MagzNetwork

Mimpi Pinggan Pecah

Posted by Alexanderwathern | 3:10 PM | | 0 comments »

Kxxxx MENULIS:

Salam sheikh, ambo nak tanya sikit nih...dua hari lepas ambo bermimpi pinggan putih di rumah (kat kampung) telah pecah...yang pecah tu rasanya dalam 1@2 biji je...tapi ambo kutip, kutip kAca yang bertaburan takut terkena kaki sampai penuh sebesen kaca...pelik...bOleh tuan huraikan???

ABU ZULFIQAR:

Wlksm Kxxxx. Saya rasa maksudnya ada masalah ataupun kerugian yang dihadapi oleh keluarga, dan anda memainkan peranan penting daalm berusaha menyelesaikannya. Dalam berusaha itu, anda akan mengalami kesulitan. Tentang 'penuh sampai sebesen' itu tak dapat (tak berjaya) dita'birkan. WA.

Kxxxx MENULIS:

Mungkin ada benarnya ustaz....terima kasih ya ustaz...

ABU ZULFIQAR:

Terima kasih Kxxxx

Ibu Ghaib Tiba-tiba

Posted by Alexanderwathern | 2:31 PM | , , | 0 comments »

Akhir-akhir ini heboh kisah seorang gadis asyik hilang dari rumah. Kisah tentangnya sering jadi bahan berita di dada-dada akhbar. Beberapa orang perawat sudah berikhtiar dengan cara masing-masing tapi nampaknya masih gagal memulihkan keadaan. Akhirnya timbul pula cerita mengatakan si gadis hanya mereka-reka cerita. Tak tahulah apa kebenarannya.

Bercakap tentang orang ghaib tiba-tiba, ada satu kisah yang saya mahu kongsikan. Baru-baru ini di tempat saya ada juga kes sedemikian.

Seorang ibu (yang punya kemahiran sebagai bidan kampung tetapi sudah tidak aktif lagi) menerima panggilan telefon daripada anak gadisnya. Anak gadisnya sedang menghadapi masalah dan berada jauh pula. Hal ini menyebabkan si ibu tiba-tiba jadi lemah, bingung dan nampak benar-benar tertekan. Dia duduk mendiamkan diri dalam keadaan buntu. Ahli keluarga yang lain pun tidaklah mengganggu si ibu. Ketika itu jam sekitar pukul lapan malam.

Setelah beberapa lama kemudian, si ibu bangun berdiri lalu berjalan. Secara tiba-tiba sahaja ahli keluarganya melihat si ibu berdesup hilang di depan mata mereka, seolah-olah disambar oleh sesuatu. Ketika itu juga mereka mencari si ibu di dalam dan luar rumah, langsung tiada kesan. Hal ini sangat menghairankan mereka. Belum pernah mereka melalui situasi seperti ini. Sudah berjam-jam mencari masih tidak ketemu. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk menunggu sahaja.

Sekitar pukul dua pagi, seorang anak lelakinya pergi melihat lagi ke luar rumah. Tiba-tiba ternampak ibunya sedang duduk di bawah pokok. Sebelum ini sudah beberapa kali mereka mencari di situ tetapi tidak pula ternampak si ibu. Si ibu kelihatan begitu letih.

Mereka berbicara dengan si ibu, tapi nampaknya si ibu marah-marah. Suaranya sudah jadi suara orang lain. Mahu diangkat masuk ke dalam rumah dimarahnya. Mereka angkat juga beramai-ramai bawa masuk.

Di dalam rumah, soal jawab bermula. ‘Penumpang’ tubuh si ibu membahasakan dirinya sebagai ‘tok’. Katanya dia baru sahaja membawa cucunya itu ke gunung. Dia berpesan kepada semua yang ada agar jangan lagi membiarkan cucunya itu susah hati. Jika berlaku lagi, dia akan membawa cucunya pergi buat selama-lamanya (mengugut pulak jin ni).

Ada ahli keluarga yang mencadangkan agar dibacakan ayat-ayat Al-Quran, tapi si tok marah-marah. “Tak payah baca apa-apa, tok sendiri boleh ubat cucu tok!” marahnya. Beberapa lama kemudian, si tok pun beredar. Cucunya terus terlena hinggalah tengah hari esoknya.

