MagzNetwork

Cara Musuh Berperanan

Posted by Alexanderwathern | 10:35 PM | | 0 comments »

Kita berubat secara Islami tetapi tidak sembuh. Kemudian kita cuba berubat dengan kaedah yang tidak Islami ataupun yang sangat meragukan, tapi penyakit kita sembuh. Kita berubat dengan orang yang soleh tidak sembuh. Berubat dengan yang nampak lain macam tapi sembuh. Mengapa jadi begitu?

Antara sebabnya:

1. Kerana Iblis memang bijak. Syaitan, jin dan tukang sihir pun ramai yang bijak. Kadang-kadang mereka sengaja memudahkan proses penyembuhan dengan cara mengundur diri daripada mengganggu si pesakit. Hasilnya si pesakit mungkin akan berasa kebenaran rawatan yang tidak Islami/ meragukan itu berbanding dengan rawatan secara Islami. Hal ini boleh membuatkan akidah si pesakit rosak.

Iblis, syaitan, jin dan tukang sihir akan lebih bersorak gembira jika si perawat kedua itu berkata pula, "Tengok, kata ikut rawatan Islam, tapi tak sembuh-sembuh. Kamu datang berubat dengan aku, 10 minit saja sembuh. Temberang saja mereka semua tu! Cara aku ni yang betul, yang Islamik. Ini cara warisan tok nenek kita azaman-berzaman. Kalau tidak, kamu tak sembuhlah macam sekarang. Betul tak?"

Si pesakit pun mengangguk-angguk setuju.

2. Kerana Allah hendak menguji sejauhmana mantapnya iman kita terhadap agama Islam.

0 comments

Post a Comment