpi. Katanya memang ada. Mimpi ular tedung selar mengejar dan cuba menyakiti. Beberapa kali mimpikan ular tedung selar.


Saya usahakan ‘memagar’ rumahnya dengan pagar yang biasa orang buat, menggunakan air, garam dan lada hitam yang diruqyah. Selepas bahan-bahan diruqyah, tuan rumah sendiri diminta melaksanakan proses ‘memagar’ dengan bacaan-bacaan tertentu. Pagar dibuat ‘dua lapis’. Ketika proses ‘memagar’ dibuat dari dalam rumah, tuan rumah berasa seram ketika melalui bilik air. Dari luar rumah pun sama. Nampaknya ‘kawan’ kita melepak sekitar situ.


Alhamdulillah syukur, sudah seminggu berlalu dan isi rumah itu sudah tidak mengalami gangguan. Harap-harap berterusan.



Abu Zulfiqar

21 Julai 2010

Tafsiran Mimpi Berbeza Ikut Tempatnya

Posted by Alexanderwathern | 1:46 PM | | 0 comments »

Seorang yang tinggal di Tanah Arab bermimpi memberikan kurma kepada jirannya. Mimpi ini bermaksud dia akan memberi pertolongan kecil kepada jirannya. Ternyata esoknya dia memang ada menolong jirannya mencuci pakaian.

Jika yang bermimpi itu ialah orang Melayu di Malaysia, boleh jadi maksudnya dia akan menolong jirannya dalam perkara yang besar.

PENJELASAN

Kurma ialah makanan biasa di Tanah Arab. Menghadiahkan kurma kepada jiran yang tidak berada dalam kesusahan di sana bukanlah sesuatu yang besar ertinya, kerana kurma mudah diperolehi. Berbanding di Malaysia, kurma umumnya sukar diperolehi. Menghadiahkan seseorang dengan buah kurma membawa erti hadiah yang agak luar biasa.

Wallahualam.