Setelah sedar, si ibu mengesahkan dirinya memang ada dibawa ke atas gunung. Tempat di atas gunung itu sangat cantik. Entahlah ke gunung mana ke alam mana dia pergi semalamnya.

Mimpi Wanita Tergantung dengan Rambutnya

Posted by Alexanderwathern | 2:27 PM | | 0 comments »

SOALAN:

Saya bermimpi melihat seorang wanita tergantung dengan rambutnya.Apakah maksud mimpi itu?

JAWAPAN:

Saya tidak berjaya menta’birkan mimpi ini lalu saya minta pandangan rakan-rakan. Ustaz Wan Asrul (Terafi Islam Al-Fatah) ada memberikan pandangannya bahawa mimpi ini membawa maksud ada sesuatu musibah besar kena pada salah seorang ahli keluarga anda (yang wanita) ataupun rakan anda (yang wanita). Saya mengira tafsirannya itu memang benar. Allahua’lam.

Mimpi Berwudhuk Tak Siap-siap

Posted by Alexanderwathern | 11:30 PM | | 0 comments »

SOALAN:

October 15 at 11:14am

Assalamuaalaikum ustaz,

Saya nak bertanya tentang mimpi malam tadi (malam Jumaat dalam keadaan berwuduk). Sebelum ini pernah bermimpi terbang. Dah banyak kali mimpi tu, akhirnya dapat penyakit. Betul apa yang ustaz tafsirkan.

Malam tadi saya bermimpi ke masjid nak menunaikan solat, di dalam masjid penuh dengan anak-anak tahfiz/yatim berjubah putih (kelihatan suci) dan ustaz yang memimpin kumpulan ini.

Semasa mengambil wuduk,saya terdengar dari luar ustaz mengarahkan supaya bacaan al-Quran di sambung lagi hingga sampi waktu sembahyang. Sementara itu saya mengambil wudhuk, tapi banyak sangat halangan hingga masuk waktu, antaranya - air kurang dan terus berhenti, wudhuk tapi masih kotor dengan pasir. Sedang saya berusaha sehingga baju basah, datang 2 orang mengambil wuduk tanpa ada masalah.

Saya nampak dari luar imam seolah-olah sedang menunggu saya menghabiskan wuduk untuk memulakan sembahyang tapi saya masih belum dapat sempurnakan wuduk walau berkali-kali berusaha. Akhirnya bila sampai saya membasuh kaki, terus saya terjaga dari tidur.

Apa tafsirannya ustaz? Mohon penjelasan dan terima kasih banyak sudi membalas.


JAWAPAN:

Waalaikumsalam xxx xxxx.

Pertamanya... mohon ribuan maaf kerana memang lewat memberikan jawapan. Sebenarnya inilah kali pertama orang meminta dita’birkan mimpi dan dalam mimpi itu ada saya. Jadi saya sedikit ‘goncang’ dalam proses mentafsir mimpi tersebut, yang memungkinkan ta’birannya tidak setepat mana.

Atas dasar itu, saya bentangkan mimpi tuan itu kepada teman-teman lalu menunggu maklumbalas mereka. Setelah lebih kurang tiga minggu, masih belum sesiapa yang berani memberi komen, apatah lagi untuk memberikan ta’birnya.

Maka di sini saya akan cuba memberikan perincian kepada setiap satu ehwal dalam mimpi itu, dan kemudiannya ta’bir keseluruhannya kita pulangkan kepada pandangan masing-masing.

1. Tidur dalam keadaan berwudhuk pada malam Jumaat lalu bermimpi, biasanya menunjukkan mimpi itu teguh dan boleh dipegang.

2. Masjid dalam mimpi itu menunjukkan keamanan, aman daripada bahaya

3. Anak-anak tahfiz/ anak-anak yatim yang berjubah putih dan kelihatan suci dalam mimpi itu membawa maksud tuan akan memperolehi kebaikan, keuntungan, dihilangkan kesusahan, mendapat berita gembira dan seumpamanya.

