MagzNetwork

Mengapa Wanita yang Selalu Dirasuk?

Posted by Alexanderwathern | 1:06 AM | , | 0 comments »

SOALAN:

aslmkm utz (abuzulfiqar), nk tnye skit...

selalunye perempuan je lah yg jd mangse kerasukan jin, lelaki jarang sy dgr kene rasuk jin.
knp ek...?


PANDANGAN:

Wlksm Bxxxxxxxxxx,

Lelaki kena juga, tapi betullah, jarang-jarang. Dalam satu kes di tempat saya, ada seorang budak perempuan kena rasuk, kawannya yang lelaki pergi ke tempat yang ditunjukkan lalu azan. Akhirnya si lelaki yang terketar-ketar kena rasuk.

Selepas dirawat (bukan oleh saya), remaja lelaki ni kata sebaik-baik saja dia azan, ada satu lembaga hitam tanpa kepala melompat ke arahnya lalu mencekik lehernya. Saya yakin selepas itu si jin masuk ke dalam tubuhnya menyebabkan dia kerasukan.

Wanita mudah kerasukan kerana biasanya emosi/ roh wanita lemah sikit berbanding lelaki. Jadi apabila si jin mengacau sikit mana-mana bahagian otaknya/ pemikirannya, dia cepat meracau. Emosi wanita sukar diramal. Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy yang kena dan tak tahan emosinya.

Kemudian wanita ada 'datang bulan' ataupun ABC (Allah Beri Cuti). Ketika ini pertahanan diri wanita agak lemah berbanding biasa.

Satu kesilapan kebanayakan wanita, apabila disebut ABC, mereka cuti sungguh-sungguh. Sudahlah amal-amal tertentu tidak boleh dilakukan, amal-amal sunat yang lain pun ditinggalkan terus terutamanya doa-doa dan zikir-zikir yang bukan ayat-ayat al-Quran. Sepatutnya ketika ABC kenalah banyakkan doa dan zikir.

Syaitan selalu masuk ke tubuh kita terutamanya melalui 'highway' mereka iaitu salur darah. Satu saat kita tidak mengingati Allah, mereka akan masuk. Sebab itu para ulama sufi selalu mengamalkan zikir khafi berterusan.

Jadi apabila kita betul-betul bercuti ketika ABC, banyaklah syaitan-syaitan yang menggunakan salur darah kita sebagai 'highway' mereka. Jika mereka berhenti di mana-mana kawasan rehat dalam tubuh kita, bahagian itu akan sakit ataupun tidak selesa.

Oleh kerana syaitan-syaitan selalu masuk, jalannya semakin melebar dan mereka tahu selok-belok diri kita. Ini memudahkan mana-mana jin yang berkebolehan dan berkepentingan untuk masuk ke dalam badan kita.

Keismpulannya, untuk keselamatan, jangan biasa membiarkan ruang-ruang lompong di tubuh kita untuk dimasuki syaitan-syaitan dan jin-jin terutamanya ketika ABC.

Wallahulam.



0 comments

Post a Comment