4. Jubah-jubah putih itu ertinya agama.

5. Melihat saya dalam mimpi itu bermaksud tuan akan beroleh kebaikan dan keberkatan (bukan kerana saya hebat/ baik dll, tetapi bermimpi melihat seorang lelaki yang tuan kenali sebagaimana suasana mimpi tuan ini, memang begitulah tafsirnya tidak kira siapa yang tuan lihat).

6. Mengambil wudhuk tetapi tidak siap-siap kerana ada pelbagai halangan maksudnya ada urusan tuan yang tidak selesai.

Begitulah lebih kurang maksud beberapa ehwal mimpi tuan itu.Terpulanglah kepada tuan untuk mentafsirkannya : )

.......

Berikut pula ialah tafsiran saya yang ‘goncang’ itu (hanya sebagai perkongsian, bukan untuk dipegangi). Sebagaimana yang saya maklumkan pada awal tadi, ta’biran saya jadi ‘tidak stabil’ kerana saya turut berada dalam mimpi itu! Hal ini kerana... jika ta’birannya baik, orang akan melihat seolah-olah saya mengangkat diri sendiri. Jika ta’birannya buruk pula, orang akan memandang tidak baik pula. Inilah masalahnya.

Rigkasnya begini.

Ada satu pekerjaan atau sesuatu perjuangan dalam agama Islam ini ( saya tak tahu apa jenis pekerjaan/ perjuangan itu) yang tuan sangat berminat untuk melibatkan diri berjuang bersama. Yang pasti, perjuangan ini mengutamakan kedamaian dan berada di landasan yang benar. Dalam pekerjaan/ perjuangan itu, saya ialah salah seorang yang berperanan tetapi bukanlah sebagai pemimpin utama. Peranan saya lebih kecil tetapi tanggungjawabnya BERAT (ini yang tak berapa sedap nih).

Tuan memang sangat berminat untuk menyertainya tetapi ada urusan tuan yang tidak siap-siap menyebabkan tuan terlewat (tidaklah diketahui apakah urusan yang sukar untuk disipakan itu). Padahal orang lain senang-senang sahaja turut serta. Wallahua’lam.

Kesimpulannya, mimpi ini secara keseluruhannya membawa maksud yang baik.


Abu Zulfiqar

8 November 2010.

Mimpi Kejar Syaitan

Posted by Alexanderwathern | 10:07 PM | | 0 comments »

PENYOAL:

Saya mimpi... saya mengejar syaitan dan memanahnya.. Kemudia tiba di satu bilik saya ternampak ibu saya dan ada dua tiga orang yang lain sedang duduk menghadap saya.. Di sebelah ibu saya ada lembaga putih.. Kemudian saya bertanyakan kepada ibu saya.. macam mana nak keluar??.. Ibu saya pun cakap.. bacalah bismillah.. Kemudian lembaga petuh di sebelahnya mengiyakan..

Lepas baca bismillah.. baru saya boleh keluar dari mimpi tu..


ABU ZULFIQAR:

Mengejar syaitan dan memanahnya – Bermaksud keagamaan tuan bertambah baik dan berpotensi besar jika diasah.

Baki mimpi itu – Saya tak dapat menta’birkannya dengan baik. Tapi sekiranya keluarga tuan ada saka (sama ada saka silat, bidan, tukang urut, tabib dsb), ia mungkin akan turun kepada tuan. Jika tak ada, ia ada maksud lain yang gagal saya cari perkaitannya. Wallahua’lam.

Sungguhpun begitu, tafsiran BAKI MIMPI saya ini tidaklah boleh dijadikan sandaran kerana tak mantap. Tafsiran mengejar syaitan dan memanahnya itu insyaallah betul.


PENYOAL:

Terima kasih tuan... Pasal saka itu memang benar.. tapi, sekarang saka tu sudah dibuang...
Mimpi ni saya bermimpi ketika saya kecil.. ketika di sekolah rendah..
dan sekarang sya sekolah menengah.. form 5..


ABU ZULFIQAR:

Ooh macam tu ceritanya. Nampak gayanya tafsiran saya tu ada banyak jugalah betulnya. Alhamdulillah syukur. Insyaallah tuan akan jadi orang yang baik-baik asalkan ada usaha dan kemahuan. Selamat maju jaya.